script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MB Pahang Seru Seluruh Rakyat Negeri Ini Mendoakan Kesejahteraan Sukelawan Malaysia Misi Global Sumud Flotilla

KUANTAN: Seluruh rakyat di negeri ini diminta terus bersama-sama mendoakan kesejahteraan sukarelawan Malaysia yang terlibat misi Global Sumud Flotilla (GSF) menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru agar rakyat turut mendoakan keselamatan mereka yang dipercayai telah ditahan tentera Israel hari ini.

“Kita sentiasa menyeru supaya mereka mendapat perlindungan daripada Allah. Bukan setakat menghantar bantuan yang daripada dulu lagi kita berikan, tapi doa juga sentiasa tidak putus buat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Aspirasi Pahang 1st Tingkatan Enam di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Wan Rosdy dalam masa sama turut menyeru agar rakyat di negeri melakukan solat hajat memohon agar sukarelawan yang ditahan tentera Israel berada dalam keadaan selamat dan dibebaskan segera.

Setakat 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 sukarelawan daripada Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Gerakan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas.

Difahamkan, seramai 12 daripada mereka termasuk Zizi Kirana, Farah Lee dan Heliza Helmi disahkan ditahan tentera Israel setakat jam 6 pagi waktu Malaysia.

Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi tersebut ialah seramai 23 orang. #MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.