script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zahid Hamidi Beri Amaran Supaya Pihak Tertentu Tidak Burukkan Imej Negara Negara Isu Scorpene

KOTA KINABALU, 24 Julai - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (foto) memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002. Zahid diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin di majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis. "Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di Semporna. Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan. "Jangan hanya menuduh sebelah pihak...Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar," katanya. Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu.

[Kerajaan ada hak untuk mempertahankan isu ini. Namun, apakah rakyat boleh terima segalanya. Sedangkan mereka sendiri tahu memang ada penyelewengan dan skandal yang terjadi dalam proses pembelian kapal selam Scorpene itu sebenarnya. Malah, ramai juga yang mempersoalkan jika benar Kerajaan Malaysia telus dalam urusan pembelian tersebut maka kenapa perlu ada "orang tengah" yang perlu terlibat. Bukankah ia boleh dibuat terus antara kerajaan dengan kerajaan tanpa melibatkan pihak lain?. Kerajaan Malaysia bukanlah sebuah syarikat swasta yang begitu mudah menggunakan "broker" untuk pembelian aset ketenteraan seperti itu sebenarnya. Oleh itu, rakyat berhak tahu apa yang berlaku disebaliknya. Kebenaran pasti akan muncul jua satu hari nanti. "Rakyat Hakim Negara"].
Share:

10 ulasan:

  1. # kESIMPULANNYA:
    jANGAN PANGKAH dACING.


    -MatCermin

    BalasPadam
  2. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002.....

    He...he...he... tak habis-habis dengan amaran...he...he..he..

    Datuk seri asyik beri amaran, macam kapal selam beri amaran pada krew nak menyelam, tapi kapal tidak boleh menyelam....He...he...he...

    Datuk seri... berjawatan memang hebat nama saja menteri pertahanan tapi bangang tak bertempat, macam mana nak pertahankan negara kalau isu kapal selam tidak boleh menyelam tersebar seluruh dunia...kalau memang ada musuh yang nak menyerang Malaysia pasti mereka ketawa besar atau datuk memang bangang.... he...he...he..

    Siapa yang sebenarnya memburukkan imej negara dengan wujudnya isu penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002.... Mohd. Najib dan Rosmah, anggota tentera, atau kroni Mohd. Najib, cakap tak serupa bikin... he...he...he....

    Datuk seri saja buat-buat bodoh bila Rosmah membeli perhiasan diri sehingga 24 juta ringgit.... Bagai mana seorang isteri perdana menteri memiliki duit berpuluh juta ...?

    Cuba cerita siapa yang mengurus pembelian senjata untuk tentera malaysia sewaktu Mohd. Najib jadi menteri pertahanan dulu... atau datuk seri rasa geram kerana dijadikan keldai pikul segala permasaalahan yang ditinggalkan oleh Rosmah.... orang dulu makan daging, datuk seri hanya dapat sisa kuah saja...he...he...he..

    Dasar UMNOBaru... kalau orang dulu boleh rembat 1 juta, maka orang kemudian mesti rebat 10 juta... mesti tunjuk siapa lebih hebat, siapa lebih kaya... he...he..he...

    Itu sebabnya kita boleh dengar penyelenggaraan persenjataan angkatan tentera Malaysia sentiasa meningkat..., bila ditanya kenapa kos meningkat.... datuk seri beri amaran lagi, jangan dipersoalkan pertahanan negara.... he...he...he...

    Muka macam datuk seri ni boleh percaya ke apa yang datuk seri cakap semuanya betul.....sekali pandang memang penyamun... he...he...he..

    Datuk seri tak payahlah sampai berbuih mulut nak beri amaran, nak ugut bagi menimbulkan rasa ketakutan rakyat pada kerajaan... tidak ada siapa yang takut berhadapan dengan pencuri, pembohong, penipu, pembunuh... lebih lebih lagi ancaman itu dari UMNO Baru...
    he...he...he..

    BalasPadam
  3. bodoh punya menteri umno

    BalasPadam
  4. jgnlah pulak bagi amaran je....jgn jadi mcm pak katak ibrahim ali kita,bagi amaran berdegar2 bila smpai waktu habuk pun tarak hehehe....

    BalasPadam
  5. mmg bangang pun menteri BN nie semua....asik2 ckp jgn percayakan pihak luar cuma dia org je yg buat semua betul belaka...kalau tak betul saman le mereka... nie tidak asik2 bg amaran kat rakyat je....

    BalasPadam
  6. hei menteri pertahanan kalu nak bodek bos agak2 la..ko tau x bos ko nk sangkut pon ko jd tukang bela..x cukup duit ke skrg meh aku nak bg seposen upah membela dan mengampu bos ko tahap cipan..puiii

    BalasPadam
  7. nama kapal selam tp peluru torpedo xde kalau jd peperangan nak tembak apa? x usah nak mempertahankan benda yg benar2 berlaku wahai menteri pertahanan, sesiapa pun boleh jd menteri pertahanan tp kalau menteri pertahanan di angkat dari bekas jeneral tentera lg tepat mrk tahu bagaimana nak gunakan senjata selain dr pakar ketenteraan, ini amik menteri pertahanan dr orang awam.
    satu lg tentang pembelian kapal selam scorpene kenapa pulak lantik razak baginda utk jd org tgh dlm urusan pembelian nya, di sini pun dah tahu dah NAWAITU tu ada udang di sebalik Mee...rakyat bukan bodoh... sepatutnya yg berurusan dlm hal ini ialah KETUA SETIAUSAHA KEMENTAH, Ketua Turus ATM, Ketua Turus TLDM dan pegawai2 pertahanan khusus nya dari TLDM bahagian persenjataan baru betul dan boleh mengelakkan dari berlaku SOGOK MENYOGOK atau lebi tepat lg RASUAH, jadi Daruk Sri Zahid Hamidi jgn lah nak mengugut rakyat dgn memberi amaran mentang2 ada kuasa yg di pinjamkan oleh Allah swt buat sementara waktu ini, jgn lah sombong dan angkuh krn Allah pasti Murka dgn manusia yg sombong dan angkuh, sebenarnya rakyat dah muak dgn BN ni hy tunggu PRU ke 13 aje dan satu lg Datuk Sri tlg lah war warkan supaya kerajaan gunakan DAKWAT KEKAL bukan Bio Metrik kalau betul berani gunakan lah DAKWAT KEKAL..

    BalasPadam
  8. HANTU ALTANTUYA DAH MELEKAT KAT KAPAL SELAM TU...!!!Dia tunggu masa nak cekik najib...!!

    BalasPadam
  9. KESIMPULANNYA:......

    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..

    BalasPadam
  10. ## Pada yang belum faham tu:

    Jangan Pangkah Dacing
    (United Malay No Otak)

    -MatCermin-

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.