script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Gara-Gara Pendedahan Oleh Blogger Tiba-Tiba SPR "Halang Capaian Ke Laman Web" Rasmi Semakan Daftar Pemilih Mereka Mulai Semalam !!

Sungguh melucukan apabila kami mendapat makluman terkini daripada blog sahabat MiloSuam, mengatakan pihak SPR begitu gusar dengan pendedahan yang telah dibuat oleh beliau perihal penipuan nama pengundi berdaftar. Ternyata SPR terus mengamalkan amalan penipuan tersebut sejak sekian lama. Mereka sebenarnya sudah menjadi seperti Pengadil Sukan Gusti (foto) yang ternyata "double standard" dalam membuat keputusan. Anehnya, SPR tidak mahu mengaku kelemahan dan penyelewengan yang telah mereka lakukan. Bagi mereka rakyat Malaysia harus terus ditipu dulu, kini dan selamanya. Tanpa pilihanraya yang adil dan saksama maka selagi itulah amalan ini akan dihalalkan oleh pihak SPR. Ia jelas membuktikan mereka adalah talibarut UMNO BN sejak sekian lama. Banyak bukti yang telah didedah dan dibongkarkan, namun mereka tetap memberi alasan untuk menunjukkan kononnya mereka itu berada di pihak yang benar. Sedangkan hakikatnya hanya rakyat yang cintakan keadilan sahaja yang mahukan perubahan dan membersihkan pilihanraya itu. bagi mereka yang mahu terus berkuasa dengan taktik kotor maka mereka akan takut melihat kebenaran. Sedangkan itulah yang sepatutnya dilakukan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.

SPR Halang Pelawat Akses Laman Web Rasminya

Menurut MiloSuam seperti yang dilaporkan di dalam blognya "Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan salah satu taktik jahat Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR yang berjaya dikesan menempatkan 88 orang pengundi pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India, lelaki dan wanita di alamat yang sama iaitu di alamat 1155 Kg Bagan Serai, Jalan Sembilang, Seberang Jaya Permatang Pauh. Tinjauan di lokasi sebenar menunjukkan bahawa alamat tersebut menempatkan sebuah rumah kayu yang kecil, tidak munasabah boleh didiami oleh 88 orang pengundi berdaftar pelbagai jantina dan bangsa rujuk sini [pengundi hantu]. Hari ini ReJaM© ingin membongkarkan satu lagi penipuan serupa yang telah berjaya dikesan di salah sebuah alamat di dalam kawasan Parlimen Tambun. Tapi malangnya, website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR gagal untuk diakses ", katanya. Beliau juga mendedahkan dia amat terkejut akibat laporan itu, tiba-tiba ia tidak boleh dilawati. "Web rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dilihat paparkan page error dan tidak boleh diakses. Persoalannya di sini, apakah yang sudah terjadi? Adakah website rasmi untuk semak daftar pemilih ini adalah website "kokak" dan "cap ayam"? Adakah ada pihak yang sengaja sebabkan web ini tidak dapat diakses bagi mengelakkan tembelang Suruhanjaya Penipu Rakyat, terbongkar kepada umum? [Suruhanjaya Pilihan Raya]", katanya.

[Apa yang didedahkan ini, mengesahkan lagi kepada kita bahawa memang wujudnya amalan yang tidak bersih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebenarnya. Mereka beriya-iya mahukan rakyat memberi bukti, apabila ia dibongkarkan maka mereka amat gusar dan takut hingga terpaksa menutup laman web yang berkenaan buat sementara waktu. Maka itu, apakah kita boleh percaya SPR itu berlaku adil dalam pilihanraya?. Bayangkan, SPR tidak wajar menutup capaian ke website mereka, kerana pada masa ini media massa begitu sibuk membuat promosi pendaftaran pemilih. Jika laman web rasmi pun tidak boleh untuk dilawati, maka apakah pengundi boleh menerima keputusan berat sebelah yang dibuat oleh SPR itu agaknya. Hanya mereka yang bodoh sahaja boleh teris diperbodohkan oleh SPR. Tapi bagi rakyat yang bijak, mereka tidak sama sekali mahu terus ditipu lagi. Maka itulah mereka mahu bangkit menyatakan bantahan dan menyuarakan peruabahan menerusi Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Soalnya, kenapa SPR perlu takut pada Bersih?].
Share:

4 ulasan:

  1. mintak maaflah gua takkan menderma pd PDO yg suka memfitnah dan lain2 perkara mungkar yg ada pada PDO..
    lebih elok dan lebih afdal lagi kalau gua derma pd rumah anak2 yatim, rumah orang2 tua dan badan kebajikan atau majlis kanser nasional ke atau yg lain2 berkaitan...
    mintak maaf PDO..

    BalasPadam
  2. Jangan bimbang PDO kami peminat PDO sentiasa bersama mu dan kami tidak akan membiarkan PDO bersendirian. Kami akan membantu sedaya upaya yang kami mampu agar laman popular seperti ini terus dapat dikujungi para pencinta anti penyelewengan yang sentiasa dahagakan maklumat.
    Tahniah sekali lagi kepada para krew bloger PDO, walaupun dalam segala kepayahan, halangan dan tohmahan jahat penjuak Amno, anda masih gagah berada di alam siber.
    Peduli apa dengan segala PENCACAI, mereka bukan ada class.
    Aku pun macam nak terberak kalau dengar ayat puak ni, nak derma anak yatim....?
    Duit Baitulmal pun spisis jenis ini pernah sapu, nak cerita pasal derma, lagi jauh le, tak caya tanyalah Yusof Nor.
    Dari yang di bawah hingga lah yang diatas sana, Dulu Kini Dan Selama-lamanya kerja nya nak ngap saja. Harta negara harta aku, harta aku harta aku lah,

    BalasPadam
  3. ngap ngap,jgn tak ngap duit rakyat tuh kah kah kah

    BalasPadam
  4. boleh je aku check datar pemilih.............,br jap aku check

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.