script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Majlis Perbandaran Kuantan Di Gesa Kuatkuasa Larangan Bermain Bola Di Padang Depan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah Pada Waktu Solat!

KUANTAN, 21 Jun - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa menguatkuasakan undang-undang untung melarang mana-mana pihak menggunakan padang MPK1 sehingga melewati jam 7.00 malam (waktu Maghrib) berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah 1 (foto) dekat sini. Ini berikutan tindakan tersebut jelas sekali mencemarkan kesucian agama Islam itu sendiri sebenarnya. Terdapat banyak laporan yang kami terima, ramai pihak yang menjadikan lokasi berkenaan untuk menjalankan aktiviti sukan terutamanya bolasepak. Tambahan pula di kawasan itu terdapat tiga buah padang bola yang boleh digunakan serentak oleh orang awam. Sebelum ini memang telah banyak rungutan terutamanya daripada pihak masjid sendiri, berkenaan sikap dan tingkah laku pihak terbabit yang sungguh mendukacitakan. "Mereka bukan sahaja bermain bola ketika waktu Maghrib, malahan turut menggunakan tandas masjid untuk tujuan buang air dan mandi selepas permainan tamat. Tambah mengecewakan ada yang berpakaian tidak menutup aurat (seluar pendek) masuk ke dalam kawasan masjid untuk ke tandas. Mereka mandi dan guna tandas tapi tidak bersama-sama bersembahyang walau pun sudah masuk waktu. Inilah yang yang amat memalukan, kerana majoriti mereka adalah orang Melayu yang beragama Islam maka tidak wajar berbuat demikian", kata seorang jemaah masjid tersebut.

[Kami juga difahamkan, memang sudah beberapa kali pihak berkenaan ditegur oleh pengawal masjid atas tindakan tersebut. Namun, ada sesetengah mereka bersikap kurang ajar dan mengambil sikap acuh tidak acuh atas teguran yang dibuat. Tinjauan kami ke lokasi berkenaan mendapati, bukan sahaja permainan bolasepak dilihat melewati waktu Maghrib (7.00 malam), malahan juga pihak berkenaan tanpa segan silu memulakan permainan sekitar jam 4.30 petang iaitu ketika waktu Asar. Mereka tidak sama-sama masuk ke dalam masjid untuk bersolat, sebaliknya lebih selesa bersuka ria dan tanpa segan silu membuat bising di tepi padang terbabit. Sebagai sebuah negara dan negeri yang kononnya Islam, maka perkara sebegini sepatutnya dipantau oleh pihak berkuasa. Tambah menarik lagi, pejabat agama (Jabatan Agama Islam Pahang) juga terletak bersebelahan masjid berkenaan. Soalnya, sama ada mereka sedar atau pun tidak. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi di masa akan datang. Jalan terbaik ialah membuat perubahan ke arah kebaikan untuk menjaga kesucian Islam itu].
Share:

25 ulasan:

  1. Ni memang satu isu yang mustahak tetapi aku harap tak dibesar-besarkan. Satu cara pihak berkuasa boleh menangani isu ini adalah meletak papan tanda kat tepi padang dekat dengan masjid menegur mereka agar berhenti sebentar daripada bersukan bila azan.

    Kalau nak lagi efektif cuba letak papan tanda "kreatif/sindir" macam JKR Kuantan letak kat merata tempat.

    Contoh: "Apabila azan berkumandang, solat ke sukan lagi penting?"

    Sekurang-kurangnya kita dah ambil inisiatif untuk menasihati mereka tapi kalau ada yang degil tu tak boleh buat apa lah. Sendiri buat, sendiri tanggung ah kelak.

    BalasPadam
  2. betul tu..yang bersukan tu pun..pandai2 la menghormati azan dan orang yg sedang bersolat...

    BalasPadam
  3. kalau boleh pihak Pahang Daily laporkan pula tentang pub dan rumah-rumah urut yg semakin banyak macam cendawan tumbuh di bandar kuantan ni..boleh dikatakan..di setiap barisan kedai, mesti ada pub dan pusat urut/refleksologi..dan kita semua tahu..kalau pusat urut tu, pekerja dia mesti perempuan, dari china/vietnam/thailand...Malaysia negara Islam..tapi kenapa banyak sangat tempat maksiat macam tu diberi lesen..tengok saja di Bangunan China Town belakang EC Mall..complete dgn pub, pusat urut..yang saya dengar dari kawan yg bekerja di kedai di situ, pernah sepasang suami isteri bergaduh di pusat urut tu..hanya disebabkan seorang perempuan dari China..masalah sosial makin teruk..pihak mana sepatutnya yg kena ambil tindakan ye..

