script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah Pula Jadi Pemimpin BERSATU Yang Secara Terbuka Gesa Muhyiddin Berundur

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menjadi pemimpin BERSATU terbaru yang secara terbuka menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Presiden dan memberi laluan kepada kepimpinan baru.

Saifuddin urut menentang sekutu lamanya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Azmin Ali, dengan menyatakan Azmin perlu digugurkan daripada jawatan tersebut bagi membersihkan parti daripada masalah moral yang menjejaskan reputasinya.

Ia dipercayai merujuk kepada skandal video seks Azmin enam tahun lalu, yang kini dijadikan senjata dalam perebutan kuasa dalam BERSATU.

Sementara itu, Saifuddin bersama enam lagi ketua bahagian BERSATU turut mendesak Ketua Penerangan parti, Tun Faisal Ismail Aziz digantikan.

Pandangan Saifuddin itu dinyatakan dalam kenyataan yang turut ditandatangani ketua bahagian Bersatu Pasir Salak, Puchong, Dungun, Jasin dan Selayang.

Saifuddin merupakan ahli Parlimen ketiga yang secara terbuka menentang Muhyiddin. Dua yang lain ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Wan Saiful dipecat daripada BERSATU minggu lalu, manakala keahlian Wan Ahmad Fayhsal digantung selama sepenggal.

Saifuddin juga menyertai sidang media anjuran Wan Saiful bulan lalu, di mana Wan Saiful menafikan dakwaan bahawa 120 ketua bahagian mahu menumbangkan Muhyiddin.

Sebaliknya, Wan Saiful berkata mereka hanya mahu Muhyiddin mematuhi pelan peralihan kepimpinan yang telah dipersetujui, di mana Datuk Seri Hamzah Zainudin akan menjadi Presiden baru parti.

Pada Jumaat lalu, Saifuddin turut menuntut Muhyiddin menjelaskan kedudukan menantunya yang diburu pihak berkuasa, Adlan Berhan. 

Adlan dikehendaki dalam kes rasuah dan dilaporkan hidup mewah ketika bersembunyi di sebuah negara di Timur Tengah.

Sementara itu, kenyataan yang ditandatangani oleh Saifuddin turut memaklumkan kehadiran beberapa lagi ketua bahagian dalam siri jelajah anti-Muhyiddin hari ini.

Antaranya bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon, yang juga hadir pada sidang media Wan Saiful bulan lalu. 

Malaysiakini telah menghubungi Rashid untuk mendapatkan maklum balasnya.

Saifuddin dan Rashid meninggalkan PKR bersama Azmin pada 2020 di tengah krisis Langkah Sheraton. Mereka kemudiannya menyertai BERSATU.

Ketika ini, Azmin merupakan antara penyokong utama Muhyiddin dalam BERSATU. #Malaysiakini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.