script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Memalukan: Ismail Sabri Yaakob Ajak Rakyat Ke Program Maksiat UMNO Di Bera Agar Tidak Pergi Ke Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 Ini

BERA, 3 Julai - Rakyat dan Umat Islam di kawasan ini kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob (foto), yang mengajak rakyat menolak perhimpunan haram dan datang ke kawasannya untuk menyaksikan pesta maksiat anjurannya. Apa yang beliau suarakan itu jelas sekali membuktikan Ismail Sabri sememangnya mempunyai jiwa dan fikiran yang cukup "kotor" dan perlu "dibersihkan". Sebagai seorang Islam beliau sepatutnya sedar dengan apa yang dilakukannya. Bukankah menganjur pesta maksiat sudah dikira berdosa malah mengajak manusia ke arah maksiat apatah lagi. Maka sebagai orang Melayu yang beragama Islam kenapa Ismail Sabri tergamak mengajak manusia ke arah kemungkaran?. Inilah bukti bahawa begitu "tidak bersih" keimanan dan ketakwaan pemimpin UMNO BN yang wajar diketahui rakyat sebenarnya. Semalam, Ismail yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), secara terang-terangan mempelawa seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor untuk berkunjung ke Bera sempena kehadiran Fiesta Bera edisi kedua pada 8, 9 dan 10 Julai ini. "Fiesta Bera edisi kedua ini dianggap lebih berfaedah dan selamat untuk dihadiri oleh orang ramai berbanding perhimpunan haram," kata Ismail.


Bukti, promosi acara hiburan maksiat yang telah dibuatnya dalam media

Ismail Sabri bersama Patriot UMNO yang bakal menggempur Fiesta Bera

[Ternyata cukup berbahaya bagi umat Islam di Bera mengekalkan seorang pemimpin seperti ini. Soalnya, apakah puak-puak UMNO sedar dengan keterlanjuran pemimpin mereka ini?. Apa guna mengaku berbangsa Melayu dan beragama Islam jika hiburan maksiat terus disuburkan sewenang-wenangnya. Memang kita tahu mereka ada menyelitkan acara keagamaan seperti keagamaan forum perdana, pertandingan lagu-lagu ketuhanan dan pertandingan azan. Namun, semua itu adalah "tempelan" semata-mata, sedangkan acara hiburan itu yang lebih diutamakan sebenarnya. Justeru itu, kepada seluruh rakyat di kawasan Bera dan kawasan yang sewaktu dengannya diminta agar berhati-hati bila mendapat jemputan rasmi daripada Ahli Parlimen terbabit. Masalah air dan kenaikan harga barang di kawasan Bera masih gagal diatasi, tiba-tiba Ismail Sabri terkinja-kinja pula menaja acara hiburan seperti ini. Apalah nak jadi dengan "Si Bapak Dafi" ini. Rosak akhlak umat Islam di Bera dibuatnya].
Share:

21 ulasan:

  1. Gantilah dengan pemimpin dengan pemimpin yang lebih baik...

    Menambah Trafik Dengan Oh!Belog

    BalasPadam
  2. perangai set2 jahiliah blako tu sabri... insaf2 la...

    BalasPadam
  3. Generasi yang macamana hendak dilahirkan oleh perjuangan umno? Bila rakyat digalakkan berpesta ....!

    BalasPadam
  4. mmm..baju merah tu sedap

    BalasPadam
  5. Beginilah perangai pemimpin umno dahulu, sekarang dan selamanya tidak akan berubah. Sebab itulah rakyat melihat umno bukan sahaja suka kepada maksiat tetapi juga parti JAHAT yang sanggup melakukan apa sahaja. Kita tidak hairan kalau suatu hari nanti umno hanya tinggal sejarah dan tersimpan di muzium sahaja. Tiada rakyat yang menangis kehilangan mereka dalam persada tanah air.

    BalasPadam
  6. Setuju sangat Umno akan tinggal sejarah bukan sahaja di muzium tetapi di arkib negara sebagai peninggalan yang penuh dengan titik hitam.

    BalasPadam
  7. sudah lah PDO....lu sembayang 5 waktu pun rongak rongak macam gigi atuk lu, lagi mau cerita bagus pasal islam,,,,lanchiau...

    BalasPadam
  8. Kepada saudara di atas kenapa kutuk sangat umno kerana kalau kita tidak tulispun spesis umno ini akan pupus juga. Mereka akan menerima balasan yang sewajar daripada Allah. Rakyat tahu parti melayu manakah yang banyak melakukan rasuah, maksiat, kezaliman kepada orang melayu yang tidak menyokong mereka dan suka melakukan fitnah kalau tidak bukan UMNO UMNO UMNO UMNO.

