script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib 'Tidak Perlu Berbohong', Jika Tiada Rasuah Kenapa Projek Lynas Itu Tidak Boleh Di Batalkan!

Projek sisa pepejal Lynas ialah satu musibah. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak bukan hanya meninggalkan musibah malah cara perlaksanaan projek tersebut dibawa masuk ke Malaysia juga musibah. Entah siapa yang dapat idea bahawa Malaysia mampu mmeproses sisa pepejal selepas tragedi Bukit Merah?. Dan perbahasan bahawa patut kah sisa tersebut dibenarkan diproses disini terus mendedahkan kepincangan pihak berkuasa melaksanakan rancangan mereka dari awal lagi. Bila kerajaan meluluskan lesen TOL kepada Lynas Coropration, pasti kita tertanya-tanya yang pertimbangan harus diberikan kepada faktor risiko-risiko yang membolehkan Lynas memulakan operasi. Sekarang kita tahu bahawa isu lokasi dimana sisa tersebut akan dilupuskan masih belum selesai. Najib cuba menenangkan kemarahan rakyat tapi sekali lagi beliau bergantung kepada helah imaginasi hubungan seranta yang menjadi lambang pemerintahannya, dengan menyatakan bahawa sisa tersebut akan dilupuskan jauh dari kilang di Pahang, tetapi masih di Malaysia. Jadi, bahagian negeri Pahang yang mana akan menerima sisa tersebut atau negeri mana dalam Malaysia yang bertuah yang bakal dilonggokkan dengan sisa berbahaya itu?. “Walaupun pakar mempunyai bukti, termasuk deklarasi badan antarabangsa yang sisa tersebut selamat, rakyat masih ragu-ragu tentang itu. Maka kami buat keputusan sisa tersebut akan dipindahkan ke tempat lain. Kita mahu rakyat rasa selamat,” Najib mmeberitahu pemberita minggu lepas, menafikan bahawa perubahan tersebut akibat dari tekanan hebat yang di ketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh. Bersama penduduk Gebeng dan aktivis, Fuziah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganjurkan rali anti Lynas (Himpunan Hijau 2.0) yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang seluruh negara dua minggu lepas. Jumlah yang hadir membuka mata pihak berkuasa dan Najib tidak dapat tidak memberi perhatian dengan pilihanraya semakin hampir. Maka itulah kini mereka akhirnya mengalah!.

Kerajaan Tidak Perlu Lagi Terus Bohongi Rakyat !

Komen Najib membuatkan sekurang kurangnya dua dari orang kanannya kelihatan sebagai penipu. Jika hal yang penting seperti ini pemerintahan beliau boleh menipu, bagaimana rakyat akan meletakkan kepercayaan kepada pemerintah untuk menjaga kepentingan rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Koh Tsu Koon memberitahu orang ramai pencarian lokasi penyimpanan akan melibatkan empat kementerian. Perbincangan beliau melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. ”Saya telah berbincang tentang isu ini diperingkat kabinet dan rakan saya dalam kabinet telah membuat kenyataan meminta pihak Lynas memindahkan sisa tersebut ke tempat lain,” kata Koh. Kenyataan paling lucu ialah dari Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang berkata Lynas mesti mencari jalan menghantar balik sisa tersebut ke Australia. Jika gagal maka lesen TOL tidak akan dikeluarkan untuk kilang kontroversi di Gebeng. Liow membuat kenyataan berdasarkan kenyataan Raja Abd Aziz Raja Adnan, Ketua Pengarah AELB yang menyatakan sisa tersebut akan dihantar semula ke Australia. “Australia Barat tidak akan menerima sisa radioaktif dari negara ketiga. Mereka tidak pernah kata tidak akan terima sisa dari Lynas. Jadi, jika ada item komersil yang boleh dipulangkan ke Australia, kerajaan Australia perlu buat keputusan untuk menerima.,” kataRaja Abdul Aziz. Ini hanya mainan kata-kata dari ketua pengarah AELB. Helah bijak untuk sembunyikan fakta bahawa resolusi pulangkan kepada penghantar ialah resolusi dan anggapan silap dan tidak mungkin akan diterima oleh pihak berkuasa Australia yang terkenal dengan ketegasan mereka dalam isu ini.

Menteri Australia Mempunyai Pandangan Berbeza

Norman Moore (foto), Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia Barat telah menegaskan tidak akan menerima sisa dari Lynas. Ini respon kepada soalan dalam satu sidang parlimen dalam bulan April tahun lepas. Dalam bulan Febuari 2012, Norman Moore mengeluarkan satu kenyataan lagi sebagai respon kepada isu TOL Lynas. “Undang-undang negara ini menyatakan Australia tidak akan menerima tanggungjawab terhdapa sisa bahan yang terjadi dari proses luar pantai yang dibeli dari Australia samaada bijih besi,pasir mineral dan sisa tanah yang dihasilkan oleh Lynas corporation. Australia tidak menyokong sebarang import dan simpanan sisa radioaktif negara lain.” katanya. Kemudian Robin Chapple, MP Greens menyokong idea yang sisa bahan radioaktif harus di proses di Lynas dan dilupuskan serta merta di tanah dimana ianya datang, sebab utama kenapa China membatalkan kuota export sisa tanah kerana ingin pastikan keselamatan dan kesihatan rakyat dan persekitaran. “Salah satu sebab utama China mengurangkan hasil sisa bumi dan export sejak 2009 ialah keprihatinan kerajaan dan rakyat bahawa perlombongan dan proses ini menyebabkan pencemaran meluas kepada persekitaran,” Kata Chapple dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas TOL tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Jika Tiada Rasuah Maka Lynas Wajar Di Batalkan


