KUANTAN, 23 Jan - Kemelut yang melanda kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Pahang kini semakin hangat diperkatakan susulan sidang media tergempar yang diadakan oleh sebelah daripada empat belas Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Hotel Istana, Kuala Lumpur kelmarin. Ramai pihak yang mengutuk tindakan tersebut yang seolah-olah kononnya "kumpulan sebelas" terbabit cuba membelakangkan parti dengan menolak keputusan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin sendiri berhubung perlantikan Ketua Pemuda UMNO Pekan, Shahruddin Ahmad sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang yang baru. Menariknya, di sini ialah nampak jelas tindakan ini ada kewajarannya kerana kumpulan terbabit disokong oleh sebelah orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian sedangkan perlantikan Shahruddin oleh Khairy hanya disokong oleh tiga Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja. Maknanya disini lebih dari 1/3 membantah perlantikan itu. Maka sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy seharusnya berfikiran rasional untuk menangani isu ini. Khairy harus berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan kumpulan terbabit demi perpaduan sayap kanan parti itu di Pahang. Jika tidak sudah pasti ia akan mengeruhkan lagi keadaan dan menghilangkan sokongan anak muda terhadap UMNO pada pilihanraya umum akan datang pastinya. Apa yang menarik dalam insiden ini ialah terdapat satu kenyataan terbuka yang dibuat oleh orang yang paling ramat dengan Pemuda UMNO Negeri Pahang tentang hal ini. Kenyataan tersebut kini banyak disebarkan di laman-laman sembang sosial terutamanya facebook, telegram, twitter dan sebagainya. Beliau yang hanya mahu dikenali sebaga CK secara langsung memberi pandangan yang jelas daripada salah seorang wakil daripada kumpulan tersebut tentang isu ini. Ia bagi menggelakkan tanggapan negatif semua pihak terutamanya pimpinan tertinggi parti terhadap kumpulan sebelas, Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Pahang itu. Baca seterusnya kenyataan terbuka tersebut di bawah ini:-
Sebelas Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang buat sidang media tersebut
"Kasihan CK tengok pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada 11 Ketua Pemuda Bahagian Pahang ni gara-gara sidang media yang mereka lakukan.
CK bukan lah nak memihak kepada mana-mana, tapi bagi CK, agak tidak adil jika kita terus menghukum mereka tanpa mendapat penjelasan dari mereka dan tanpa mereka membela diri mereka. Mesti ada sebab tertentu sehingga mereka terpaksa menggunakan saluran media setelah memorandum yang mereka hantar tidak mendapat respon dan maklumbalas daripada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr YB Khairy Jamaludin.
Mengikut sumber daripada salah seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dikalangan 11 orang tersebut, mereka begitu rasional dan cukup hemah dalam menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini tanpa melibatkan sebarang emosi.
Mereka cuba berbincang dan pelbagai usaha telah dilakukan agar 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini dapat berjumpa dgn KJ demi menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini. Tapi sayangnya, pintu untuk berjumpa telah ditutup dan pelbagai halangan oleh pihak pihak yang berkepentingan cuba menggagalkan usaha perbincangan tersebut.
Susah sangatkah nak berjumpa 11 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian ni? Kenapa perlu ada protokol dan birokrasi sedangkan KJ sendiri berkata org muda tak suka protokol dan birokrasi. Adakah semua ini Retorik semata-mata. Cakap tak serupa bikin. Masa nak undi cari kami, bila dah menang begini jadinya.
Alhamdulillah setelah sedaya upaya berusaha. Pintu untuk berjumpa akhirnya. dibuka. Itupun bersyarat. Tak mahu jumpa 11 orang Ketua Pemuda, hanya hantar wakil seorang sahaja.
Maka, 11 Ketua Pemuda Pahang menghantar seorang wakil untuk berjumpa KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Kegembiraan dapat berjumpa KJ untuk menyatakan hasrat dan pandangan ini begitu bermakna bagi mereka, tapi alangkah terkejutnya. Rasa terhina dan rasa begitu diperlekehkan, apabila KJ bercakap dgn wakil mereka dengan cara dan sikap endah tak endah sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi. Beginikah sikap seorang Menteri Muda yang boleh dibanggakan? Sombong, angkuh dan bongkak. Sebelum menjadi Menteri dan tak ada apa-apa jawatan, begitu baik dan amat menghormati dan kagum dengannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia", kata kenyataan yang berkenaan.