    BalasPadam
  4. kah kah kah..kalo dah umPORNO memerintah camni la jadinya


    Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

    Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

    Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

    Kedua-dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.

    Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

    Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.

    Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing-masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu.

    Ingat UMphorNO, Ingat Seks...!!!

    BalasPadam
  5. kepada anon 1.51pm..ooo kalo bab agama islam,tak hormati org azan x perlu diperbesar2kan eh ? inilah mentaliti org tak ngat akhirat..

    setakat papan tanda buat ape ? kalo dah hati gelap,ko tanda kat dahi dorg pun dorg tak kisah !

    apalah kerajaan buat,lagsung x ambik pot pasal agama !

    setau aku,bab nih dah bertahun dah..

    BalasPadam
  6. tiada penguatkuasaan lagsg dari pihak jabatan agama islam ! xkan kerana yang jadi pengerusi persatuan bola tuh puak2 umPORNO jadi takut kot nak tegur !

    BalasPadam
  7. alamak,sekali terkantoi da puak umPORNO nih ! btl2 porno la ! kah kah kah

    ..ttp mata je la..tu seb baik kt kedah y printah adlh dr PAS..kalo dr umPORNO..asanya dh ttp kes..ye la..xkan nk malukan parti BatangNajib y mulia disisi bangsat2 y hina.

    BalasPadam
  8. Tak cerdik berkhalwat kat Kedah. Lain kali berkhalwat lah kat Pahang ataupun kat Putrajaya.

    BalasPadam
  9. xpun kat PD yg berkhalwat ngn artis tuh..kah kah kah..terlepas je


    yg kat selnagor tuh pula,geng umPORNO bunuh diri bersama bini org dalam kete..kah kah kah..tak dpt restu nak kahwin ngn bini org,merajuk bunuh diri lak..

    kah kah kah..org islam ape bunuh diri ??

    BalasPadam
  10. Kena belajar dulu ngan Rahim Tamby Chik. Otak khalwat dan rogol Malaysia.

    BalasPadam
  11. xlupa juga Jamarludin yg raba budak dan rais yatim yg rogol amah indon..

    kah kah kah

    BalasPadam
  12. Orang sekarang dah x hormat azan. Kadang2 tgh azan pun boleh borak selamba cakap benda2 yg lucah. Tak takut azab langsung. Dah lah semayang jemaah tak pergi. Masjid hanya dua tiga depa depan mata.

    BalasPadam
  13. Kerajaan kita berjaya buat masjid besar juta2. Tapi kerajaan kita GAGAL didik rakyat cintakan masjid, imarahkan masjid serta hormat masjid.

    Kerajaan kita berjaya didik rakyat cintakan konsert, cintakan hiburan, cintakan nyanyian dan sukakan porno.

    Apakan tidak, mana pemimpin kerajaan UMNO BN yg rajin berjemaah ke masjid, mana pemimpin UMNO yg layak jadi imam? Najib layak ke jadi imam solat? Muhyiddin? Hisyamuddin? Rais Yatim? Tambi Chik?

    BalasPadam
  14. Lain kali adakan konsert kat padang MPK tersebut... bila masuk waktu azan suruh org islam solat... @ buat konsert tengok mana yg ramai... tapi... sejak zaman penjajah lagi... orang melayu disogokkan dengan hiburan... kalau tak percaya... tengok cerita melayu dulu-dulu... bila ada raja mesti ada penyanyi dan penari istana... org melayu/islam telah didik sejak dulu lagi... insaf le...

    BalasPadam
  15. Lain kali adakan konsert kat padang MPK tersebut... bila masuk waktu azan suruh org islam solat... @ buat konsert tengok mana yg ramai... tapi... sejak zaman penjajah lagi... orang melayu disogokkan dengan hiburan... kalau tak percaya... tengok cerita melayu dulu-dulu... bila ada raja mesti ada penyanyi dan penari istana... org melayu/islam telah didik sejak dulu lagi... insaf le...