Apa yang sebenarnya yang dikatakan oleh Liow dan Raja Aziz? Untuk membodek Najib, kerana ini projek kesayangannya? Berbaloi kah untuk mereka berbohong? Adakah tindakan mereka berdasarkan kesedaran terhadap akibatnya kepada rakyat Malaysia? Atau hanya sebagai hiasan untuk memastikan politik UMNO tidak kacau bilau?. Layakkah merek ini bergelar profesional? Patutkah mereka bersara awal kerana tidak beretika dan berpotensi merbahayakan kesihatan rakyat Malaysia dengan helah mereka?. Bagaimana projek ini diluluskan dari peringkat awal bila sekarang telah jelas tidak ada penyelesaian sebenar untuk isu paling utama ialah pelupusan sisa buangan?. Bagaimana kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Najib begitu pasti yang projek ini akan berjalan bila ianya jelas ada sesuatu yang tersembunyi dari awal-bukan hanya tentang bahan sisa buangan tetapi juga bagaimana tercetusnya perniagaan ini boleh beroperasi. Pada hujung minggu lepas, Najib membuat satu lagi penipuan. Beliau meminta maaf atas kesilapan BN yang lepas. Bagaimanapun bukti telah nyata. Jika beliau jujur, beliau harus menolak Lynas. Jika beliau tidak korup, tubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menangani bagaimana projek ini boleh diluluskan, bagaimana perjalanan operasi nya dan siapa yang dapat keuntungan darinya. Selepas menaiki tampuk pemerintahan selama 3 tahun, Malaysia tidak ada melihat pembaharuan tapi keadaan makin buruk dalam negara. Malaysia semakin jatuh dalam kedudukan Transparency International’s Corruption Perception Index (CPI) dari tangga ke 56 ke tangga 60. Kerajaan BN masih kurang kuasa politik untuk menghapuskan korupsi besar-besaran dan salahguna kuasa. sumber artikel

[Persoalannya yang timbul sekarang ialah, jika tiada "rasuah" maka mana mungkin lesen TOL boleh diluluskan kepada Lynas sedangkan isu isu lokasi dimana sisa tersebut akan dilupuskan masih belum selesai?. Maka, atas dasar apa TOL diluluskan dengan ada lima syarat yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan menolak projek itu. Malah, lebih mengejutkan bilamana sehari sebelum TOL diluluskan ada pula kontraktor utama yang tarik diri daripada projek itu atas alasan faktor kesihatan dan keselamatan. Kini, Najib sudah terjerat dan beliau menjaja ke sana ke mari memohon maaf dari rakyat atas kesilapan BN selama ini. Jika itulah keadaannya, Najib wajar memohon maaf kepada rakyat Kuantan atas kesilapan kerajaannya membawa masuk projek Lynas. Kenapa tidak berani berbuat demikian?, jika kerajaan benar-benar jujur dan ikhlas mahu rakyat memaafkan kesilapan mereka. Apa yang pasti, rakyat tentu akan menjatuhkan sebuah kerajaan yang gemar menipu mereka ini. Sampai bila harus berbohong kepada rakyat yang kini terpaksa menanggung risikonya].
Share:

3 ulasan:

  1. Bukan Lynas jee yg perlu bayar kepada kerajaan bila bkak kilang kt M'sia nie..kebanyakan kilang mmg kena ufti laa klau nk bkak kt M'sia nie..pekara biasa dibwh k'jaan BN..PDO ko pegi la kat Lynas tu jumpa Prof kt Lynas tu tanya dia berkenaan isu nie..minta taklimat dari dia..baru ko faham ape yg diperjuangkan oleh penentang dan pro Lynas nie katakan..ko kan melaporkan berita jadi ade baik nye ko dpt kan maklumat sahih kedua2 belah pihak..takut2 la bila dgr sebelah pihak pembangkang jee berita yg disampaikan jadi salah dn org ramai baca dn percaya akan jadi fitnah dn dosa besar pulak..payah nanti nk minta maaf kt org ramai..mcm ustaz Azhar ckp la org kite klau bab mengata mmg lebih pandai dr org pandai...

    BalasPadam
  2. kalu anwar buat baru bgs..
    baru LYNAS xder radioaktif
    hehehe

    dunia dunia!

    BalasPadam
  3. Apa sebab ye kerajaan BN jadi macam tuh...?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.