KUANTAN 6 Mac - Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju untuk menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu yang terletak di Gebeng dekat sini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (foto) berkata, Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini. "Walaupun kerajaan berpuashati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka, sebagai langkah tambahan setelah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kerajaan mengarahkan Lynas memberikan jaminan dan merancang untuk menyedia kemudahan pelupusan tetap (PDF), jauh dari penempatan awam. "Sekiranya syarikat gagal mendapatkan lokasi kemudahan pelupusan tetap tersebut, residue yang dihasilkan akan dibawa keluar dari Malaysia,” katanya ketika membaca kenyataan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di sini hari ini. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Lynas akan pindahkan sisa buangan ke kawasan yang jauh dari penempatan penduduk.
[Dalam kes ini, kenyataan Mustapa Mohamed mungkin dilihat boleh meredakan sedikit kegawatan rakyat dengan kilang Lynas tersebut. Namun, sesuatu harus diingat, ke negara mana Lynas mahu hantar sisa buangan itu agaknya?. Bukankah seluruh dunia menolak Lynas dan lantaran itulah Malaysia dipilih sebagai lokasi yang paling sesuai untuk mereka mendirikan kilang terbesarnya itu. Sedangkan Australia sendiri awal-awal lagi sudah mengatakan mereka tidak mahu menerima bahan sisa buangan itu, maka apakah logik ada negara lain yang mahu menerimanya?. Kini, kerajaan nampaknya terjerat selepas berbagai helah dan alasan diberikan untuk memastikan kilang itu kekal di sini. Jika dihantar ke luar negara sekali pun, pihak mana yang mahu memantau operasi penghantaran tersebut?. Maka, akhirnya rakyat akan terus tertipu apabila sisa itu ditanam di kolam-kolam besar yang telah disediakan oleh Lynas di kilangnya dekat Gebeng sekarang. Sekali ditipu mungkin rakyat boleh percaya, tapi kalau berkali-kali mungkin ia sudah menjadi satu taktik pula. Maka, apa yang dimahukan rakyat ialah kilang itu ditutup dan Lynas dihantar balik ke Australia, bersama kilang-kilangnya. Kenapa perlu tanggung risiko, mereka kaya-raya dapat untung tapi kita dapat sisanya].






Apa lagi yg geng2 anti lynas ni nak!editor PDO pun kurang cerdik..npk sgt pro geng anti!!!what ever la..asal lynas dh buat yg terbaik.dasar pembangkang,buat ape2 pun,nk bangkang!!geng2 bwh ni jer lebih2...hok ats2 rileks jer.malaysia safe!!!start lynas!!!
BalasPadamwhat about the steel the building the
BalasPadamand the processing of these rare earth , is this also a radistion issue for mthe malaysia .. slow dead
have the !@#$%^&* aslo look as this issue
,, I SAID NO , I SAID YES <<<<
for What just think ,, my