script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Program Anjuran NGO "Save Malaysia Stop Lynas" Berjaya Juga Di Adakan Biar Pun Ada Gangguan !!

KUANTAN, 13 Nov - Program "1311 Demi Keluarga Kita" yang dianjurkan oleh Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) di Taman Gelora hari ini berjaya biarpun mendapat berbagai gangguan oleh pihak kerajaan. Program yang bermula sekitar jam 7.30 pagi itu bagaimana pun tidak dapat disertai oleh lebih ramai rakyat kerana gangguan sekatan jalanraya yang dilakukan oleh pihak polis. Difahamkan polis mengadakan sekatan jalanraya dari semua arah laluan masuk ke lokasi bagi menghalang orang ramai hadir. Walau bagaimana pun kehadiran masih membanggakan dimana hampir 2,000 berjaya meloloskan diri untuk hadir, walau pun masing-masing terpaksa meletakkan kenderaan agak jauh dari lokasi. Hampir 100 orang anggota polis yang terdiri dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU), trafik, Cawangan Khas (SB) dan yang lainnya dilihat sejak awal lagi telah bersiap sedia mengawal keadaan disitu. Difahamkan juga, pada masa yang sama satu lagi program sukan yang melibarkan agensi kerajaan telah dianjurkan secara "ad hoc" di lokasi terbabit. Ia ditambah lagi dengan persembahan hiburan dan lain-lain acara yang berkaitan. Program berkenaan dipercayai untuk menganggu aktiviti SMSL di kawasan itu. Apapun, penganjur SMSL telah mengubah program ke kawasan padang tenis di lokasi terbabit. Pihak polis yang memantau juga telah mengarahkan penganjur tidak menggunakan alat pembesar suara dan lain-lain yang berkaitan. Anehnya bagi acara sukan anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dilokasi yang sama pula mereka membiarkan dentuman alat pembesar suara dengan sewenang-wenangnya. Tiada halangan dan tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap aktiviti terbabit. Apapun, program SMSL itu akhirnya berjaya diadakan tanpa sebarang adengan yang tidak diingini telah berlaku.




Sebagai tanda sokongan terhadap bantahan itu, mereka membawa beberapa ‘pinata’ iaitu objek yang diperbuat daripada cebisan kertas dan memukulnya secara simbolik. Menurut pengerusi penganjur bantahan itu, Tan Bun Teet, pihak polis sejak awal pagi memantau keadaan sekitar taman itu dan orang ramai yang hendak ke taman awam itu terpaksa mendaftarkan diri mereka. Selain itu, dakwanya, mereka juga diingatkan supaya tidaak menyertai perhimpunan haram itu. Walaupun, Tan mengakui, pihaknya tidak mempunyai permit, namun katanya, Taman Gelora adalah kawasan awam, di mana orang ramai tidak boleh dihalang daripada pergi ke lokasi terbabit.






[Ramai yang terkejut dengan tindakan pihak polis yang tergamak mengadakan sekatan jalanraya di ke semua laluan masuk ke Taman Gelora pagi tadi. Bukankah NGO terbabit hanya mengadakan himpunan aman dan tidak mengganggu sesiapa pun. Rakyat berhak menyokong atau membantah apa yang mereka fikir tidak menguntungkan mereka. Kerajaan pula berhak mempertahankan segala tindakan yang difikirkan menguntungkan mereka. Maka, sebagai sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini, tidak perlulah bertindak keterlalu hingga boleh mencetuskan satu keadaan yang huru-hara. Seolah-olah NGO terbabit mahu melakukan himpunan yang bertujuan untuk menyerang kerajaan. Jangan biarkan rakyat diperbodohkan dengan satu keadaan yang jelas mengelirukan ini. Sewajarnya kerajaan membuat satu tindakan yang lebih profesional seperti mengadakan kempen-kempen, ceramah-ceramah, promosi-promosi dan himpunan besar-besaran di stadium misalnya bagi membuktikan majoriti rakyat menyokong Lynas. Bukan dengan cara tekanan dan gangguan seperti ini. Memperbodohkan agensi kerajaan dengan mengadakan sukan di Taman Gelora untuk menganggu program NGO terbabit jelas satu tindakan tidak wajar. Malah, tindakan membawa pelatih PLKN ke situ dulu juga sesuatu yang melucukan. Persoalannya, kenapa takut berhadapan dengan risiko jika mereka merasa Lynas itu selamat?. Siapa yang bayar gaji anggota polis dan pihak yang "membuang masa" mengganggu program tersebut?. Bukankah dari duit rakyat. Jangan biarkan rakyat terus bangkit menentang dan menjatuhkan BN dalam pilihanraya umum akan datang bila mereka bosan dan benci dengan tindakan yang jelas tidak profesional ini].
Share:

