KUANTAN, 5 Mac - Susulan pendedahan oleh Pahang Daily Online (PDO) mengenai isu pembelian Hotel MS Garden (foto) oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bulan lalu, maka kami mendapat maklumat Yang DiPertua MUIP, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah bertitah agar duit zakat tidak digunakan untuk tujuan tersebut. Malah, baginda dengan tegas membantah tindakan terbabit yang dipercayai dilakukan oleh pihak tertentu dalam MUIP tanpa pengetahuannya. Isu ini kelihatan reda selepas campurtangan Tengku Mahkota Pahang itu. Namun, terkini kami difahamkan MUIP telah mengubah cadangan asalnya daripada membiayai dengan peruntukan zakat kini tukar dengan bentuk pinjaman dengan Bank Islam. MUIP dipercayai akan menggunakan wang dari dananya RM 10 juta dan pinjaman bank RM 40 juta lagi bagi melangsaikan urusan pembelian tersebut. Malah, MUIP juga telah menyerahkan urusan pengendalian hotel itu kepada sebuah anak syarikatnya. Persoalannya sekarang, bagaimana MUIP boleh tergamak menggunakan wang dana RM10 juta dan meminjam RM40 juta lagi dari bank. Kenapa bukan syarikat yang tubuhkan itu meminjam dengan bank atau meminjam dari MUIP sendiri. Apa yang membimbangkan ialah berlakunya penyelewengan. Mungkin MUIP sedang membuat helah supaya syarikat berkenaan nampak untung di dalam urusannya sedangkan hutang masih dibayar oleh MUIP. Pendapatan perniagaan akan masuk ke dalam akaun syarikat manakala hutang di biarkan MUIP membayar. Jika pembelian ini benar-benar menguntungkan sepertimana yang di dakwa oleh pegawai yang menguruskan pembelian, maka biarkan lah anak syarikat berkenaan meminjam penuh RM 50 juta dan biarkan syarikat melangsaikan hutang tersebut melalui hasil perniagaan itu. Apa yang membimbangkan ialah bayaran ansuran selepas ini. Jika kemampuan membayar telah menurun atau berlaku kelembapan ekonomi atau hotel ini tidak lagi laku, terjaminkah pihak pentadbir tidak menggunakan wang zakat untuk melangsaikan pinjaman? Perlu juga di ingat usia hotel ini telah lama dan perlukan penyelenggaraan dan terpaksa juga membayar kos mengurus yang meningkat (kenaikan gaji, harga barang dan sebagainya).[Persoalannya sekarang, mampukah MUIP menguruskannya?. Jika telus pada rakyat bentangkan kutipan hasil dan perbelanjaan hotel ini setiap bulan pada Ahli Mesyuarat MUIP. Alangkah baiknya jika MUIP lebih menumpukan perhatiannya kepada masalah fakir miskin, pendidikan agama di sekolah agama dan di masjid serta surau. Alangkahh manisnya jika wang zakat tercurah untuk golongan muallaf supaya akidah mereka benar-benar mantap. Alangkah baiknya jika wang berkenaan di gunakan untuk membina bazaar rakyat yang dapat meningkatkan taraf ekonomi umat islam. Ramai yang boleh merasai nikmatnya. Tetapi jika di beli hotel apakah faedahnya kepada si fakir miskin , atau si muallaf? Cuma sekali sekala MUIP mungkin golongan ini akan dipanggil mereka berkursus untuk menyuntik pendapatan kepada MUIP sendiri. Rakyat perlu tahu semua ini, jika tidak mereka pasti akan terus curiga dengan tindakan beberapa orang pegawai MUIP yang jelas terpesong daripada tujuan sebenar penubuhan jabatan itu. Islam apa yang mahu diperjuangkan jika mereka lebih mengutamakan soal pelaburan duniawi semata-mata. Maka, MUIP digesa mengkaji hala tuju mereka sebelum beriya-iya mahu jadi sebuah badang korporat dalam negara ini. Ingat, Allah melihat apa yang anda kerjakan].
hamba rasa, muip skrg ni jadi punah sebab punahsihat (penasihat) dia adalah si parasit yg sibuk nak beli bangunan sana sini dan laburkan duit zakat/baitul mal dlm saham2 bank. kalau tak percaya sila dptkan laporan audit halatuju duit2 tu ke mana. Saham Wakaf tak reti urus dgn baik ikut syarak tapi ikut kepala otak. tanggung la dosa. inilah akibatnya bila diserah kpd org yg tak reti hukum dan bukan ngaji agama.
BalasPadamBeli Hotel untuk seronok seronok....sampai pagi....
BalasPadamdemo leni x supo mulo x berani kawe bayo zakat..dia tgk kawe tgk..x berani kawe nk tego..rupe2 demo beli otel.... ada sekor manusia duduk julei otel..wt keja mcm bangkai.dpat naik pangkat....waakakakakakaa
BalasPadamsdaaaaaap sunguh dikir barat mu..... wat albumla..tajuk Beli hotel....
BalasPadamBangun pagi Makan keledek.
BalasPadamAnak itek terkedek-kedek,
Yang seorang suka membodek,
Seorang lagi suka di bodek....
Klu pergi ke ladang getah
beli bangunan bermegah-megah
bodek membodek membawa padah
duit zakat abih di lapah...