script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mati Bunuh Diri, Ibu Dan Isteri Beng Hock Tidak Terima Keputusan Suruhanjaya Siasatan DiRaja

SHAH ALAM 22 Julai - Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock pembantu politik DAP untuk menentukan punca kematian suaminya disifatkan sebagai 'mimpi' yang baru berakhir. Malah isteri mendiang, Soh Cher Wei mengucapkan 'terima kasih' kepada suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana memberi harapan palsu sambil merumuskan ia ibarat 'tamparan' yang mengejutkannya dari lena dibuai mimpi. "Terima kasih RCI kerana membiarkan saya dibuai mimpi untuk selama beberapa bulan. Sekarang selepas ditampar (dikejutkan), sekarang masa untuk bangkit,” katanya. Sementara itu, Sementara itu ibu kepada mendiang Teoh Beng Hock, juga menolak hasil siasatan dan keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, bahawa kematian anaknya berpunca daripada bunuh diri. Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi. Teng Huw Hoi, 58, berkata beliau tetap yakin bahawa Teoh tidak membunuh diri atas alasan anaknya itu seorang yang baik. "Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Alor Gajah semalam. Teng yang enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak peguam untuk mengeluarkan kenyataan. Kata Teng, beliau dan suaminya Teoh Leong Hwee serta anggota keluarga lain ke Kuala Lumpur petang semalam untuk menemui peguam mereka.

[Petang semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz petang tadi mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati pembantu politik DAP itu membunuh diri. Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini. Bagaimanapun, Nazri menambah, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh. Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong. Teoh, 30, pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza itu].
Share:

5 ulasan:

  1. # Kesimpulannya:
    Jangan Pangkah Dacing.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  2. napa pdo sekarang dah x pedas....banyak pro bee end...

    BalasPadam
  3. Nak bagi pedas macam mana dah kena ugut ngan adnan, miss soru nanti. Kali terakhir PDO agak menyengat isu LYNAS lepas tu terus tidur, dibius Mb Pahang dan kuncu2 nya. Nak buat macam mana, dunia cari makan. Biasalah, aku pun dah banyak kurang nyinggah kat sini selepas LyNAS di brain storming...

    BalasPadam
  4. Benda betul PDO cakap betul .... itu yang aku tabik pada PDO.... jangan jadi munafik.

    BalasPadam
  5. KESIMPULANNYA:......

    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.