
JERANTUT, 14 Mac - Seramai lebih kurang 500 orang salasilah keluarga telah berkumpul di Dataran Kuduk, Simpang Pulau Tawar bagi meraikan Program Jubli Emas Celebration "Kome 50 Tahun" pada hari Ahad, 11 Mac baru-baru ini. Program anjuran urusetia "Facebook Group" Salasilah Keluarga Pulau Tawar itu telah berjaya mengumpulkan warga Pulau Tawar yang berumur 50 tahun untuk diraikan. Semua kaum keluarga dari seluruh negara telah berkumpul untuk bertemu dengan sanak saudara mereka sempena acara tersebut. Dalam program itu beberapa aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah sambutan ulang tahun ke 50 warga Pulau Tawar yang lahir pada 1962. Mereka berkumpul setelah lama tidak berjumpa. Turut hadir menyerikan acara itu ialah dua orang guru yang pernah mengajar mereka ketika bersekolah dahulu iaitu Puan Normah binti Sudin dan Tuan Haji Norzari bin Haji Yahya (foto). Program yang bermula sekitar jam 9.00 malam itu turut disertai oleh Saudara Man Kadir yang popular sebagai Pak Jabit dalam filem "Hantu Mak Limah". Berbagai acara sukaneka teka kacang, baling bola, tendang bola botol, sajak, kuiz dan gerai jualan turut diadakan. Disamping itu juga, bagi menyerikan lagi program berkenaan satu acara penyerahan salinan "Kitab Salasilah Keluarga Pulau Tawar" telah dilakukan oleh Blogger Cucumatkilau. Kitab asal yang telah ditulis oleh datuknya, Allahyarham Md Yunus Teh (Aki Yunus) itu dipercayai sudah berusia hampir 72 tahun. Penyerahan simbolik itu telah dibuat kepada Cikgu Azam Ramli, yang bertindak selaku Urusetia Penganjur program berkenaan. Beliau diamanahkan untuk menyambung semula salasilah keluarga dalam buku tersebut untuk menjadi rujukan seluruh ahli keluarga Pulau Tawar. Justeru, semua ahli keluarga Pulau Tawar yang berada seantero dunia bolehlah menghubungi beliau di talian 019-9797859 untuk sebarang pertanyaan atas urusan yang berkaitan. Program yang berakhir sekitar jam 12.00 malam itu cukup meninggalkan kenangan manis kepada seluruh ahli keluarga Pulau Tawar yang hadir pada malam tersebut.

















[Satu usaha yang sungguh menarik dan bermanfaat kepada semua. Namun anehnya, ramai anak Pulau Tawar di perantauan tidak pulang bersama untuk menyertai program ini, sedangkan maklumat sudah lama diwar-warkan. Ada diantara mereka yang tidak membatalkan program-program lain, untuk hadir ke sini. Sepatutnya mereka sudah bersiap sedia sejak dari awal untuk sama-sama terlibat. Tambahan pula bukan selalu program seperti ini dapat dijalankan dan merek dapat sama-sama bertemu dengan ahli keluarga dan salasilah yang lain. Sejarah tidak dapat berulang lagi, justeru kepada generasi muda mereka perlulah menghargai pengorbanana orang-orang tuan untuk mengadakan acara sebegini. Apapun, kami ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menghimpun begitu ramai Salasilah Keluarga Pulau Tawar untuk bersama-sama memerihakan program ini. Semoga akan lebih ramai lagi akan turut berkorban masa dan tenaga untuk bersama pada masa yang akan datang].






Apalah yang nak dibanggakan dgn keturunan...
BalasPadamya tu....kita juga dari keturunan yang baik...dari Adam AS...tpi klu kita ni perangai buruk..buat malu je...tok nenek kita mungkin orang baik..tpi kita..lu fikir sendiri laaa..
BalasPadamkenal asal kenal diri,tiada yang lama tiada la yang baru...
BalasPadam