script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: 'Amanah Saham Wakaf', MUIP Nyata Gagal Jalankan Peranan Serta Tanggungjawab Mereka !!

KUANTAN, 6 Mac - Negeri Pahang adalah di antara negeri yang terawal menubuhkan Amanah Saham Wakaf yang diuruskan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Kononnya dengan penubuhan wakaf kelompok ini dapat membangunkan sosio dan ekonomi umat Islam. Namun kini sesudah hampir 15 tahun tahun beroperasi, apa yang di janjikan di dalam phampletnya tidak di kota. Kerja-kerja mengutip dana sangat terbatas dan wang terkumpul selama hampir 15 tahun Cuma RM1.8 juta sahaja. Kutipan sekecil itu berbanding dengan hampir 15 tahun beroperasi ini adalah di sebabkan kelemahan Pegawai Pentadbir wakaf Pahang menjana projek wakaf. Rakyat tidak yakin untuk berwakaf walaupun hanya RM10 kerana tidak Nampak dengan jelas apa yang sedang di buat oleh pegawai yang berkenaan. Berdasarkan kepada lama web MUIP, pegawai yang dipertanggungjawabkan atas urusan terbabit ialah Izhar Ahmad (foto) selaku Pegawai Hal Ehwal Ekonomi agensi terbabit. Difahamkan, Pegawai terbabit (Izhar) hanya berminat menguruskan pembelian bangunan, tanah, kereta , urusan tender dan urusan berkaitan dengan pembekal sahaja tanpa mempedulikan tanggungjawabnya terhadap wakaf dari orang ramai. Misi dan Objektif penubuhan Amanah Saham Wakaf di tinggalkan jauh. Perbelanjaan dana wakaf hanya sebahagian kecil di belanjakan kepada sekolah agama, surau dan mesin Dialysis Islam Makmur. Kononnya wakaf di gunakan untuk membangunkan Ladang, Klinik Al Amin, Rumah Asnaf dan sebagainya adalah kelentong belaka dan kalau ada ianya Cuma sebahagian kecil sahaja dibelanjakan. Lebih teruk lagi jika dibandingkan bayaran gaji untuk unit berkenaan yang jauh lebih besar jika bandingkan dengan kutipan yang di buat. Jelasnya beliau memang tidak menjalankan tugas hakiki yang diamanahkan. Beliau lebih cenderung kepada menyelewengkan wang zakat dengan pembinaan Hotel Jerantut, Ladang Sungai Berjuang, Hotel MS Garden dan sebagainya. Yang Hairannya bagaimana beliau telah dinaikkan pangkat sedangkan beliau gagal dalam menjalankan tugas hakikinya sebagai pentadbir wakaf. Sepanjang penubuhannya, kejayaan terbesar beliau yang jelas boleh di lihat ialah kecantikan dan kelengkapan pejabatnya yang serba lengkap yang dibelanjakan dari wang orang Islam. Rakyat tidak boleh di perbodohkan lagi. Secara tegasnya rakyat meminta pihak Saham Wakaf Pahang supaya menunjukkan penyata tahunan di dalam laman web MUIP sejak ianya di tubuhkan sehingga sekarang. Jika MUIP ingin telus dalam isu ini, maka bentangkanlah laporan kewangan yang telah disediakan oleh pegawai itu untuk dinilai oleh rakyat.

[PDO akan membongkarkan lagi lebih banyak penyelewengan dan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai berkenaan dalam menguruskan hal ehwal ekonomo MUIP selama ini. Ia bagi memberi pengajaran bahawa tidak selamanya manusia itu boleh berbuat sesuka hati dan khianat kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Pihak MUIP digesa menyiasat dengan telus pendedahan ini demi mengembalikan kepercayaan umat Islam terhadap agensi terbabit. Malah, paling mengejutkan dikala mereka berdegar-degar mahu meningkatkan ekonomi umat Islam dan dalam masa yang sama rupanya ladang sawit milik MUIP diuruskan oleh orang bukan Islam. Ini jelas membuktikan mereka yang terlibat telah khianat kepada kepercayaan rakyat. Malah, kami juga mencabar pegawai berkenaan mendedahkan laporan kewangan berkaitan jual beli dan perbelanjaan yang telah dilakukannya selama menjadi Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP. Inilah akibatnya apabila orang yang tidak arif dalam bidang agama tiba-tiba dilantik memikul tugas tersebut. Akhirnya MUIP telah dipergunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi pihak-pihak terentu. Tengku Mahkota Pahang, selaku Yang DiPertua MUIP digesa mengambil tindakan tegas atas laporan ini. Hanya kepada baginda sahaja rakyat boleh berharap semuanya ini dapat diselamatkan. Daulat Tuanku Daulat Tuanku].

