script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Dilantik Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Pahang Yang Baharu

KUANTAN: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang menggantikan Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Pelantikan itu diputuskan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MPTN) malam tadi yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN.

“Diberikan amanah sebagai Pengerusi PN Pahang hasil Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional malam tadi.

“Insya-Allah kita terus perhebatkan dukungan dan keyakinan rakyat bagi Perikatan Nasional menerajui negeri Pahang,” kata Tuan Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan baharu Perikatan Nasional (PN) Pahang selepas beliau digugurkan daripada jawatan tersebut.

Menurut Saifuddin, pelantikan Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas dilihat sebagai satu langkah penyelarasan baharu dalam struktur kepimpinan PN Pahang.

“Saya telah menghubungi Datuk Seri Tuan Ibrahim atas pelantikan tersebut, dan menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinannya.

“Walaupun saya bukan lagi Pengerusi PN Pahang, saya ingin menawarkan agar Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota terus digunakan sebagai Pejabat Sekretariat Wakil Wakil Rakyat PN Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Saifuddin, beliau yakin pelantikan itu sebahagian proses penampilan wajah-wajah segar bagi memperkukuhkan PN Pahang dalam merealisasikan matlamat ‘PN Teraju Pahang’. #MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.