18 ulasan:

  1. Inilah demokrasi ala Malaysia....... Untuk menzahirkan hak rakyat pun mereka ditakut takutkan dengan polis.

    Polis tu ikut arahan saja. Tapi rakyat akan terus bangkit. Sejarah dunia dah buktikan bahawa kebangkitan rakyat umpama gelombang laut yang tak mampu disekat.

    Lihat Iran dizaman Shah Iran. Rakyat buktikan mereka lebih hebat walau ditekan oleh balaci pemerintah.

    Kezaliman dan kerakusan Markos ,rakyat jua campak dan hinakan pemimpin spices itu ke kancah yg paling hina.

    Keegoan Mubarak yang dulu angkuh yg kononnya hanya dia yg boleh memerintah Mesir (MACAM UMNO /BEE....END),akhirnya rakyat juga mencampaknya ke longkang hina.

    Ghadafi yg terlalu hebat di mata rakyat kala ditampuk kuasa hasil propaganda media kawalan kjaan(macam peranan TV3 Suku/Utusan Meloya/Berita Hairan......),akhirnya berkubur tanpa nesan...

    Saddam Hussien? Lagi gah Adolf Hitler, semua tumbang..... Duniapun ada tarikh luputnya-kiamat,apa sangat UMNO/BEE...END.

    Rakyat Raja Sebenar..... Bukan pemerintah semasa atau balaci2 tak beretika......

    BalasPadam
  2. sbahagian rakyat bodo telah msuk perangkap cina2 laknat..ini lh bukti bila pmbangkang bnafsu besar sggup bsetongkol ngan cina untk mjahanamkn kerajaan islam....bjuta2 duit dr negara cina msuk untk mnentang kerajaan sbb nya tkt kn ekonomi pahang maju...rakyat sbnar adalh yg x mnentang kerajaan dn bterimaksh kpd kerajaan....rakyat tolol serpti kamu yg mgutuk kerajaan....tolol..

    BalasPadam
  3. Islam menatang apa Hukum Allah ditolak.......Bodohhhhh!!!!!!

    BalasPadam
  4. PENERANGAN BAIK SECARA AMAN APA SALAHNYA..
    Dah TERBUKTI selama ini penerangan SMSL tak pernah pun KECOH..BAIK je..SAMPAH SARAP pun tak ada.
    APA MASALAH Kerajaan PAHANG ni ???
    Dia nak beri PENERANGAN, BUKAN nak GADUH. Rakyat akan FIKIR dan MATANG dah nak terima/tidak, TAKUT ape??
    SAYA SUKA PENERANGAN MEREKA NIE.
    Saya juga akan CARI penerangan lain juga.,melalui Internet/pakar2.
    Nak percaya IAEA susah juga, dah terbukti, kenyataan BERBAYAR..
    INI MESTI POLITIK PUNYA HAL... TAKUT.. kENA IKUT SUARA RAKYAT JUGAK!!

