script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy Dianugerahkan IEM Honorary Fellow Award Oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dianugerahkan IEM Honorary Fellow Award oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Pahang.

Menurut Wan Rosdy, penganugerahan itu amat bermakna sebagai pengiktirafan kepadanya tetapi komitmen dan sokongan berterusan bukan sahaja kepadai usaha kerajaan negeri  terhadap pembangunan bidang kejuruteraan serta usaha memperkasa infrastruktur negeri.

“Terima kasih kepada Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Pahang atas penganugerahan IEM Honorary Fellow Award dianugerahkan kepada saya dalam Majlis Jamuan Malam Jurutera & Anugerah Kecemerlangan IEM Pahang 2025 baru-baru ini.

”Malah kerajaan negeri amat menghargai kerjasama erat antara IEM Pahang, agensi kerajaan dan pihak industri dalam memacu kemajuan teknologi dan kejuruteraan yang mampan di Negeri Pahang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berharap semoga kerjasama strategik itu terus diperkukuh demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk  Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atas pemilihan Daerah Jerantut sebagai lokasi pelancaran peringkat kebangsaan.

Ujarnya, ia satu pengiktirafan besar buat Pahang melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri kini berada dalam keadaan siap siaga menghadapi Monsun Timur Laut 2025/2026.

”Kesiapsiagaan bukan sekadar tindakan ketika bencana berlaku tetapi satu budaya yang mesti dipupuk setiap masa. Apabila rakyat peka, agensi bersedia dan keputusan dilaksana dengan cepat serta teratur, insya-Allah negeri ini akan selamat, makmur dan berdaya tahan,” katanya. #MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.