script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Dakwaan "KBS Dan SYABAS" Menaja JATI, Hasan Mahu Saman Mahfuz Serta Khalid Samad !

BATU PAHAT 12 Mac - Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menyaman Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya. Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman kepada dua pemimpin PAS itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini. "Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia. "Bila Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini,” katanya ketika ceramah "Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah", di Dewan Jubli Intan, di sini. Mahfuz sebelum ini dalam laman portal pembangkang mendakwa terdapat unit di bawah Kementerian Beliau Dan Sukan (KBS) telah menyumbang sebanyak RM30 juta bagi menaja siri ceramah Hasan di seluruh negara bagi menarik golongan muda memihak kepada kerajaan. Sementara itu, Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga NGOnya JATI.

[Hasan Ali punyai hak untuk menyaman kedua-dua pemimpin terbabit jika benar mereka telah mengeluarkan kenyataan tanpa bukti yang kukuh. Namun, biasanya setiap kenyataan tersebut pasti ada asasnya. Tambahan pula jika maklumat itu disalurkan oleh orang dalam jabatan terbabit. Inilah yang menakutkan UMNO BN sekarang. Mereka tidak percaya lagi kepada sesiapa dan amat gusar jika dokumen serta bukti-bukti kebobrokan mereka itu diketahui umum. Kini Hasan boleh membersihkan namanya di mahkamah. Namun, andai terbukti beliau mendapat tajaan tersebut maka ia satu pembaziran yang amat nyata sebenarnya. Tambahan pula, ceramah yang disampaikan oleh beliau tidak langsung mempunyai nilai-nilai komersial untuk mengalih perhatian rakyat supaya mempercayai beliau].

Share:

7 ulasan:

  1. Berarak kesana kemari konon menyeru untuk bersatu dan buat fitnah pula tu bila kena acah sedikit dengan Mahfuz dan Khalid dah mula nak saman , apa dah tak ada modal ka untuk nak kelentong pada pendengar setia JATI yang tak pernah sejati .

    BalasPadam
  2. POM..POM...POM terompah kayu jati dah mengamuk ni.....Beras JATI tak laku dah...jadi bubur masam....mana ada duit nak bayar kat tokey beras dan kayu......fikir punya fikir saman le je.......kot kot untung bosar dan jdi jutawan ....dapat lah bina mahligai kat sungai lui tu

    BalasPadam
  3. babi betul hasan Ali...bila nk mampus.....menyampah aku....siap ko beras jati!!!!!!!!!aku boikot beras jati,kayu jati dan ape2 yg berkaitan dgn JATI!!1

    BalasPadam
  4. JATI = Jual Akidah Tolak Islam.

    BalasPadam
  5. Saman jgn x Saman..elaun EXCO dh kn potong, makan duit saman je la..

    BalasPadam
  6. Ikut suka dialah nak saman sape. Yang korang sibuk apasal. Bukanya korang yang kena saman. Kalu kena samanpun korang bukan bayarpun.

    BalasPadam
  7. Memeng bukan duit kome yang bayor.Tapi tak syoklah dulu royat nak berjuang islam. Ari ini sudah lain .Dulu ingatkan ah san ini beto beto pejuang islam tulen,rupa-rupa sekarang sudah jadi golila. Supe macam cite sarjan ahsan.Manelah tau kalu menang boleh bertanding jadi calon JATI DUN Selangor takpun Dewan Parlimen.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.