KUALA LUMPUR, 15 Mac - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti. Beliau berkata ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu. "Banyak intepretasi undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lepas telah tamat. "Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi," katanya di sini hari ini. Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November 2011. Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah satu formaliti dalam proses peralihan kuasa ketua negara. Beliau berpendapat apabila Yang di-Pertuan Agong baru sudah dilantik dan menduduki takhta berkenaan, satu penyerahan kuasa telah berlaku. "Sekiranya tidak, Agong yang baru dilantik tidak boleh berada di situ dan tidak boleh digelar Yang di-Pertuan Agong. Berkenaan sama ada Perdana Menteri boleh menasihat Agong untuk bubarkan (Parlimen), itu tidak timbul masalah," katanya.
[Pembubaran Parlimen sebelum Yang di-Pertuan Agong ditabalkan tidak pernah berlaku sebelum ini. Maknanya, Najib akan mencipta sejarah baru jika perkara ini berlaku. Desas-desus mengatakan Parlimen dibubarkan bulan April ini semakin hangat kedengaran. Malah, ada yang meramalkan Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan pada bulan Jun ini. Ia bersandarkan kepada petugas-petugas pilihanraya kini sedang sibuk menjalani tuga hari kursus terakhir bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negara. Begitu juga pasukan polis yang kerap diberikan taklimat oleh pihak SPR sekarang. Maknanya, ia pasti akan berlaku dalam tempoh terdekat. Justeru, semua pihak diminta bersedia dan tidak terus dibuai mimpi lagi. Semua jentera pilihanraya harus dimantapkan dan jangan hanya bergantung harap kepada pihak-pihak tertentu semata-mata].

Ah peduli apa. Perjuangan UMNO ialah peperangan melawan keganasan. UMNO mesti menang walau apa cara sekalipun.
BalasPadamhahah..zaman dulu kalau pakai baju,payung umno kemana saja no hal..tapi zaman la ni kawan aku hok umno sdn pun malu nak pakai payung BN..hadoi..apa la salah payung ka salah cop nya
BalasPadamkenapa suruhan UMNO ni terlaku takut dengan pendedahan ......kalau dah terror sangat gi le kat perkampongan Rohinya tu........tak jauh dengan sungai miang....dengan orang kampong tunjuk gagah.....buat malu aje kat orang PEKAN
BalasPadam