script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Program Himpunan ‘Hogoh Jelai’ Dilihat Gagal, Jumlah Kehadiran Penyokong Jauh Lebih Rendah Daripada Jangkaan Awal

KUANTAN: Program Himpunan ‘Hogoh Jelai’ anjuran Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di Jalan Betau - Cameron Highlands, Sungai Koyan, Lipis pada Ahad dilihat gagal apabila jumlah kehadiran penyokong jauh lebih rendah daripada jangkaan awal.

Laporan PahangMedia menyebutkan, hanya kira-kira 2,500 orang yang hadir pada program itu berbanding sasaran awal 30,000 orang dalam kalangan penyokong PN.

Menurut laporan itu, program yang dihadiri beberapa pemimpin PN termasuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang gagal menarik kehadiran ramai seperti yang diharapkan.

Jelasnya, pemerhati politik tempatan juga menyifatkan kegagalan Hogoh Jelai sebagai isyarat penurunan sokongan terhadap PN di Pahang dan mungkin berdepan cabaran besar untuk mempertahankan momentum politik di negeri ini.

Menurut PahangMedia lagi, beberapa penduduk Jelai yang ditemui mengakui mereka kini lebih menumpukan kepada isu ekonomi berbanding menghadiri program politik yang dianggap tidak membawa manfaat langsung kepada rakyat.

Jesteru katanya, kegagalan 'Hogoh Jelai' satu tamparan kepada PN yang sebelum ini mendakwa sokongan terhadap parti itu semakin meningkat di Pahang.

"Hakikatnya, sambutan lesu di Jelai memberi gambaran bahawa pengaruh parti tersebut mungkin tidak sekuat yang digambarkan," ujarnya.

Sebelum ini,Timbalan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Ab Hamid Mohd Nazahar menyifatkan ''malu mata politik' mendorong ramai pengundi Pas sendiri segan untuk hadir ke perhimpunan itu.

Katanya, situasi itu mungkin kerana penyokong PN sendiri mengakui secara diam-diam kewibawaan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai yang berprestasi tinggi. #SinarHarian


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.