PEKAN, 4 April - Para pembeli projek rumah Pekan Jaya Fasa II dekat sini, kecewa dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya iaitu YB Ibrahim Awang (foto) kerana masih gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka biar pun selepas beberapa tahun menjadi Wakil Rakyat di kawasan terbabit. Sikap acuh tak acuh ADUN terbabit dalam menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh para pembeli ini kini semakin kritikal, tambahan pula Pilihan Raya Umum ke-13 kini semakin hampir. Justeru, pihak berkenaan gusar jika isu ini dijadikan "modal politik" oleh pihak pembangkang untuk membuktikan laungan "rakyat didahulukan" oleh kerajaan itu sekadar "indah kabar dari rupa". Inilah senario yang berlaku kepada 22 pembeli rumah yang kini menjadi mangsa akibat kegagalan pemaju (Exact Management Sdn Bhd) menyiapkan rumah yang mereka beli dengan harga antara RM190,000 hingga RM250,000 itu. Menurut seorang pembeli yang ditemui, beliau hairan kenapa pemimpin setempat termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri tidak cakna dengan isu itu. "Bayangkan sudah banyak kali kami ajukan perkara ini kepada YB terbabit dan juga PM sendiri. Namun jawapannya tunggu dan lihat ... sedangkan kami terpaksa membayar pinjaman perumahan sejak setahun yang lalu. Bila diajukan kepada pihak berkenaan, mereka dengan mudah berjanji akan menyelesaikannya. Tapi, apa yang terjadi kami kini seolah-olah orang asing dibumi sendiri. Mereka melayan "warga asing" dengan baik di Pekan terutamanya Kamboja, Myanmar dan sebagainya. Tapi rakyat Pekan sendiri yang berbangsa Melayu kini dianaktirikan. Kami tidak diberi keistimewaan, walau pun kesemua pembeli adalah berbangsa Melayu. Mana pergi laungan, Hidup Melayu yang diwar-warkan selama ini", katanya yang tidak mahu nama beliau disiarkan. Sebelum ini, PDO pernah menyiarkan rintihan para pembeli terbabit dalam artikel terdahulu yang bertajuk "Pembeli Kecewa, PM Najib Tergamak Tutup Mata Menyelesaikan Masalah Projek Terbengkalai Yang 'Hanya 150 Meter Dari Rumahnya' Di Pekan". Malah, isu berkenaan juga telah disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan selepas itu. Namun difahamkan, sehingga ke saat ini tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak pemaju mahu pihak pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini. Difahamkan juga, rata-rata pembeli adalah pegawai kerajaan yang antara mereka termasuk guru dan juga kakitangan sebuah IPT di Pekan.Kawasan rumah telah dinaiki semak samun gara-gara projek terbengkalai
Lebih 80% disiapkan, tiba-tiba projek terbengkalai bila pemaju lepas tangan
Tar pun sudah diturapkan pada sebahagian dari jalan di kawasan terbabit
[Melihat kepada apa yang berlaku ini, tidak timbul soal mengatakan isu ini harus ditangani oleh pihak terbabit dengan pemaju sendiri. Mereka sudah usahakan perkara itu berkali-kali namun tiada jalan penyelesaiannya. Maka, jalan terbaik ialah mengajukan permasalah itu kepada wakil rakyat setempat, tambahan pula kawasan parlimen Pekan di wakili oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri. Masakan seorang PM tidak mampu untuk menangani masalah sekecil ini?. Anehnya, pemimpin politik di Pekan begitu berselera membantu dan membela warga asing terutamanya dari Kemboja, Myanmar dan sebagainya. Mereka dilayan lebih istimewa daripada orang-orang Melayu itu sendiri. Jika ini keadaannya, apakah makna laungan "rakyat didahulukan"?. Pihak terbabit sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat yang teraniya. Jangan dek kerana isu ini akhirnya orang Melayu Pekan menolak pemimpin UMNO BN pada Pilihan Raya Umum akan datang. Mujurlah isu ini masih ditangani oleh pihak yang berkenaan tanpa pengaruh di politik pembangkang lagi].






Bukan kah ada perjanjian jual beli antara pemaju dan pembeli,ikut lah apa yg telah di persetujui.Masing-masing pun sepatutnya ada lawyer,kemahkamah adalah tempat yg sesuai utk di selesaikan perkara ini.Kalau ini pun Najib nak kena selesaikan,bila nak maju.Urusan sendiri sendiri sattle lah.
BalasPadamBaru ni Jib ke China sattle sarang burung Walit....tak kan tak nampak tepi tangga.....
BalasPadamTIADA umno/bn pada PRU-13 nanti. ABU.
BalasPadamSuara rakyat semakin berkeramat. Pakatan Rakyat harapan baru rakyat.
Anon 12:48 Kau tak kene kat batang hidung kau boleh komen cam tu le. Aku rasa kalau kau yang kena habis canang seluruh dunia agaknya.
BalasPadamAnon 12.48 p.m memang sah buta undang-undang yang ada dalam akta perumahan."Scdule G" merupakan skim baru jadi pembeli tidak dibenarkan untuk menyaman pemaju selagi tidak diberikan penyerahan kunci selepas daripada itu barulah pembeli boleh menyaman pemaju Dol.
