script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pelajar PASTI Al-Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria PASTI Kebangsaan

MARAN: Keupayaan pelajar PASTI Kawasan Maran terus menyerlah apabila seorang murid dari PASTI Al Barakah, Bandar Maran, terpilih mewakili Negeri Pahang dalam pertandingan Khutbah sempena program Alam Ria PASTI Malaysia 2026 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Bukit Merah Laketown Resort, Perak baru-baru ini.

Peserta berusia enam tahun, Muhammad Danial bin Abdul Rahman, tampil mewakili negeri dalam kategori individu bagi acara Khutbah yang menghimpunkan penyertaan wakil dari seluruh negara.

Program anjuran PASTI Malaysia itu mempertemukan peserta dari setiap negeri dalam lapan acara berbeza yang menjadi pentas menyerlahkan bakat dan potensi pelajar prasekolah Islam di seluruh negara.

PASTI Kawasan Maran serta Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran menzahirkan ucapan tahniah kepada Muhammad Danial, termasuk penghargaan kepada guru pengiring serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan bimbingan.

Pihak PASTI Kawasan Maran turut menyatakan komitmen untuk terus melahirkan lebih ramai wakil ke peringkat kebangsaan pada tahun-tahun akan datang.#Sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.