script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suhakam 'Terkejut' Kerajaan Masih Gunakan ISA Sedangkan Najib Kata Akta Itu Sudah Hapuskan !

KUALA LUMPUR, 19 Nov -Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meluahkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) atas kegiatan gerakan militan di Sabah. “Tindakan pihak berkuasa ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri yang berani dan bersejarah untuk mansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara yang telah lama dinantikan dan amat dialukan dengan sepenuh hati oleh rakyat,” kata pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam (foto) dalam satu kenyataan. Katanya, selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, Suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Suruhanjaya juga, ujarnya menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada; dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan wajar dijalankan.

Nilai sendiri kenyataan Najib ketika beliau umumkan pemansuhan ISA

[Dalam kes ini sebenarnya, bukan Suhakam sahaja yang terkejut malahan rakyat secara kesuluruhannya yang melihat kerajaan sebenarnya sekadar beretorik dalam hal ini. Sepatutnya, dalam proses mereka mahu menghapuskan akta itu maka tidak perlu lagi ada tangkapan yang dilakukan terhadap mana-mana individu. Langkah tidak wajar ini menyebabkan rakyat tidak yakin dan percaya apakah kerajaan benar-benar ikhlas untuk melakukan tindakan itu, atau sekadar mahu memancing undi pilihanraya yang dijangka bakal diadakan sebelum PRU-13 itu nanti. Kini rakyat boleh menilai, apakah kerajaan pimpinan Najib Razak benar-benar ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya. Nampak benar, beliau sebenarnya sekadar mahu meredakan kemarahan rakyat terhadap Akta Zalim itu. Maka, rakyat perlu bangkit lakukan perubahan dan jangan terpedaya lagi dengan dakyah mereka sekarang. Ubahlah sebelum parah!].

Share:

6 ulasan:

  1. Pok Aji pun rasa malu dengan dasar PM Najib, maklumlah sejak zaman Tun Abdul Razak lagi Pok Aji memilih UMNO/BN.

    Tapi, Pok Aji selaku rakyat jati Pahang, merasa sedih dengan tindak tanduk para pemimpin UMNO/BN hari ni.

    Dahulu, pemimpin UMNO benar-benar berjuang demi rakyat. Langsung tidak ada dalam kamus pemikiran para pemimpin dahulu berpolitik untuk mengambil peluang memperkayakan diri dan kroni.

    Di Pahang ini keadaan makin parah setelah MB Cikgu Adnan Yaacob memegang tampuk pemerintah. Memang kita tak ragui sangat tahap pendidikan beliau yang agak rendah dan biasa-biasa(cikgu).

    Tahap profesionalisme beliau memang agak rendah, tetapi kami terima kerana beranggapan kalau orang yang pendidikannya cuma suam-suam kuku macam Adnan ni memerintah,dia pasti tidak RAKUS macam pemimpin terdahulu sebelumnya yang membaham kekayaan negeri(balak,kuari, perlombongan dsb). Tetapi ternyata MB Adnan lebih teruk NAFSU SERAKAHNYA.

    KU SANGKA CIKGU BERHATI MULIA, RUPANYA PERANGAI HUDUH TAK DAPAT DISANGKA.

    BalasPadam
  2. Maka pergi la terjun dengan labu-labumu!

    BalasPadam
  3. Salah satu sifat orang munafik ialah

    APABILA BERJANJI IA MUNGKIR JANJI.

    BalasPadam
  4. KAMU DAH TAHU SETAN2 UMNO KERJANYA MENGUMPUL KEKAYAAN DARI KERINGAT RAKYAT DAN HASIL NEGARA

    SELEPAS ERA TUN RAZAK TIADA LAGI HARAM JADAH UMNO NK BAGI RAKYAT SENANG

    TP KENAPA KAMU KAMU SEMUA DAH LEBIH 50 TAHU CELIK MATA TP MASIH NK BG KUASA PD PUAK PUAK SETAN NI

    CKP BYK TK GUNA WAHAI RAKYAT RAKYAT LEMBU SEMUA PANGKAHLAH UMNO UTK HIDUP LEBIH GEMILANG DAN TERBILANG HIDUP MEWAH DARI NEGARA YG MELIMPAH RUAH

    RAKYAT DIUTAMAKAN HJ NAJIB DN TAIK TAIKNYA DI MAMPUSKAN

    SELAMAT DATANG KE DUNIA BARU PRU13

    BalasPadam
  5. Orang Kampong baru tahu penangan Umno Apco.....

    BalasPadam
  6. sabar-sabar pru13 dh dekat, umno kasi duit ambik, kasi apa-apa pun amik, bila undi PANGKAH PR

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.