Antara tuduhan liar kononnya kumpulan terbabit memalukan UMNO
"Bila dah ada kuasa dan dah menjadi Menteri angkuh dan sombong pula jadinya. Perangai KJ ini sama sahaja masa Zaman Pak Lah menjadi PM. Begini lah sikapnya. Ingat ke dah berubah, ternyata lakonan semata-mata.
Berbalik pada cerita tadi. Selepas KJ acuh tak acuh sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi, wakil Ketua Pemuda Bahagian tersebut cukup rasa terhina dan diperlekehkan tanpa menunggu masa yg panjang terus menyerahkan Memorandum Bantahan Perlantikan KP Negeri dan terus bersalam dan beredar dengan hati yg cukup terasa.
14 hari telah berlalu. Tiada satu pun respon dan penjelasan daripada pihak KJ. Kalau KJ anggap perkara ini serius pasti akan panggil semua 11 Ketua Pemuda Pahang ataupun memberikan maklum balas segera. Sayangnya perkara tersebut tak berlaku dan mungkin KJ hanya memandang perkara ini remeh dan acuh tak acuh sahaja.
Maka 11 Ketua Pemuda Pahang ini berbincang sesama mereka dan akhirnya mereka mendapat kesepakatan untuk membuat Sidang Media sebagai jalan penyelesaian utk membuka mata pihak berkenaan.
Akhirnya apabila Sidang Media mereka lakukan setelah jalan rundingan ditutup rapat, akhirnya mereka pula dituduh sebagai perosak parti sedangkan dalam diri mereka tebal dengan kecintaan yang begitu mendalam dah roh perjuangan yang begitu tinggi pada parti UMNO dalam membela nasib dan kepentingan agama, bangsa dan tanahair. Begitulah cerita yang CK boleh korek daripada sumber salah seorang wakil daripada 11 Ketua Pemuda Pahang tersebut.
Bagi pendapat CK yang begitu rasional. Sebenarnya Perlantikan Jawatan Ketua Pemuda Negeri Pahang bukanlah isu utama sebenarnya, tetapi Isu yang paling utama adalah cara penyelesaian masalah tersebut diurus dengan sikap angkuh dan sombong tanpa diberi ruang pandangan dan penjelasan. Beginikah sikap seorang Pemimpin Muda yang boleh dibanggakan.
Belajarlah terima dan hormati pandangan orang lain walaupun pandangan itu bernilai 20 sen sahaja", katanya.
[Amat mengejutkan apabila ada pihak yang secara terbuka mahu Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakkan tegas terhadap kumpulan sebelas terbabit kerana katanya telah melanggar Perkara 7 dalam undang-undang tubuh UMNO iaitu mana-mana ahli dilarang samada secara langsung atau tidak langsung membuat pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara cara sekalipun atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa dasar atau keputusan parti. Persoalannya, yang dipertikaikan dan dibantah oleh mereka bukanlah dasar parti tetapi keputusan individu (Ketua Pemuda UMNO) yang dibuat secara tidak wajar terhadap perlantikan Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang itu sendiri. Sepatutnya, sebarang keputusan haruslah memihak kepada majoriti bukannya minoriti seperti yang berlaku sekarang. Justeru, pemuda yang berani harus bangkit untuk menyatakan pandangan mereka agar diperhalusi dengan baik oleh pihak atasan. Namun, apa yang menjadi masalah ialah sikap Khairy Jamaluddin yang acauh tak acuh untuk melayan memorandum yang telah dihantar oleh kumpulan terbabit sebelum ini. Maknanya, saluran yang betul telah digunakan masalahnya Khairy gagal memainkan peranan penting untuk mendengar dan mengajak kumpulan terbabit berbincang. Lantaran itulah jalan terakhir ialah Sidang Media, agar semua pihak tahu sikap sebenar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin akhirnya].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan