script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Analisa PRU : Pakatan Rakyat 'Di Jangka' Menang Banyak Kerusi DUN Pahang, Tetapi Tiga Kawasan Sudah Pasti Berlaku Pertembungan Tiga Penjuru!

KUANTAN, 11 Jun - Pakatan Rakyat (Pembangkang) dan Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru di beberapa buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) panas dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Demikian didedahkan oleh seorang peemrhati politik vateran yang sempat kami temui baru-baru ini. Beliau menjelaskan biarpun pembangkang dilihat berpeluang cerah untuk buat perubahan dalam PRU-13 nanti, namun andai berlaku pertembungan tiga penjuru di kerusi berkenaan maka keputusannya mungkin akan bertukar sebenarnya. Menurut beliau lagi, antara kerusi panas yang sudah parti menyaksikan pertembungan tiga penjuru ialah di DUN Semambu, Teruntum dan Damak. Ini berikutan terdapat sumber mengatakan ada beberapa pihak sedia untuk menawarkan diri bertanding di kerusi DUN terbabit. Difahamkan, DUN Damak akan menyaksikan calon parti KITA buat pertama kali bertanding di situ. Mereka dilaporkan akan meletakkan Pengerusi KITA Pahang, Md Nor Jaafar (foto), untuk merebut kerusi itu. Harus diingat Md Nor adalah bekas calon PKR kawasan terbabit. Beliau tewas kepada calon BN dalam pertembungan tiga penjuru dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Beliau yang mengambil keputusan untuk keluar PKR dan menyertai KITA adalah abang kepada tokoh pimpinan PAS Pahang iaitu Hamzah Jaafar. Menurut pemerhati beliau mempunyai harapan untuk menang jika berlaku pertembungan tiga penjuru bagi kerusi DUN tersebut. Difahamkan kerusi itu adalah dikhaskan untuk PKR yang diwakili beliau dalam PRU12 lalu, dan pengaruh beliau tidak wajar diperlekehkan kerana dia orang lama di situ.

Semambu Mungkin Terlepas Jika Silap Percaturan

Sementara itu, bagi DUN Semambu dan DUN Teruntum, senarionya lebih panas sebenarnya. Ini berikutan calon yang diwar-warkan berminat untuk menawarkan sebagai calon bebas bertanding disitu adalah "calon tempatan" yang juga merupakan seorang aktivis rakyat yang amat dikenali di kawasan terbabit. Umum mengetahui, bahawa kedua-dua DUN itu adalah kerusi kontroversi yang sudah diketahui oleh UMNO BN sebenarnya. DUN Semambu, krisis PKR biar pun dilihat sudah selesai namun ia belum tentu selamat di kertas undi. Malah ada yang berbunyi, andai calon yang dipilih adalah dari Team A maka penyokong Team B akan mengalih undi mereka. Begitu juga jika calonnya dari Team B, perkara yang sama akan berlaku. Semambu terletak dalam Parlimen Indera Mahkota yang dipimpin oleh YB Azan Ismail (foto). Kini jawatan tersebut dipangku oleh Naik Ketua Cabang terbabit Lee Chean Chung, selepas Timbalan Ketua Ibrahim Sidek Mac lalu. Tindakan Ibrahim itu mungkin didorong oleh kekecewaan akibat keputusan pucuk pimpinan parti menghantar YB Azan ke Terengganu. Azan kini adalah Pengerusi PKR Terengganu. Lantaran itu PKR harus meletakkan calon yang berwibawa dan diterima oleh kedua-dua team terbabit jika mahu merampas kerusi DUN berkenaan. Jika berlaku pertembungan tiga penjuru, kemungkinan besar hasrat tersebut akan berkecai. Oleh itu perundingan yang terbaik harus dilakukan jika impian tersebut mahu dijadikan kenyataan. Berdasarkan maklumat dalaman, bukan sahaja DUN Semambu gagal ditakluki pembangkang, malahan kemungkinan besar Parlimen Indera Mahkota juga bakal jatuh semula ke tangan BN andainya perkara ini benar-benar berlaku.

Terkini, DUN Teruntum Masih Menjadi Perebutan

Berita paling mengejutkan diterima ialah keputusan Parti DAP awal-awal lagi mengumumkan akan bertanding di DUN Teruntum pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ia sedikit menimbulkan keresahan dikalangan penyokong PKR sebenarnya. Ini kerana gerak kerja akar umbi bagi DUN tersebut telah direncanakan oleh bekas calon PKR DUN itu dalam PRU12 lalu iaitu Fook Chan Siew (foto). PKR punyai alasan tersendiri untuk mempertahankan DUN berkenaan. Namun DAP kini nampak lebih berminat dan awal-awal lagi sudah menamakan calon mereka bertanding di situ, sedangkan keputusan muktamad parti mana yang akan mewakili pembangkang (pakatan rakyat) di situ masih belum diputuskan lagi. Krisis ini boleh menjadi "duri dalam daging" jika mereka tidak berhati-hati. Biar pun isu Lynas dilihat bakal memberi kelebihan kepada pembangkang, namun jika ada calon bebas yang bertanding disitu maka situasinya berbeza. Tambahan pula jika calon yang ditampilkan itu adalah calon Melayu. Ini akan memberi kelebihan kepada beliau kerana BN meletakkan calon MCA di situ. Maknanya, pertembungan antara bukan Melayu akan berlaku. Dilihat kepada sejarah kemenangan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh di kerusi itu pada PRU12 lalu, jelas kemenangan beliau dibantu oleh penyokong UMNO BN sendiri. Ini kerana beliau berhadapan dengan calon MCA yang telah mengambil kerusi itu dari UMNO sebelum ini. Parlimen Kuantan adalah kerusi UMNO sejak turun temurun sebelum beralih tangan kepada MCA. Justeru itu, kedudukan di DUN Teruntum lebih goyah dan parah bagi pembangkang, jika calon bebas yang akan bertanding itu adalah "calon popular" dan diterima oleh rakyat di situ.

