script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lynas: Keputusan Permohonan Penduduk Batal TOL, Akan Di Putus Mahkamah Pada 12 April Ini!

KUALA LUMPUR 4 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 12 April ini untuk keputusan semakan kehakiman berhubung bantahan 10 penduduk tempatan berhubung pemberian Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada kilang Lynas. Tarikh tersebut diputuskan Hakim Datuk Rohana Yusuf di kamarnya hari ini selepas mendengar hujah peguam, Tommy Thomas yang mewakili penduduk. Pada 17 Februari lalu, 10 penduduk Gebeng yang tinggal lebih kurang 14-18 km daripada kilang Lynas selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman dalam usaha membatalkan keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Menurut Thomas, TOL menyerupai persetujuan beroperasi sepenuhnya, yang menjadi kebimbangan penduduk. “TOL seperti mencadangkan Lynas boleh melakukan apa saja, seperti untuk dikekalkan, tetapi (AELB) akan melihat Lynas. “Tidak ada keperluan untuk merayu, tetapi lebih sesuai Menteri datang ke mahkamah bagi membatalkan TOL,” katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ketika ditemui pemberita mempersoalkan tindakan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) membincangkan isu Lynas. “Dalam penghujahan hari ini, PSC bukan isunya, tapi isunya berhubung TOL yang diluluskan. “Peguam negara sepatutnya menyebelahi rakyat, dan bukannya pihak kerajaan,” katanya. Dalam pada itu, Pengerusi Stop Lynas Coalition, Andansura Rabu turut mengajak orang ramai menyertai Himpunan Hijau 3.0 pada 13 April ini. “Kami merayu kepada semua rakyat supaya menyokong dengan menyertai gerakan solidariti ini di seluruh negara bagi perjuangan menghentikan projek Lynas dan selamatkan Malaysia,” ujarnya.


UNTUK TEMPAHAN PRODUK SILA HUBUNGI 013-2817199 (ABG REMY)
AGEN BERDAFTAR DIPERLUKAN DI SELURUH NEGARA, KLIK INFO DI SINI

[Soalnya sekarang, apakah keputusan akan berpihak kepada rakyat?. Sedangkan semua tahu projek tersebut kini hampir siap sepenuhnya. Mahukan kerajaan membatalkan TOL dan menutup projek itu dalam masa yang sama mereka terus berkempen kononnya rakyat mendapat maklumat yang salah tentang projek berkenaan. Kini, rakyat Kuantan akan terus dinafikan hak untuk menjamin keselamatan mereka pada masa akan datang. Selagi kerajaan terus ditadbir oleh UMNO BN, maka amat sukar untuk kita melihat "rakyat didahulukan" dalam hal Lynas ini. Apa yang pasti, tokey "Lynas" dan proksi-proksi mereka yang akan "diutamakan" dan mendapat limpahan kemewahan hasil usaha membawa masuk projek itu].

Share:

5 ulasan:

  1. RAKYAT MESTI DI UTAMAKAN....
    DUIT & KRONI MESTI DIHAPUSKAN/ DINYAHKAN...
    BERSATULAH WARGA KUANTAN.... TOLAK "LYNAS"....
    TAK RUGI PUN KITA, MUNGKIN BALA YG DAPAT KALAU "LYNAS" DI OPERASIKAN... TOLAK LYNAS!!!
    KITA PERLU "GREEN,GREEN GLOBAL" -RADIASI SIFAR!!!
    AKU PENDUDUK TEGAR "KUANTAN" - NO RADIASI..!! WALAU PUN SIKIT...!! TAK PERLU WANG 5 BILLION... CUKUPLAH HASIL KITA YG ADA.. MINYAK PETRONAS, SAWIT, GETAH, BIJIH, GENTING, TOTO, ROKOK, ARAK,MAGNUM DAH MACAM2 LAGI, BAIK YG HALAL ATAU YG HARAM... MEMANG HARAMJADAH!!!

    BalasPadam
  2. BANTAH TETAP KITA BANTAH, SEMOGA ANAK CUCU KITA AKAN DATANG TIDAK MENUDUH KITA BERSEKONGKOL DENGAN PARTI YANG SEMAKIN MEREPUT.KITA TELAH BUAT PROTES DEMI PROTES, UMPORNO INGAT ANAK CUCU DIA AKAN DATANG KEBAL RADIASI, YAKIN KEPADA ALLAH, SETIAP KERJA JAHAT DAN BERHATI BUSUK,, TUNGGU LAH BALASAN DUNIA JUGA YANG AKAN DI TANGGUNG, OLEH ITU JANGAN SOKONG UMPORNO DAN BN,SEKARANG MEREKA SEDANG MELEBARKAN KUBUR MEREKA DENGAN KEANGKUHAN DAN SOMBONG YANG TAK TERKIRA..

    BalasPadam
  3. Kami Sokong kilang Lynas ditutup....

    BalasPadam
  4. kilang dh nk operasi dh..peluang utk tutup kilang nie mmg tipis kerana mahkamah mesti akan gunakan fakta2 saintifik dari agensi2 yg bertauliah dr kerajaan..bagi aku harapan mmg tak ada dh utk stop kilang ni..tggu jalan dulu lah pastu baru pantau blk operasi kilang ni dn klau ada yg tak betul br buat protes blk coz kerajaan dh ckp klau operasi kilang ni melanggar syarat2 akan stop terus tanpa rundingan lagi..coz skrg klau kita ckp apa2 pn diorg tak dgr dh..

    BalasPadam
  5. Kalau semua orang dapat fikir secara rasional, diulang RASIONAL, set minda dan akalfikir mcam anon Thursday, April 05, 2012 1:33:00 PM... semuanya akan OK. Ni tidak, majoriti orang yang cakap fasal LYNAS ni cakap pakai 'pita suara' saja secara MENGKHINZIR BUTA akibat hasutan oleh pihak2 yang sengaja mahu menjadikan LYNAS sebagai modal politik murahan.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.