    BalasPadam
  16. FAKTA KEJAHILAN MAZHAB UMPORNO

    -BINA MASJID JUTA2 GUNA WANG RAKYAT DAN ITU DIANGGAP SEBAGAI SIMBOL NEGARA ISLAM

    -AKAN TETAPI KERAJAAN UMPORNO GAGAL MENDIDIK RAKYAT AKAN AGAMA ISLAM,INI BOLEH DILIHAT PERMOHONAN MURTAD YANG TELAH MENINGKAT GARA2 UNDANG2 MURTAD YANG TELAH DILULUSKAN OLEH KERAJAAN UMPORNO

    -DAN MEMANG MENJADI FAKTA TIADA PEMIMPIN UMPORNO YG LAYAK MENJADI IMAM,INI KERANA BUDAYA UMPORNO YG LEBIH MEMENTINGKAN PORNO,SEKS,RASUAH DAN FITNAH !

    -MAHAFIRAUN SENDIRI MENGHINA NABI DAN SUNNAH NABI,DAN SEMUA PENCACAI MENYOKONG KENYATAAN MAHAFIRAUN INI

    -DIMANAKAH ISLAMNYA UMPORNO INI ?

    BalasPadam
  17. umno sememangnya sebuah parti yang TERAMAT SESAT LAGI AMAT MENYESATKAN oleh itu sila jauhkan diri anda dari parti pasik ini supaya hidup anda akan selamat di dunia dan di akhirat,selagi anda bersama2 parti pasik ini sudah pasti anda akan di bakar API NERAKA sememangnya sudah PASti.....

    BalasPadam
  18. Harap Jabatan Agama Islam dapatlah bekerjasama dengan MPK dan SSM, buat lah satu undang-undang untuk kurangkan atau kalau boleh hapuskan lah terus pemberian lesen utk tempat/pusat maksiat di bandar kuantan ni...dah tak melambangkan negara islam..penuh dengan pusat-pusat maksiat...disco/pub/rumah urut bersepah...nauzubillah...org islam ramai yg jadi pelanggan..buat lah pemantauan...

    BalasPadam
  19. Anon 4:08

    yang ko meracau ni apahal? aku bagi cadangan je...kalau ko prihatin sangat pergilah pantau sendiri kat padang tu...suruh budak2 main bola tu gi solat bila masuk waktu. boleh tak?

    BalasPadam
  20. mamat 12.46pm

    anon tu nasihat elok bkn meracau
    yang gila meracau skrg ni umngok and the gang nyawa2 ikan kerna pakatan rakyat semakin berani mati utk menegakkan kebenaran menghapuskan kebatilan yg menggila selagi penyangak2 umngok berkuasa tidak nampak jalan ummah menuju jalan yang benar semakin sesat lagi menyesatkan bahana ajaran ISLAM berduri

    Dengan izin allah insyallah segala kebatilan penipuan penyelewengan SPRM sejak merdeka hingga kini akan berakhir. BERSIHKAN KEKOTORAN DAKI ITU HAPUSKAN KEKOTORAN DENGAN KUASA RAKYAT....

    SPRM PDRM DAN SEGALA BAJINGAN LAGI HAMBA ALLAH YG AMAT LEMAH. KAMU TIDAK BERKUASA MELAWAN KUASA ALLAH. YANG MAHA BERKUASA ITU ALLAH BUKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL...KAMU TIDAK PASTI MENONGKAT LANGIT SELAMANYA SATU MASA KAMU AKAN KE BAWAH BERSAMA EGO DAN ANGKUH KAMU... BERSIH.2

    BalasPadam
  21. Negara Islam cap kepala lembu BN

    Melayu Islam minum arak bebas riang lorong wong ah jang ada ke berani nk tangkap.

    Kepala butuh mu jabatan agama berani tangkap depa ni sedang bersuka ria meneguk air setan... Mendabik dada bina masjid... sesekali nampak kelibat JAIP buat operasi no ekor itupun bangga

    Mcmamana rakyat nk takut pesta minum arak ibarat syurga dunia jalan wong ah jang...tiada pencegah tiada tukang tangkap...maka mangkuk3 ini mabuk saban malam dalam sebuah negara ISLAM Duri.

