
KUANTAN, 17 Nov - Gara-gara tidak tahan dengan karenah dan sikap pemimpin UMNO BN Negeri Pahang yang kini semakin menyeleweng dan rakus merompak hasiil mahsul rakyat, maka bekas seorang Exco Kerajaan Negeri berharap agar rakyat Pahang membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Beliau yang telah bersara daripada politik dan menjadi exco pada zaman Tun Khalil Yaakob menjadi Menteri Besar itu berkata, rakyat wajib menukar kerajaan yang ada sekarang kerana jelas telah gagal mentadbir dengan baik dan semakin banyak menyelewengkan hasil mahsul negeri sekarang. Beliau yang begitu teringin melihat Kerajaan Baru mendiami Wisma Sri Pahang (foto) di sini berkata "Saya harap, rakyat tolak UMNO BN kali ini. Mereka sudah semakin teruk dan parah. Jika tidak ditukar, maka rakyat akan terus menderita mendapat "sisa-sisa" sebaliknya, isinya disapu oleh beberapa kerat pemimpin yang kini hidup mewah dengan hasil mahsul dan khazanah yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat", kata pemimpin terbabit. "Semasa saya didalam Exco Kerajaan Pahang dulu, senarionya tidaklah seteruk ini. Namun kini, ia jauh berbeza. Negeri Pahang senantiasa berhutang dengan pusat, malah membentangkan Bajet Defisit sejak 10 tahun yang lalu. Tetapi anehnya, beberapa kerat pemimpin yang ada hidup mewah dan dipercayai memiliki wang ratusan juta ringgit yang disimpan di bank luar negara. Mereka luluskan kawasan lombong bijih, kuari, balak, tanah dan sebagainya untuk kroni-kroni dengan sewenangnya. Malah, saya punyai bukti ada dikalangan exco dan wakil rakyat UMNO yang kini hidup mewah dengan duit lombong yang mereka nikmati selama ini", tambah beliau lagi.

Lesen Melombong kini telah diagih-agihkan sewenang-wenangnya kepada
beberapa kerat pemimpin serta suku sakat mereka dengan rakusnya
"Sebab itu saya tidak hairan Kerajaan Negeri Pahang terpaksa membawa masuk projek berbahaya dan berisiko yang ditolak oleh negara dan negeri lain ke negeri ini. Sebab mereka mahukan pelaburan tanpa mengambilkira kepentingan rakyat. Banyak kawasan lombong diluluskan sewenangnya kepada adik beradik dan ahli keluarga pemimpin tertentu. Senario ini bukan sahaja melibatkan pemimpin UMNO malah turut tempias kepada anak syarikat kerajaan yang lain seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Mentiga Corporation, LKPP dan sebagainya. Mereka jadikan agensi terbabit sebagai harta mak bapak mereka. Akhirnya rakyat Pahang merana, bil air diberi subsidi tetapi bayaran meningkat serta banyak lagi masalah lain yang tidak sepatutnya berlaku di negeri ini. Rakyat miskin tetapi mereka dan beberapa kerat proksinya kaya raya!", kata pemimpin itu.
[Kenyataan bekas pemimpin UMNO ini sememangnya tidak menjadi satu kejutan kepada rakyat Pahang. Ini kerana, masing-masing memang tahu sikap sebenar pemimpin yang ada hari ini. Kerajaan Negeri tiada cukup wang (defisit bajet) setiap tahun, tetapi mereka kaya raya dan bermewah-mewah dengan sewenang-wenang. Rakyat makan habuk tetapi mereka menikmati hasilnya. Sudah tiba masanya untuk rakyat Pahang melihat dengan "mata dan kepala" apa yang dilakukan oleh kerajaan yang ada hari ini. Satu kerajan baru yang lebih telus dan adil perlulah dibentuk untuk menjamin masa depan rakyat. Jika senario ini tidak diubah, maka nasib serta masa depan anak cucu kita pasti akan terus berada diawang-awangan. Di kala-kala rakan mereka dari negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kini menikmati berbagai faedah dan kebajikan sedangkan rakyat di negeri Pahang masih ditakuk lamaa. Jangankan subsidi air, elaun warga emas, bantuan kematian dan sebagainya malah banyak benda yang tidak akan dirasai jika terus berada di bawah BN lagi. Buat perubahan sekarang].

