script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bersatu Pahang Sifatkan Tindakan Tukar Pengerusi PN Negeri Itu Adalah Sangat Tepat Dan Sesuai Dengan Masanya

KUANTAN: Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Pahang menyifatkan tindakan menukar Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi negeri itu adalah sangat tepat dan sesuai dengan masa. 

Timbalan Ketua BERSATU Pahang, Dato' Jasri Jamaludin berkata, keputusan dibuat pimpinan tertinggi PN yang bermesyuarat malam tadi sudah boleh dijangka dan perlu dihormati semua pihak. 

"Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Indera Mahkota) bukan lagi pengerusi PN Pahang dan tempatnya diganti (Timbalan Presiden PAS) Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Ketua Pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang. 

"Saya sebagai Timbalan Ketua BERSATU Pahang menyambut baik keputusan dibuat Majlis Tertinggi PN.

"Dalam masa yang sama, saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Ibrahim dan  BERSATU Pahang akan memberi kerjasama erat bagi menghadapi PRU16 dalam misi 'PN Teraju Pahang'," katanya lewat malam tadi. 

Perubahan itu dimaklumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

Turut digugurkan adalah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli sebagai Pengerusi PN negeri itu, dan digantikan dengan Shahidan Kassim.

Penyingkiran Saifuddin sudah boleh dijangka susulan desakannya agar Muhyiddin berundur sebagai Presiden BERSATU, manakala Azmin digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung parti.

Saifuddin sebelum ini juga merupakan ketua  BERSATU Pahang sebelum digantikan oleh Ahli Parlimen Rompin, Dato' Hj Abdul Khalib Abdullah.

Jasri yang juga ADUN Kuala Sentul berkata lagi, pemilihan dan pelantikan Tuan Ibrahim sebagai pengerusi PN Pahang yang baru akan memberi nilai tambah kepada mereka. 

Ini kerana, katanya, Tuan Ibrahim adalah Timbalan Presiden PAS dan memiliki pengaruh yang kuat di Pahang. 

"Insya-Allah PN Pahang akan terus bekerja keras dalam melaksanakan program yang kita rancang sehingga PRU16," katanya. #Malaysiakini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.