    Hanya tsunami yang berani menegur kebiadaban umat ini yang lupa siapa tuhan mereka apa agama mereka tujuan apa mereka kedunia

    JAIP KEMANA HALA TUJU MU
    TIDAK CUKUP STAF KE
    MALU KERANA BENAR
    MUNGKIN BALA YG MAMPU MENGAJAR MANUSIA MENGENAL TUHAN MEREKA KERANA PEMIMPIN MEREKA TKDE MASA NK DIDIK MASYARAKAT BZ MENGIRA LABA DUNIA DARI PENIPUAN PENYELEWENGAN DAN KERINGAT RAKYAT

    DARI ALLAH KITA DATANG KPDNYA JUA KITA KEMBALI... tiada yg kebal menghadapi kematian

    BalasPadam
  22. yang saya nak cakap ni..bukan nya berkaitan dengan Perkauman..jangan salah faham ye...tapi mmg kebanyakan pusat2 maksiat ni, taukeynya adalah berbangsa Cina..contohnya macam pub..pusat refleksologi atau pusat urut tu..majority tukang urut tu import dari Cina..jadi sepatutnya kerajaan kena ajar taukey2 cina ni hormat negara kita, adalah negara ISLAM..tak boleh la buat macam kat negara China tu..tapi yang sedihnya apabila taukey2 ni macam senang sangat nak dapatkan lesen2 utk tempat maksiat ni..diorg macam langsung tak hormat sensitiviti org islam..tapi nak salahkan taukey2 ni tak boleh juga..sebab pihak yg memberi lesen tu pun seolah-olah beri galakan lagi memperbanyakkan pusat maksiat di kuantan ni...

    BalasPadam
  23. Sedih tengok bandar ni jadi macam ni,Masjid Sultan Ahmad 1 kebanggan warga Kuantan dan Negeri Pahang,sayangnya keindahan dan kemegahan dicemari oleh warga Kuantan dan umat Islam sendiri.Umno BN atau siapa juga bukan persoalan,sebagai umat Islam wajib kita menegur.Tentang pub disko dan sebagainya sekarang makin merebak bukan saja di jln WAJ saja,jln Hj Ahmad,Air Putih pun sama,itu belum lagi port2 pondan dan pelacuran.Tolonglah pihak berwajib..Kami Sayang Bandar Kuantan.

    BalasPadam
  24. SEBENAR NYA, KITA SBG WARGA KUANTAN, BANYAK BENDA YG KITA TAK PUAS HATI..SAYA SETIAP HUJUNG MINGGU AKAN BAWA ANAK2 BERSIAR-SIAR DI BDR KUANTAN DAN PERNAH SATU HARI, ANAK BERTANYA KPD SAYA, PUSAT REFLEKSOLOGI TU YG MACAM SELALU TENGOK BERITA KAT TV PEREMPUAN PAKAI SEKSI SELALU KENA TANGKAP TU KE?..KAT SINI PUN BANYAK KAN MAMA...?..SAYA TAK RETI NAK JAWAB MACAM MANA...JADINYA KERAJAAN TOLONGLAH AMBIL TINDAKAN BERSIHKAN BANDAR KUANTAN NI DARI MAKSIAT

    BalasPadam
  25. Tak perlu MPK sampai buat larangan. Kewujudan masjid kat tepi padang tu sebenarnya ada hikmahnya. Mmg tak dinafikan mmg kurang asam le kalau diaorg pakai seluar pendek guna tandas masjid etc. Tapi AJK masjid boleh guna kesempatan ni utk tarik diaorg utk lebih mendekati masjid. Nak menarik org ke masjid etc bukannya boleh buat secara paksa! Bak kata pepatah kerja dakwah ni kena buat secara halus macam mengupas kulit bawang. Mana2 pihak berkenaan tak perlu lah bersikap judgmental terhadap bebudak nih..kita tak tahu setinggi mana tahap pemahaman mereka trhadap amalan islam w/pun kebanyakan mereka tu org islam. Janganlah sebab seseorang tu kerap sembahyang masjid etc. Nak pandang serong terhadap bebudak ni. Kalau benar2 kita nak menegakkan ajaran Islam..mehlah kita sama2 berpesan2 secara berhemah insyalah lagi meriah le masjid kita

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.