Lesen Melombong kini telah diagih-agihkan sewenang-wenangnya kepada
beberapa kerat pemimpin serta suku sakat mereka dengan rakusnya
[Kenyataan bekas pemimpin UMNO ini sememangnya tidak menjadi satu kejutan kepada rakyat Pahang. Ini kerana, masing-masing memang tahu sikap sebenar pemimpin yang ada hari ini. Kerajaan Negeri tiada cukup wang (defisit bajet) setiap tahun, tetapi mereka kaya raya dan bermewah-mewah dengan sewenang-wenang. Rakyat makan habuk tetapi mereka menikmati hasilnya. Sudah tiba masanya untuk rakyat Pahang melihat dengan "mata dan kepala" apa yang dilakukan oleh kerajaan yang ada hari ini. Satu kerajan baru yang lebih telus dan adil perlulah dibentuk untuk menjamin masa depan rakyat. Jika senario ini tidak diubah, maka nasib serta masa depan anak cucu kita pasti akan terus berada diawang-awangan. Di kala-kala rakan mereka dari negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kini menikmati berbagai faedah dan kebajikan sedangkan rakyat di negeri Pahang masih ditakuk lamaa. Jangankan subsidi air, elaun warga emas, bantuan kematian dan sebagainya malah banyak benda yang tidak akan dirasai jika terus berada di bawah BN lagi. Buat perubahan sekarang].






Bekas pemimpin PR pula berkata'Rakyat Pahang jangan cuba mengambil risiko dengan meletakan PR menjadi kerajaan.Negeri-negeri yg ditadbir PR sekarang,kelihatan tidak membawa apa-apa kemajuan seperti yg di harapkan,segalanya indah slogan dari perlaksanaan.Yang untung hanya lah gulungan yg rapat dengan pimpinaan,mereka boleh mendapat projek tertentu ,walaupun berada di lain negeri.Ada pula gulungan wakil rakyat Pakatan yg hanya mahu para pengikutnya menganggur dengan menolak projek-projek yg sudah pun di perakui oleh badan antarabangsa tentang keselamatannya,tapi YB berkaitan masih lagi popet-popet,takut kehilangan tukang gantung poster dan tukang sorak bila beliau berucap'.
BalasPadamha ha..buka matalah tengok kerajaan pakatan..tengok hasilnya..dok dengar cakap orang buangan pr buat apa..ha ha
BalasPadamMari kita TAK PEDULIKAN UMNO/BN/APCO ...sebab mereka Tak Pedulikan Kita....TUNGGGGGU....!Misteri
BalasPadamApe benda la merepek. Nak kuasai kerajaan negeri konon. PKR dapat Indera Mahkota dan Kuantan. Apa kebajikan yg dibuat. YB Azan sampai sekarang tak nampaak muka. Last2 dengar nak kena campak ke Terenganu...hmmm hampeh!! Fuziah plak tak habis2 menipu pasal isu LYNAS. Penyokongnya plak cina....huh meluatt!! PKR ni lebih berpoolitik daripada menjaga kebaajikan rakyat! Usah berangan la...
BalasPadamkita betul2 tawan Pahang..100%
BalasPadamBARU DAPAT HASILNYA
SEMUA HASIL PALING BANYAK DALAM MALAYSIA PAHANG ADA, TAPI MASIH BENGKRAP...MAIN BELAKANG LAH NIE..
RASUAH RAJA, RASUAH PEMIMPIN, SAMA SAJA..
anon 5:09,
BalasPadamko ni bangang ke buta..?? ke ko duduk kat kawasan pedalaman yang hari2 kena suap dgn utusan ngan TV3...
bukak la mata ko sket compare negeri2 Pakatan Rakyat tadbir....compare ngan negeri UMNO pegang...
Pahang dah berapa tahun defisit...balak semua dah habis kena sapu.....tu la, sape suruh pilih MB gangster...
pecacai ade di mana2....senang dikenali sb suka buat stateent bangang mcm anon 6:45....hahaha..
50 tahun UMNO duk sekali ngan MCA...MCA tu Melayu ke..? bodoh, buta kayu...kah kah kah....
skurg-kurgnyo lihat le ngr yg PR kuasai sepenuhnya. mu bodo nak beri cth fasal si azan .. tengok le S'gor, Penang, Klantan, Kedah, .. rakyat dpt rasa kek ekonomi negeri. Hutg yg BN buat masa perintah dulu sape bayor le nie wei!! Se lagi ..Phg sape perentah wei ..dah tu pmbkg di ngr BN perintah ada diberi peruntukan ke ..cuba mu pikir molek !!