    BalasPadam
  5. Kalau LYNAS ni TUTUP rugi banyak ke ?
    Pahang dah ade BIJIH BESI
    Pahang dah ade EMAS
    Pahang dah ade BALAK
    Pahang dah ade KELAPA SAWIT
    Pahang dah ade GETAH FELDA,FELCRA,RISDA
    Pahang dah ade AIR SUNGAI BANYAK
    Pahang dah ade ROTAN MANAU,
    Pahang dah ade GENTING, GAMBANG PARK..EHH, PELABOHAN pun ade..
    Wahhh...Banyak tu HASIL..
    Negeri Lain TAK ADE, PELIS TAK ADE,KEDAH TAK ADE,KELANTAN TAK ADE.
    aPA Lagi KERAJAAN PAHANG ni NAK.., SYUKUR lah ape yang ade.
    Jangan jadi TANDAS PULAK..
    nAM AMBIK TAHIK ORANG PUTIH..
    Malu la nak ngaku ORANG PAHANG.

    BalasPadam
  6. kemajuan dan keamanan kerajaan yg mainkan peranan yg terkesan ....kegagalan kemajuan dan keamanan kerana agenda sulit puak minoriti rakyatnya....

    BalasPadam
  7. Abang POLIS,
    Paling tidak pun mat2 SMSL ni bawa kat pinggang dia tu, Hand-Phone, Camera, atau payung kalu Hujan.
    Ape abang POLIS takut ape, u datang sebuah KERETA pun cukup sbb abang POLIS ada PISTOL, BELANTAN.
    Jangan sampai 100 orang,100 pistol,100 belantan. Anak2 i jadi fobea,TAKUT., macam nak PERANG.
    Sbb dia takut MATI, budak katakan..
    Puas i pujuk, i kata, ini lakunan oleh YUSRI KRU, tp xjalan juga.
    So joging, anak aku naik atas belakang aku..Maknya pulak kendong yg kecik.
    Nanti nak jogging, aku bawak Whell-Barrow je, letak kat dalam sambil sorong!!!!!!!!

    BalasPadam
  8. Pemimpin yang berjuang untuk kejar kekayaan pribadi dan kroni mana pernah cukup apa yang ada. Tak kiralah dah ada balak, bijih,emas,genting,pelabuhan atau apa jua sumber. Nafsu mana pernah puas. Tengok betapa besarnya Pahang dengan balak berlambak-lambak.....

    Tapi hasil balak tetap sedikit dilaporkan dalam kantung perbendaharaan negeri, walau hutan makin togel. Kemana hasil balak tu pergi?????? Dalam kocek pemimpin2 negeri lah , dan ditabur kepada kroni2 serta family.

    Bandingkan dengan Kedah di bawah Ustaz Azizan. Masa UMNO/BN memerintah hasil dilapurkan kepada perbendaharaan negeri sikit bebenar. Bila Ustaz Azizan, hasil berganda 6-7 kali ganda. Kenapa ya ? Itulah bezanya pemimpin mengamalkan hukum Islam dengan pemimpin yang cuma beragama Islam....hukum hakam tak diikuti dengan cermat.

    Ingat!!!! hasil balak itu amanah untuk rakyat, bukan hak mak bapak pemimpin BN/UMNO !!!!!!!

    Kita bagi PR perintah negara lepas PRU 13, tapi kalau mereka juga berjuang tidak iklas, ikut cara UMNO/BN,mula sombong dan nak menunjuk-nunjuk kereta besar,rumah besar, kita pakat tumbangkan mereka pula?

    Itulah manteliti rakyat yang bijak macam di US,Britain, Australia dan lain-lain negara maju yang menggantikan kerajaan baru dengan menggunakan KUASA RAKYAT bagi kerajaan yang dah tak boleh dinasihatkan lagi!!!!!!!

    BalasPadam
  9. Negara kita menuju macam negara Russia Dulu....nak suara tak bolih....sikit lagi nak KENTUT pun tak bolih.....