Share:

9 ulasan:

  1. Tahniah kerana tidak belanjakan wang untuk pembangunan agama ( sekolah agama ) tahukah anda ada sekolah yang siap separuh sampai hari ni x siap siap minta bantuan pun tak ada yang nak layan. hahahha UBAH KENA UBAH

    BalasPadam
  2. banyak sgt yg pilih bulu dari yg layak...

    BalasPadam
  3. Mu sibuk nak cari salah orang. Salah sendiri tak kisah. Mu kena ingat kalu apa yang mu sebarkan tu tak betul. Maka menjawablah mu dalam kubur nanti....

    BalasPadam
  4. Dalam kubo memang kena jawab. Nape ? Ade ke orang sezaman kita nanti masuk kubo mungkar dan nangkir off.

    BalasPadam
  5. giler la........pegawai ekonomi tukr pegawai ekor je la

    BalasPadam
  6. issssss...... jgan gune untuk duit wakaf dalam poket sendri sudah....kang hanguss rentung lak..x da org nk handle pembelian aset MUIP.wakaakaka

    BalasPadam
  7. Guane jadi gini....patut lah tak maju2...

    BalasPadam
  8. Bro....aku ada buat potong gaji utk saham ni..dah banyak tahun...tpi nampaknya kena stop lah..

    BalasPadam
  9. salam semua, sbnrnya susah nk jmpa org yg bnr2 pkr dlm ekonomi n sekalgus kuat pmbwaan islaamik,lau kt u mmg khusus bljr dlm ekonomi islam. wlaupn bljr ekonomi, blumtntu seseorg pkr dlm anggrn plburan,itu bkaitn kewngan lak,then kene pndai dlmmentadbir perniagaan,,,cuba fhmn pk sejenak semua, btapa brt tgjwb di pikul beliau, nk mlbur, nk urus pggunaan wakaf, nk kts krja lg, sy bdk business pun jd serm sejuk bljr ekonomi tp hnya cedok yg knvensional, bkn islamik,dr segi bljr semuanya brpecah, bila time keje semuanya nk all in one kan3? jgn kita hentam org suka2 hati bila x brjaya, cuba fhmi, mana kita tahu mulia atau tdk hati n pbuatan sesorg, mana kita tahu dia menyeleweng, di wat nya dia nanges dgn sgla tohmahan sdgkn dia brusaha upaya dia, tdk kah kita2 ni jd haamba2 yg muflis dikatakan nabi,sgla amalan jd milik dia lak, ape kata kamu3 je lh amek tpt tu,, ttg bli saham wakaf tu, baik sy sekali pun, tlh lfzkn ia dierahkn n ia milik allah mkna ia dh trlpps dr tuannya.jgn bmbg, allah tahu niat kalian,, umpama plg mudah, sy beri duit 1000 pd org miskin n ckp pndai2lah guna. itukan sedekah.prlukah sy slps sebuln dtg tny, org miskin kamu watpe dgn duit yg saya bg? bila thu dia guna sbg blnja mkn n abes awk akn mrh kot ckit sbb x simpan, tp lau org miskin jwb meka guna wat modal nege nasi lemak, korg mesti suka kan, taaaapiii ptt kah kita dtg n tnya kembali apa jd ats pemberian kita pd dia sdgkn dh niat krna allah, trpulg apa jdi pd duit tu,,,sy pcya yg dia juga -zaid ek, brusaha utk sebaiknya, bkn senang nk pk byk projek n wat mcm2 rgka dlm mse 8 jam bkeje sehari n sebulan kan, apa kata anda yg pakar agama ke, pakar wkaf ke, pakar hukum syarie ke kita pakat2 ramai2 bg idea wakaf tu nk buat apa.msk kan dlmtabung idea luip..boleh kan?? setuju tak. bkn sumbgn wakaf je, idea lg.allah redha tu inshaaallah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan

KUANTAN:  Dua maut manakala tujuh lagi cedera, termasuk seorang parah, dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat b...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.