[Apapun, semua ini hanyalah ramalan ramalan belaka. Segalanya akan berubah jika ada perancangan jitu daripada kedua-dua belah pihak. Apa yang pasti, pada PRU-13 ini pertembungan tiga penjuru sudah pasti tidak dapat dielakkan untuk kerusi DUN bandar. Semua pihak harus bersedia menghadapi senario yang bakal berlaku ini. Kejayaan dan kemenangan akan ditentukan oleh "calon bebas" yang bakal bertanding di kawasan terbabit sebenarnya. Maka itu, jangan dinafikan kekuatan calon bebas dalam PRU kali ini. Mungkin mereka lebih berbisa dan dapat menggugat calon lain. Biar pun PRU-13 masih jauh dihadapan, namun analisis ii tidak harus ditolak bulat-bulat oleh pihak pembangkang. Justeru itu, jika mereka mahu menang di kawasan terbabit sesuatu harus dilakukan dan dikorbankan. Kepentingan peribadi harus dibuang ke tepi dan pastikan kekuatan serta sokongan rakyat itu berterusan. Mereka tidak harus terlalu bergantung kepada isu Lynas semata-mata. Ini kerana UMNO BN di Pahang pasti akan merencana banyak strategi untuk menarik balik sokongan rakyat terhadap mereka. Isu Lynas yang dianggap menjadi kekuatan pembangkang, boleh memakan diri jika mereka tersilap percaturan kali ini. Selamat berjuang !].

IKLAN BERBARIS PDO (RM2 SEHARI @ RM50 SEBULAN)
1. Ubat Kuat Lelaki, Menambah Tenaga & Merawat Mati Pucuk
2. Pakej Dua Rahsia Kepuasan Istimewa Suami & Isteri Hebat
3. Memekatkan Air Mani Suami & Yang Belum Mendapat Zuriat


Share:

7 ulasan:

  1. PAS Parti Angguk Saja.
    PAS Parti politik paling hipokrit pernah lahir di Malaysia.
    PAS Parti untuk orang senteng akal!

    BalasPadam
  2. umno jenama inggeris dulu kini dan selamanya.

    BalasPadam
  3. PDO, harap2 ramalan kau tepat, jangan jadi macam kat Sarawak, lingkup. Promosi macam menang 2/3.

    BalasPadam
  4. Malaysia perlukan LYNAS.
    Pahang perlukan LYNAS.
    Hanya PONDAN tak genap bulu ketiak saja yang tak mahu LYNAS!

    BalasPadam
  5. Gadai prinsip kerana DAP - Dr. Mahathir

    Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa sanggup menggadaikan perjuangan membentuk negara Islam dan hukum hudud kerana mahu bersekongkol dengan sekutu pembangkangnya DAP dan mendapat sokongan bukan Melayu.

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perubahan itu membuktikan Nik Abdul Aziz tunduk kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pernah menegaskan akan menentang pembentukan negara Islam Pas suatu ketika dulu.

    Katanya, kesediaan Nik Abdul Aziz serta Pas untuk tunduk kepada pendirian DAP itu membuktikan parti yang kononnya berteraskan Islam itu kini berusaha untuk memancing undi masyarakat bukan Islam di negara ini pada pilihan raya akan datang.

    "Apabila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian Pas, Nik Abdul Aziz telah menyemak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun mendapati Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara Kebajikan Pas.

    "Nik Abdul Aziz sendiri berkata yang mendorong Pas ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihan raya, ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam Pas," katanya dalam entri terbaru bertajuk Kejatuhan Negara Islam Pas di http://chedet.co.cc, semalam.

    Beliau mempersoalkan penjelasan Nik Abdul Aziz mengenai pertukaran slogan Pas daripada membentuk negara Islam kepada pembentukan negara berkebajikan seperti ditegaskan parti itu pada muktamarnya minggu lalu.

    Dr. Mahathir menambah, kesanggupan Pas menggugurkan perjuangan negara Islam demi kerjasama dengan DAP adalah mengecewakan kerana parti itu tidak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO yang dianggotai oleh Melayu beragama Islam.

    "Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara Pas dengan UMNO, Nik Abdul Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO (didakwa) tidak Islam," katanya.

    BalasPadam
  6. Lihatlah Mahathir tidak permainkan Islam!…fooyoo! hebat gamaknya! : "…Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut Nabi (ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke?, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak di padang pasir. Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai NAFSU yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain…” (Mahathir 1997)

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.