KUALA LUMPUR, 29 Mac - PKR mendedahkan bahawa UMNO BN memohon bantuan dari Israel sewaktu melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 Jun depan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (foto) berkata, pendekatan merayu bantuan Israel itu turut mendapat restu dan nasihat Wisma Putra. "Keadilan mempunyai bukti yang mengesahkan sikap talam dua muka UMNO yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau turut menunjukkan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa. Penganjuran persidangan itu, kata Saifuddin dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati mantan PM, Mahathir. Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh negara. Justeru, Saifuddin mendesak Wisma Putra dan Mahathir menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara itu kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin. "Sikap UMNO dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.
Tiga saudara maut disambar petir dibawa pulang ke Semporna
-
SERDANG – Jenazah tiga saudara yang maut selepas disambar petir ketika
membaiki kereta di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang petang semalam dijangka
dibawa...
Sejam yang lalu






Anwar melenting pasal isu Israel
BalasPadamKUALA LUMPUR 28 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi hilang punca apabila kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel dibangkitkan di Parlimen.
Anwar yang berang apabila kenyataannya itu ditafsir sebagai menyokong keganasan Israel ke atas penduduk Palestin oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem mengugut akan mengambil tindakan jika terus 'difitnah'.
Bagaimanapun, ketika dicabar Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mengapa tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal (WSJ) jika benar kenyataannya menyokong keselamatan Israel adalah fitnah, Anwar membisu.
Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu berterusan cuba untuk menegak benang basah apabila berkata, kenyataan beliau telah diputar belit oleh media arus perdana demi tujuan politik.
"Jangan gunakan ini (kenyataan kepada WSJ) untuk melabel saya menyokong keganasan Israel, ini perbuatan biadab dan melanggar tatasusila, kenyataan saya bersyarat, bagaimana boleh tuduh saya sokong keganasan Israel?
"Saya menyokong aspirasi rakyat Palestin begitu juga kerajaan, saya akan mempertahan perkara ini. Saya akan bertindak jika terus difitnah, ini satu tafsiran yang kejam dan tidak bermoral," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Melihat Ketua Pembangkang itu berterusan menyalahkan pihak lain, Abdul Rahman sekali lagi tampil mempersoalkan Anwar mengapa beliau tidak menuntut akhbar antarabangsa itu memperbetulkan kembali kenyataan jika 'tidak sampai hati' hendak saman.
"Kita dengar penjelasan Permatang Pauh kononnya beliau mendokong aspirasi Palestin tetapi mengapa tidak minta WSJ buat kenyataan baru? Sedangkan ini jalan paling mudah, saman susah dan minta maaf pun janganlah," katanya sinis.
Dalam pada itu, melihat ketua mereka tertekan dalam isu Israel, beberapa pemimpin pembangkang antaranya, Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang), Tian Chua (PKR-Batu) dan Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) tampil mempertahankan Anwar.
Paling menarik tindakan Khalid Samad (Pas-Shah Alam), satu-satunya pemimpin Pas yang bermati-matian mempertahankan Anwar dengan berkata: "Jangan baca hanya satu ayat seperti Kota Belud, kamu tidak akan faham,"
"Jangan memfitnah Permatang Pauh, apa perasaan Ketua Pembangkang bila dilabel beliau sokong atau reda dengan pembunuhan rakyat Palestin oleh Israel? Kota Belud hanya tafsir ikut selera politik dia," katanya.
Terdahulu, Richard berkata, dakwaan Anwar kononnya beliau meletakkan syarat ketika mengeluarkan kenyataan itu hanya satu helah untuk mengaburi mata rakyat selepas dikritik hebat pelbagai pihak termasuk wakil Hamas.
Katanya, Anwar tidak meletakkan apa-apa syarat ketika menyatakan sokongan beliau terhadap segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sebaliknya, hanya berbuat demikian ketika ditanya mengenai hubungan diplomatik dengan Israel.
"Saya amat terkilan dengan cara Ketua Pembangkang memutar belit kenyataan beliau sendiri dalam WSJ, tiada syarat yang ditetapkan dalam menyokong keselamatan Israel, beliau hanya berbuat demikian dalam soal diplomatik," katanya.
Kalau betul pun maknanya memperalatkan Israel utk kepentingan negara kita.Ianya tak sama dengan menjamin keselamatan Israel yg di janjikan oleh Anwar.
BalasPadamPulak dah ???????
BalasPadamMakna nya memang benar tiada yg benar melainkan benar belaka hubungan terjalin antara Malaysia dan Israel, apa lagi dgn surat minta Israel Lobi ke persidangan Gas dunia... AMNO ! - AMNO ! - BIAWAK PUN LIDAH BERCABANG DUA JER.
Kalau sampai Israel nanti sampaikan lah salam satu Malaysia Kat Ariel Sharon dia ada kat Spital Israel, jenguk jenguk lah Pak Sharon tu bawa le buah tangan apa ke yg patut, bisik kan kan ler kat telingga nya, katakanlah padanya bahawa hubungan Malaysia dah pulih sekarang di bawah payung Amno. Katakan lah juga Hubungan Malaysia Israel adalah hubungan abang adek.