    BalasPadam
  10. Sekarang org umnoporno ktn kayaraya sbb dpt lombong bijih besi,sbb tu sokong Lynas!
    Xcaya tanya Ngah ismail n suhaimi sulong n Faiz Pekasa.

    BalasPadam
  11. dulu aku anti lynas..tp cuba korang buat sedikit kajian..awat ramai cha ya nun alif yang datang dan pakai baju tu merata di bandar kuantan tu..tp bila parti yang bangkang buat pogram berapa ramai cha ya nun alif datang..boleh kira dengan jari bro.ada perkara yang tersurat dan tersirat puak cha ya nun alif ni.

    BalasPadam
  12. Bodohnya Melayu masuk perangkap Gerakan Cina Komunis ni....mula2 anti-LYNAS lepas tu anti apa pula?? cina dah berkuasa nnti tahu lah nasib korang semua !!! Bab kuasa ni tok sah cakap la, kalau cina memerintah nnti lagi teruk diorang belasah hasil negeri. Sy pengundi atas pagar tak rela cina memerintah, dan hari ni sy menyesal menngundi Pakatan Rakyat pada PRU12 yg lalu. Pakatan rakyat ternyata menjadi duri dalam daging dalam memecah belahkan org melayu dan islam

    BalasPadam
  13. Apa org melayu takut..
    TAN SRI OMAR DIN MANJOI tu ade..
    dia pulas dengan kaki je.
    Mahaguru silat terbaik umno malaysia tu boleh buat ape saje, susah apa.
    Padan dengan dia sorang je bersilat.

    BalasPadam
  14. Menyesal aku pangkah PR dulu. DAP memang bangkai. Aku biasa kerja sebagai radiation worker kat plant di Gebeng & Paka selama 16 tahun. Radiasi Lynas adalah NORM sahaja. Baja & arang batu lagi tinggi radiasi!!!

    BalasPadam
  15. Isu Lynas - PR Kecoh
    Isu Seksualiti Merdeka - BN Kecoh
    Isu PKNS jual harta - BN Kecoh
    Isu Bersih - PR Kecoh
    Isu Video Seks - BN Kecoh
    Isu JAIS serbu - BN Kecoh
    Isu LGE kutuk Johor - BN Kecoh
    Isu duit Yahudi - PR&BN saling tuduh
    Isu Hudud - PAS saje kecoh...
    Yang bergaduh hanya orang ISLAM sesama kita jer.. Diorang DAP tukang pukul gendang bagi rancak lagi kita bergaduh!!!

    BalasPadam
  16. Halusnya permainan politik DAP ni. Sudah cukup org Melayu diperbodohkan. Tak sanggup lagi melihat org melayu dilaga-laga kan...cukup lah..

    Bersatulah UMNO dah Pas. Buang lah ego masing2. Ramai pengundi atas pagar termasuk sy menyokong UMNO dan Pas bersatu demi menjaga kepentingan agama dan bangsa.

    BalasPadam
  17. cuma bagi tahu,
    Semua unsur2 bumi ada radiasi,
    Komputer u paki tu pun hebat radiasi
    Kalau setakat BAJA & ARANG BATU tu, macam air kencing kau je lah...
    Tak sekolah ke u org nie.
    Rare-earth tu berapa isotopnya..
    Berapa tempuh separa hayatnya..
    Kau org aliran sastera rendah, susahlah org nak terangkan.
    Kalau Basic Sains tu ok gak..

    BalasPadam
  18. JANGAN LUPA, melayu telah berjaya dilaga dan dipecah pecahkan oleh Cina dalam isu lynas nii....koplo!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Nafi Dakwaan Tular Seorang Anggotanya Cedera Ditikam Orang Asli Ketika Operasi Di Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasik Bera

BERA: Polis menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai seorang anggotanya cedera ditikam Orang Asli ketika operasi pemantauan keselam...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.