BalasPadamtak kisah la parti mane pon asalkan tukau BN pahang.depa nak lihat kuasa rakyat kali ni..rakyat dah muak..yang tinggal kaki ampu projek je takut tak makan..pahang ni dah jerlus tanahnya disebabkan ketamakan mereka yang tamak meragut hasil bumi pahang memuaskan tembolok sendiri.
BalasPadamInsya'Allah... doakan aje PRU-13 berjalan dg baik tanpa penipuan...
BalasPadamDan jika ada yg nak cuba menipu, kita doakan aje supaya sipenipu mendapat segera petunjuk untuk ke jalan yg benar...
Kalau pilihanraya sejak dulu bersih, sudah lama Umno/BN hancur..!! Parlimen Pekan sendiri pun kalau tak tipu dalam PRU-11 (1999) dah BUNGKUS punnnn...!!!
pencacai mangkuk ayun UMNO ni IQ tahap cap ayam betul le..diorang ingat UMNO akan perintah Pahang selama2nye kut!!Tak pernah terfikir kemungkinan Pahang akan jatuh kat PAKATAN nanti..awat ingat benda ni ingat mustahil tahap gaban sangat ke!!
BalasPadambekas exco ni suruh tukor sebab dia x dapat habuan yang dia minta... cuba kalau dapat sampai mapuh pong x nok beruboh...
BalasPadambalak...dah habis, org bangsawan pulun..ameno pun dapat, kek nya itu pun org bangsawan pulun...pas tu kena saman...hutang 30j dah naik 80j...biar kan biar kan
BalasPadamtanah tioman & bkt tinggi rembat dek berjaya, pknp dapat nama...biar kan biar kan
senarai lombong2 kini berjela2.. keknya bahan dek bangsawan belake2nye..kejap 'freeze' tak mboh bagi dah katenye, eh eh lehhh, ade jugok yg lulus atas nama org tua tuu..hok yg ada semenye keluarga, kerabat, godong2 belake..hok kaye cina singapure & taiko peng..kerajaan...papa kedane, biar kan biar kan
tanoh comel dlm hutan bakau dpat dek deme jugokkkk weiii...hok comel seberang sungai sini, dulu ramai melayu meniaga, kate nak buat grand2 punya, kek nye, berpagor separuh ajee...katenye kene cop dek org2 yg same jugokk...biar kan biar kan
mampuiiihhhh lah gini, bila kerajaan nak kaya
Bagilah kat orang-orang PKR@PR nok merasa seleweng hasil negeri pulok. Yang utama Fuziah, Azan & bekas exco tu. Dia nok kaya jugok. Kesian kat dio.
BalasPadamAku ingat bekas exco tu dah tua bangka. Apa taknya zaman Khalil dah jadi exco. Dah-dahlah tu. Tobatlah. Manalah tau masa tu banyak makan duit duit haram. Bagilah kat Fuziah ngan Azan pulok.
BalasPadamKalu PKR@PR menang pun. Rakyat bukan dapat apapun. Sapelah nak bagi duit kat kita kalu kita tak cari sendiri.
BalasPadamdr aku undi pr baik aku kekal kn bn..xmau lh aku cuba bg pr printah...takut anuar nt buka kelab main jubo...haaaa taubat lh anuar,,xlme nk mampos dh..
BalasPadamanon 12:44;00,
BalasPadamtak ada kalau-kalau nya PKR memang tak boleh menang walau satu kerusi pun di pahang ni.rasa dek aku pas pun bungkus habis.
dengar citer di kelantan punpas dah ketr lutut,ramai org dah menyampah pada tingkah laku dan tutur kata pok nik.dulu cakap lain sekarang cakap lain,tapi dulu kononnya berlandaskan al Quraan dan sekarang berlandaskan al Quraan juga,tapi citer lain-lain.apa hal,ulamak ke ularmak kalau macam tu ?.bandar kb kotor,pantai cb kotor, air minum pun kotor,hari-hari terkenang pasal nak buat hudud,tapi hudunya entah di mana.kau tak percaya pegi ke blog GK,tengok ap terjadi pada pok ni di sana.