script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Akan Teruskan Misi Tawan Pahang, Anjurkan Himpunan Hogoh Di Kawasan DUN Benta Pula Pada Tahun Depan

LIPIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta menjadi lokasi seterusnya pada tahun depan selepas penganjuran Himpunan H30K-Hogoh Jelai pada Ahad.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar mengumumkan keputusan tersebut ketika berucap dalam himpunan tersebut di Dataran Simpang Jalan Besar Koyan-Ringlet, Felda Sungai Koyan 1 pada Ahad malam.

"Insya-ALLAH, selepas ini kita akan hogoh DUN-DUN lain kalau tuan-puan sanggup datang lagi.

"Hasil perbincangan ringkas, Insya-ALLAH 2026 ini kita akan laksanakan Hogoh Benta, tak kira apa terjadi kita nak hogoh walaupun Benta kawasan kecil," katanya lagi.

Selain himpunan tersebut Rosli berkata, program Perikatan Nasional Tawan Pahang (PTP) juga akan diteruskan selaras dengan misi PN untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dalam himpunan di Jelai, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hadir selain Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa; Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu negeri, Datuk Abdul Khalib Abdullah.

Turut berlangsung, peluncuran jentera H30K Hogoh Jelai yang disempurnakan oleh Abdul Hadi.

Selain ceramah umum, pelbagai acara dijalankan sempena himpunan tersebut antaranya fun run; sukan rakyat; konvoi motosikal; ziarah kasih dan pelancaran jentera pemuda. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.