script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: 'Memalukan', UMNO Buat Provokasi Cetus Kekecohan Di Ceramah Umum Pekan Malam Tadi

PEKAN, 15 Mac - Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit. Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu (foto) ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam. Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP. Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Dato' Ariff Sabri Abd Aziz menyampaikan ceramahnya. Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP. Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu. Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya. "Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka", kata Ariff Sabri. Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini. Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya. Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri. Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.


Bukti, inilah muka juak-juak UMNO yang cuba buat provokasi malam tadi

Memalukan, UMNO sengaja buat program untuk ganggu ceramah Pakatan

Pagar terpaksa ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir pada program ceramah itu

Asyik, mendengar penjelasan dan fakta yang dikemukan oleh penceramah

Ceramah sulung Ariff Sabri dekat Pekan, berjaya tarik perhatian orang ramai

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan. Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini. Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya. "Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah. Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai. Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini", katanya.


Pimpinan PKR dan PAS yang turut hadir di program ceramah malam tadi

Bersemangat untuk bersama merubah kerajaan selepas PRU-13 ini nanti

Ustaz Suhaimi Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang) berbincang sesuatu

Petugas Unit Amal dan ABU juga bersama bertugas dan membuat promosi

Sementara itu Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis. "Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus. Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ", kata Mat Sabu. Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah. "Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini keja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu", kata Mat Sabu lagi. Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya.


[Secara keseluruhannya, mujurlah tidak ada kejadian yang lebih teruk berlaku malam tadi. Biar pun terdapat desas-desus puak-puak UMNO mahu melakukan provokasi terhadap Mat Sabu ketika dia keluar dari lokasi terbabit, namun segalanya tidak berlaku dan keadaan kembali tenang selepas itu. Ceramah berjaya walau pun terpaksa berhadapan dengan speaker ceramah UMNO yang kuat betul-betul dihalakan ke lokasi terbabit. Terkadang, penceramah terpaksa menjawab beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap mereka. Namun, melihat apa yang berlaku ia ternyata sungguh memalukan dan menjatuhkan imej UMNO BN termasuk PM Najib Razak sendiri. Mereka seolah-olah lupa dan tidak sedar, UMNO sudah ada media untuk menyerang pembangkang maka kenapa perlu turun padang untuk membuat kacau ganggu program ceramah mereka. Melihat apa yang berlaku semalam, ramai yang tertanya di mana anggota polis?. Tiada langsung kelibat mereka untuk berjaga-jaga andainya ada sebarang kekecohan berlaku?. Dipercayai polis hanya berjaga-jaga di kawasan ceramah UMNO tetapi tidak di kawasan pembangkang. Inilah dia sikap "double standard" yang ditunjukkan oleh mereka. Difahamkan hari ini Ariff Sabri, Aspan dan Mat Sabu juga akan berceramah pula di Felda Tersang dan Tapak Kompleks PAS Kawasan Raub, Kg Gali Tengah. Orang ramai adalah dijemput hadir untuk memeriahkan program malam nanti].
Share:

9 ulasan:

  1. Arif Sabri bekas pemimpin Umno,beliau juga ahli perniagaan,tapai berjayakah perniagaan dia?.Apaka beliau tidak berjaya kerana kesalahan Umno juga?.

    BalasPadam
  2. Umno memerentah 50 mengapa Arif Sabri baru sekarang keluar Umno dan masuk DAP kalau dah lama dia tahu Umno tak betul?.

    BalasPadam
  3. Arif,tolong buktikan wang berjumlah melebihi 1 trillion itu,utk saya lapurkan kepada polis.

    Yg sdr Arif ceritakan Najib pelat,najib bayar dam dsb itu bukan menghina orang ke Sabri?.

    Najib belajar di luar negara,bapanya PM.Arif Sabri belajar di Kuantan, tapi kata tak ada kawan sekolah org Pekan.

    BalasPadam
  4. Kau orang tengok dah trend Umno nak buat kacau.

    Aku kesiah betul la kat beruk2 umno ni.

    Nak buat ceramah tak dapat sambutan jadi nak menampakkan ada orang datang maka dibuatkannya berhampiran dgn ceramah2 PR.

    Lepas tu bila tak berani sambut debat, maka dlm ceramah mereka, bercakap la sorang2 macam orang gila.

    kesian2

    BalasPadam
  5. orang PKR cakap berkobar-kobar,ekor bergelumang dengan tahi.Porahhhhh

    BalasPadam
  6. Itulah tipikal PKR. Memang kokok saja yang berderai-derai tapi ekor bergelumang najis. Bukan penyokong PKR la namanya kalau bijak sedikit.

    BalasPadam
  7. Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.
    Kah...kah...kah....mangkok ni kemudian meyertai DAP.....boleh le ajak kit siang naik haji lepas ni.........

    BalasPadam
  8. Kah kah kah ... Bagus jugak kalu arif sabri bawa kit siang pegi haji. Manalah tahu kita kan 1 ari nanti kit siang masuk islam maka jam haji kit siang. Pegi pun naik roket. Tak macam UMNO pegi naik ape?????
    Naik lembu bab tu. Dulu kita tahu HAJI TAMATTU', HAJI IFRAD dan HAJI QIRAN. Tapi le ada 1 ag haji... HAJI AJIB.

    BalasPadam
  9. Nak wat macam mane.. Nak kata budak tak jugak. Usia dah 50 tahun. Tapi perangai macam bebudak lagi.

    Diusia macam ni patutnya matang. Tapi tak jugak. Bagi kawan biar ajelah dia orang menyalak ke nak terlalak. Janji PRU 13 ini PM kita bukan PM Najib.

    Bab dulu dia kata kalu Orang Pekan nak makan buah jagalah POKOK maksudnya kalu nak senang jagalah dia. Memamng kita jaga dia tapi dia jaga kemboja dan myanmar.

    Pedulikan je dia. Kita bagi dia Bersara awal... suruh jaga cucu
    kat umah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kenaikan Mendadak Harga Diesel Sehingga Lebih 100 Peratus Dalam Tempoh Dua Minggu Disifatkan Sesuatu Yang Tidak Pernah Berlaku

TEMERLOH: Bekas Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Mohd  Rofaie Hamdan mendakwa kenaikan mendadak harga die...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.