script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Gadis Yang Di Percayai "Di Culik" Rupanya Hilang Gara-Gara Mengikut Teman Lelaki Sendiri!

KUANTAN, 21 Mac - Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi (foto), 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami. "Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas. Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya. Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa. "Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini. "Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya. Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu. "Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya.


Kesedihan ibu Fatihah dibalas dengan tindakan yang memalukan

[Apa yang berlaku ini jelas sekali memalukan dan sungguh mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Kehilangan yang tidak sewajarnya dihebohkan terjadi disaat isu kes penculikan sedang hangat diperkatakan di sana sini sekarang. Ikut teman lelaki adalah sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang remaja yang baru berusia 15 tahun. Tambahan pula teman lelakinya dipercayai berumur 26 tahun. Tindakan ini bukan sahaja memalukan ibu bapa dan masyarakat, malahan turut menjatuhkan imej pihak sekolanya sendiri. Tergamak mengambil tindakan nekad sedemikian rupa yang akhirnya menyusahkan semua pihak. Apakah terlalu sukar untuk beliau memaklumkan kepada ibubapanya menerusi SMS jika pun ingin mengikut teman lelaki. Dengan perkembangan terbaru ini, ia jelas sekali memalukan keluarga terbabit yang dilihat gagal mendidik anaknya menjadi seorang remaja yang berakhlak dan mempunyai moral yang tinggi. Semoga insiden sebegini tidak berlaku kepada pihak lain hendaknya. Janganlah menconteng arang dimuka ibubapa. Hargailah kasih sayang !].
Share:

8 ulasan:

  1. Remaja skang dlm lingkungan umur 13-20 tahun byk aku aku tgk jenis 'gedik'..... apa nak jadi la..... gatal nak berlaki sgt..... kawin.... tak yah mak bapak penat2 htr sekolah ke apa.....

    BalasPadam
  2. MACAM NI pun ada ka ..ingatkan sungguh..satu lagi perangai org melayu..nak becinta pun padan2 la...kalau nak belaki sgt tu ..cakap saja nak belaki tak payah susah2 polis dgn keluarga dok cari...apa punya turrrr da

    BalasPadam
  3. nikahkan je. dah memang jenis birah nak berlaki. sebelum mengandung anak luar nikah lebih baik nikahkan. mujur bwk kerumah mak bapak jantan tu. kalau bawak ke hotel atau tempat lain tak tau la. sedar2 mak bapak dia dapat cucu

    BalasPadam
  4. blogmaster...saya rasa jgnlah kita menyukarkan keadaan keluarga ini dgn lapuran2 sebegini yg hanya akan mengundang komen2 yg tidak baik utk keluarga ini. sebagai muslim yg baik, kita berdoa sahajalah semuga adik itu & keluarganya mendapat kerahmatan Allah & hubungan di eratkan

    saya cadang, lapuran ini, digugurkan sahaja lah dari blog ini

    wallahualam

    BalasPadam
  5. Buat apa nak padam. Biar orang tengok betapa buruknya perangai budak-budak sekarang dan mak ayah yang tak mahu kepada Isam. Buat renungan semua, ibu bapa ingat dorang dah bagi semua kepada anak-anak mereka sedangkan sebenarnya mereka menyediakan segala bentuk benih kemusnahan untuk anak mereka jika tidak kembali kepada Islam. Kesian Sang Ibu yang menyangka anaknya baik sedangkan sebenarnya sudah pan dai nak menyedap dengan jantan. Kepada yang ada anak dara gedik kat umah, sila perhatikan anak-anak anda yang pandai berlakon tu.

    BalasPadam
  6. kalau dah jenis gatai buri* tu nak wat camne

    BalasPadam
  7. Budak ni bukan sahaja menyusahkan ibubapa dia tapi telah menyusahkan dan mengundang rasa cemas pada seluruh rakyat (terutama ibubapa) Malaysia khususnya Kuantan. Komen2 di sini adalah terbit dari hasil perbuatan budak ini sendiri kerana telah mencemaskan orang ramai hasil dari perbuatan 'gila' mengada2kan cerita bahawa dia diculik. Alasannya tertekan hidup bersama ibubapanya. Tiada ibubapa yg hendak menekan hidup anak2nya. Semua yang dilakukan adalah untuk kebaikan tapi anak2 yg tidak boleh menerimanya kerana pengaruh kawan2 dan nakkan kebebasan hidup di usia yang terlalu muda.

    BalasPadam
  8. PDO banyak lagi citer lain yang boleh wat citer...tak yahhlah aibkan keluarga orang dan maruah orang....kita patutnya berdoa moga dia insaf dan mintak di jauhkan dari menimpa kita dan keluarga kita...berbanyaklah fikir tentang maruah orang sebelum Allah aibkan kita di dunia atau akhirat nanti...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.