script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Orang Ramai Gempar, Kompleks Membeli Belah 'Kuantan Parade' Terbakar Awal Pagi Tadi !

KUANTAN, 22 Jun - Orang ramai yang berkunjung ke komplek membeli belah Kuantan Parade dekat sini kecoh apabila dilaporkan kebakaran berlaku di premis berkenaan. Masing-masing terpingga-pingga melarikan diri ke luar bangunan untuk menyelamatkan diri. Kebakaran yang dipercayai bermula sekitar jam 10.00 pagi itu dikatakan berpunca dari bahagian foodcourt komplek membeli belah berkenaan. Tinjaun kami ke lokasi terbabit mendapati pihak polis telah mengadakan sekatan jalanraya di sekitar Jalan Penjara berhadapan dengan Bangunan Perkeso menuju ke Bangunan Komplek Teruntum (PKNP). Jalan tersebut ditutup kepada semua lalu lintas untuk tujuan keselamatan. Pihak bomba didapati sedang berusaha mengenal pasti punca kebakaran dan berusaha memadamkan api berkenaan. Sementara itu orang ramai termasuk pekerja komplek membeli belah itu didapati berada diluar bangunan dalam keadaan cemas. Mereka terkejut, kerana sejak beroperasi inilah kali pertama kejadian kebakaran itu. Ketika laporan ini ditulis kebakaran masih belum dapat dipulihkan lagi. Kelihatan asap hitam berkepul-kepul keluar menerusi serombong udara.


Asap kelihatan keluar dari serombong udara bahagian foodcourt terbabit

Foodcourt berkenaan dipercayai diuruskan oleh syarikat Sri Affa Kuantan

Orang ramai panik bila dimaklum bangunan Kuantan Parade terbakar

Kelihatan kereta bomba dan beberapa anggota polis mengawal lalu lintas

[Keadaan dipercayai terkawal dan tidak ada kejadian tidak diingini berlaku. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak bomba yang begitu cepat bertindak mengawalnya. Difahamkan, kebakaran itu juga mungkin berpunca dari kawasan permainan kanak-kanak di tingkat dua bangunan terbabit. Namun, semuanya belum dapat disahkan lagi. Apapun, semua pihak diminta berhati-hati selepas ini. Pihak kami masih menunggu laporan sepenuhnya punca sebenar kebakaran terbabit, sama ada ia berpunca dari kawasan foodcourt atau pun kawasan permainan kanak-kanak dalam bangunan terbabit. Laporan ini bukanlah bertujuan menyalahkan mana-maan pihak dan ia tidak ada kepentingan politik apa-apa pun sebenarnya. Cuma diharap agar pihak-pihak yang berkenaan dapat memastikam keselamatan orang ramai].
Share:

3 ulasan:

  1. Mujur tiada kehilangan nyawa atau kecederaan.

    BalasPadam
  2. the true things is actually tiada api yg besar pn...juz asap je byk...dats all

    BalasPadam
  3. dgr cite salah sowang pekerja foodcourt leka bergayut telefon sampai air menggelegak pun dia dah tak pasan, tu yang hangus n terbakar tu.. unsur2 org dalam foodcourt sendiri yg btau..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.