BalasPadamRAKYAT PEKAN SILAP PILIH PEMIMPIN MELAYU... MACAM NAJIB NIE,
BalasPadamPATUT PILIH PEMIMPIN "KEMBOJA" PEKAN, BARU ADA DEMOKRASI SIKIT..
"KEMBOJA" PEKAN BOLEH LAH PILIH MELAYU PEKAN PULAK!! TUKAR2.
KEMBOJA PUN BARU PILIH PEMIMPIN BARU, BARU SYOK!!
HIDOP KEMBOJA PEKAN, WE LOVE YOU!!
TURUNKAN NAJIB.. NO POWER!!
Padan muka dengan orang Melayu Pekan kena tipu hidup-hidup dengan Najib. Ironinya Orang Melayu Pekan tidak mempunyai makna buat Najib. 28,000 warga asing akan mengundi Najib. Orang Melayu Pekan "Terhegeh-hegeh" ibarat "Hidung Tak Mancung Pipi pula tersorong-sorong" sedangkan Najib sedikit pun tidak pernah mengharapkan undi mereka
BalasPadamSedarlah wahai orang Melayu Pekan, sesungguhnya anda semua BODOH, BARAL LAGI DUNGGU yang boleh dibeli dengan air liur Najib aje
ni commercial agreement, so...kena lah commercial solution...legal channel lah aje jwb nya
BalasPadampolitical pressure mmg buleh, tapi kalu company dah maut, makan masa lah...tgu status projek terbengkalai baru blh spnb ke sapa ke take over..tgu budget dulu lah dsb
tapi pekan kan tempat magic...kat paya serai ke mana tah, beratus keluarga dpt rmh free, perabut free, poster PM dpn rumah pun free
ada orang dapat rumah free, prabot free...bagus lah...masalahnya ramai plak yang dok dengki......klu najib menang lagi jgan dok dengki plak lagi...yg kalah boleh cuba lagi...klu orang tak sokong kita dn kita kalah, jgn plak tuduh orang bodoh...diri sendiri yg dungu kot? hehe..
BalasPadamAssallamuallikum ! Md Najib pada PRU 1999 dulu dah nak mampus, dapat majoriti 212 undi saja. Lepas buat persempadanan semula menang puluhan ribu majoriti. Nampak sangat pembelit nya mamat ni. Tu yang bagi rumah free,perabut free tu, duit sapa tu kalau tak duit awak sendiri. Jadi cerdik lah sikit wahai umat Pahang.Md Najib tak beri apa apa dari kocek dia sendiri, sumbat lagi ada lah. Pls use your brain to reason not to think. Assallamuallaikum
BalasPadamAdalah saya mohd shamsuzani b mohd nor,pengerusi jawatankuasa bertindak Pusat Pekan Jaya Fasa 2, ingin mengatakan bahawa video yang ditayangkan ini benar, selain daripada itu, yang mengatakan bahawa YB Ibrahim dan PM,memberikan jawapan tunggu dan dan lihat adalah tidak benar sama sekali. Begitu juga dengan kenyataan PM melayan warga asing dengan baik tidak benar,anak melayu dipinggirkan dan ianya bukanlah keluar daripada mulut saya.Ianya merupakan manipulasi pihak pembangkang untuk menjatuhkan YB Ibrahim dan PM.Saya mempunyai mempunyai dua orang saksi yang ada semasa temubual dijalankan.YB Ibrahim telah berusaha sedaya upaya untuk menolong kami dengan membawa isu kami ke mesyuarat exco. Di samping beliau telah menguruskan hal ini dengan pihak Kementerian dan Kerajaan Tempatan Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek(Wilayah Timur Pahang) dan dengan Pihak Pihak KPKT di Putrajaya.Saya hemah saya tidak timbul soal dianaktirikan malah YB perihatin dan mengambil berat, disamping mudah untuk berjumpa dengan YB Ibrahim. PM pula saya rasa berbangga mempunyai PM seperti Dato Seri Najib yang berjiwa, dimana saya telah berjaya memberikan surat berkaitan perumahan kami semasa pemberian BR1M di Pekan.YB dan PM telah cuba buat yang terbaik untuk menyelesaikannya. Saya ingin memuji sikap YB Ibrahim yang berjiwa rakyat dimana senang untuk berjumpa dengan beliau.Pada dasarnya mereka mengatakan bahawa mereka merupakan satu badan NGO untuk menolong rakyat, tetapi mereka sebenarnya mempergunakan rakyat yang didalam kesusahan untuk kepentingan politik murahan mereka.Malah mengusutkan lagi keadaan.Maklumat yang diberikan telah diputarbelitkan untuk kepentingan politik mereka.Apa yang saya nyatakan disini, tidak didesak oleh mana-mana pihak, malah ianya lahir dari hati nurani saya sebagai pengerusi Jawatankuasa bertindak Pusat Pekan Jaya Fasa 2.Ianya meruapakan atas dasar rasa tanggungjawab yang tinggi dan tidak mahu digula-gulakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka
BalasPadam