    BalasPadam
  9. Kepada anonymous 9:20 PM. Tak perlulah kutuk PDO. Saya kenal awak. Sebagai nasihat saya, awak sepatutnya selesaikan masalah keluarga awak dahulu sebelum tunjuk pandai memberi komentar kat blog ini. Kalau awak setuju saya akan uploadkan rahsia awak....
    Ok saya tunggu respon awak...

    BalasPadam
  10. UMNO dan maksiat ibarat isi dan kuku. UMNO dan menipu ibarat irama dan lagu.

    BalasPadam
  11. Berjaya Ismail Sabri didik anak2 dgn didikan agama hingga jadi anak yg soleh. Dikepit pulak oleh perempuan2 solehah terutama yg baju merah tu. Hidup UMNO!

    BalasPadam
  12. Ismail Sabri ajak orang ramai berpesta di fIESTA BRA.
    Molek sangat le tu Mail, dah hantar jemputan kat Najib, Rosmah, Khairy, Brahim Katak, dan OmarDin ke belum ?, kalau belum elok sangat le dibuat sekarang, nanti dia orang sibuk minggu depan, tak meriah le pesta tu nanti kalau dia orang tak ada.

    Kami orang-orang baju kuning dah ada komitment nak hadhir entertainment kat Dataran Merdeka minggu depan, minta maaf banyak-banyak je le Mail... nampak nya tak dapat le nak datang ke fiesta bra tu, sorry le yek ! Awak kayuh dulu le dengan member-member awak tu.

    BalasPadam
  13. Mail Sabri nak beramah Mesra dgn artis diFiesta Bra, best tu mail, kalau mail nak mesra, mesra dengan artis yang cun, cun tu lagi best...
    "Fiesta Bera edisi kedua ini dianggap lebih berfaedah dan selamat untuk dihadiri oleh orang ramai"
    Selamat apalak tak selamat nya mail, boleh bermesra-mesraan lak tu. Memang berfaedah !!! setuju benar aku.

    BalasPadam
  14. UMno maksiat, tengok Maksiat Umno.......sama aje, kaki maksiat

    BalasPadam
  15. kah kah kah,lawak btul tgk gambar umPORNO tuh..bab arak,judi rasuah,perempuan..memang umPORNO juaranya !

    kah kah kah

    BalasPadam
  16. ya mari semua pencacai umPORNO,kita berjoget2 bersama pemimpin umPORNO..sambil2 joget kita minum arak skali..joget2 ya semua pencacai2..yg pencacai2 tua bley lyn dangdut ! kah kah kah

    BalasPadam
  17. lihatla sendiri kejahilan pemimpin umPORNO yg disembah oleh pencacai2nya..nih fakta nih !

    - berbaju kuning BERSIH,mengikut mazhab umPORNO adalah HARAM

    - berpakaian tidak menutup aurat,kalo makin banyak kulit yg terdedah,mengikut hukum umPORNO adalah HALAL dan WAJIB dilaksanakan !

    - pemimpin umPORNO tak stim tgk baju kuning BERSIH,dorg stim tgk pakaian ala2 camni je,tu la sebab berpakaian begini adalah HALAL mengikut mazhab umPORNO


    - dah name pun umPORNO..mesti suka bab2 porno je kan?kan? kah kah kah

    BalasPadam
  18. apelah Ismail Sabri ni, takde bende lain ke nak dibawa kt Bera...kalau nak berhibur pun berpada-padalah..buatlah sesuatu yg berfaedah utk masyarakat Bera..

    BalasPadam
  19. bagi puak umPORNO,sembahyang berjemaah beramai2,bertahlil semua tuh mane ade pekdah..kah kah kah..mesti nak kene joget2,arak,perempuan..barula nampak kePORNOan umPORNO tuh..kah kah kah

    korg pencacai umPORNO tak pernah ke mengundang Najis jadi pak imam,imamkan korg sembahyang ?

    BalasPadam
  20. xde ke pencacai umPORNO nak komen,joget2 kat sini ? malu ke tgk pemimpin yg disembah perangai cam setan ? kah kah kah

    BalasPadam
  21. ini sapa punya
    ooo said...
    Kepada anonymous 9:20 PM. Tak perlulah kutuk PDO. Saya kenal awak. Sebagai nasihat saya, awak sepatutnya selesaikan masalah keluarga awak dahulu sebelum tunjuk pandai memberi komentar kat blog ini. Kalau awak setuju saya akan uploadkan rahsia awak....
    Ok saya tunggu respon awak...

    Sunday, July 03, 2011 9:30:00 PM


    WA TUNGGU LU SEKARANG, LANCHIAU LA..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.