script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Lynas: Kegagalan Kerajaan Dengar Bantahan Rakyat, Save Malaysia Bakal Membawa Kes Itu Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Belanda

KUANTAN, 27 Jun - Kerajaan Negeri Pahang pimpinan MB Adnan Yaakob bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar dalam isu Lynas selepas ini. Ia berkaitan kenyatan NGO yang lantang memperjuangan hak rakyat dalam isu tersebut iaitu Save Malaysia. Pengerusinya Tan Bun Teat (foto) tidak menolak kemungkinan untuk mengusulkan isu Lynas ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague, di Belanda untuk penyelesaian jika segala ikhtiar untuk menghentikan operasi syarikat itu di kawasan perindustrian Gebeng di sini menemui jalan buntu. Langkah drastik itu perlu diambil setelah melihat kerajaan seolah-olah tidak berminat untuk mendengar suara bantahan rakyat. Malah beliau juga mengharapkan rakyat Australia memahami situasi dan tindakan itu. Menurutnya, tindakan itu perlu memandangkan tindakan syarikat itu seperti tindakan sebuah negara maju dari Negara Dunia Pertama membuli negara dari Dunia Ke-3 dan bukan sekadar warga Kuantan menentang Lynas semata-mata. “Malah seramai 12 ahli dari Save Malaysia termasuk saya akan membentangkan isu ini di Parlimen Australia bermula 3 hingga 9 Julai depan. “Selain itu, kita akan melakukan demonstrasi jalanan di sini jika operasi Lynas diteruskan walaupun dihalang pihak berkuasa,” katanya.
Share:

9 ulasan:

  1. Tak payah le sampai ke sana, nanti kalau kalah kata mahkamah antarabangsa pun kena bayar gak...Kat pakar IAEA pun dah tak percaya. Nak percaya kat sapa lagi...Nak cari pakar sendiri, tak ade pulak. Rujuk je kat YB Kuantan dan Ust. Suhaimi. Kan mereka tu pakar-pakar nuklear belaka.sapa-sapa yang sokong Lynas, semua kena beli, sapa-sapa yang menentang, semuanya ikhlas dan demi anak cucu?. saya dulu sokong gak YB Kuantan kut dapat buat perubahan dengan harapan menggunung, tapi takat cari dan kenalpasti masalah, kemudian lambak kat MPK contohnya minta selesai...Ustaz Suhaimi pun elok la tu...dah dapat mandat Ketua Penerangan..boleh berceramah berterusan tunjuk kejahilan..kalau tak orang tak tahu...bila bercakap pasal nuklear lebih dari pakar..baru le orang tahu..betapi jahilnya dia.Kita sama-sama sokong agar dia bertanding jadi wakil rakyat nanti...Kesian Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi berdakwah siang malam. Tapi tak apa, Allah redha dan berkati mereka.

    BalasPadam
  2. MALAYSIA SAVE!!!START LYNAS!!!100% setuju dgn bro di ats!!!bwk la ke hague ke...hokkk ke...hekk ker..mende fact,gtu gok...

    BalasPadam
  3. hebat tok wan fuziah ceramah dlm video kat ats!!pakar mane mung dgr tok wan wey...!!!bwk gok dr,che rosli skali gi ceramah2 mung tu..dr.che rosli ckp dok bahaya,tok wan ckp'dh bakpe...YB nk masuk UMNO plak ker??tu laa tok wan!!dia pakar nuclear,tok wan pakar fitnah!!!dh2 la tokwan!!PAS Pusat tau dh mainan mung tokwan.jgn wat buruk nama PAS!!

    BalasPadam
  4. Jom kawan2 kita boikot produk australia... harry lee

    BalasPadam
  5. Sikap bodoh sombong Dato' Nan dan konco-konconya akan membawa padah kpd UMNO. Kita tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  6. Aku kerja tampung tayar basikal bocor, satu tayar dapat 1 ringgit setengah . tapi sekarang hujung minggu , saya dah pakai baju hitam petak kuning ooo . lagi banyak dapat..
    Tapi saya ingat, habis kempen ni ,kena kerja balik tampung tayar basikal. Tapi aku naik marah, kenapa nak pergi Australia tak ajak aku, padahal bajet banyak?

    BalasPadam
  7. Anti Lynas gok... duluSelasa, Jun 28, 2011 2:37:00 PTG

    Bantahan Rakyat?
    you all wakil siapa? siapa yang lantik? biarlah Lynas buka dulu, lepas tu baru tutup he..he

    BalasPadam
  8. betul tu,
    tak buka nak tutup macam mana/

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.