script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

JPBM Pahang Terima 11 Kes Kecemasan Ketika Lakukan Aktiviti Mendaki Gunung, Bukit Dalam Tempoh Lapan Bulan

KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima 11 kes kecemasan ketika melakukan aktiviti mendaki di gunung dan bukit di negeri itu sepanjang tempoh Januari hingga 31 Ogos lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, berdasarkan statistik itu, sebanyak empat kes berlaku di gunung manakala tujuh kes di kawasan bukit membabitkan 21 individu.

Katanya, daripada 21 individu itu, empat mangsa mengalami kecederaan, masing-masing seorang di Gunung Buah Genting dan Gunung Jasa di Cameron Highland serta Bukit Seladang dan Gunung Tahan di Jerantut.

“Seramai 17 individu pula sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di gunung serta bukit namun mereka selamat. Sepanjang tempoh itu, tiada kematian direkodkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bagi memastikan keselamatan ketika aktiviti mendaki, beliau menasihati semua pendaki terutama yang melakukannya secara berkumpulan supaya bergerak dan kekal dalam kumpulan.

Katanya, persediaan dan perancangan perlu dilakukan bersama terutama mengetahui tahap keupayaan diri dan kumpulan serta memilih laluan yang sesuai dengan tahap kecergasan dan pengalaman ahli kumpulan.

“Panduan lain yang perlu diberikan penekanan ialah komunikasi dan disiplin iaitu bergerak dengan kelajuan yang seragam.

“Sebarang kecederaan, keletihan melampau atau masalah kesihatan perlu segera dilaporkan kepada ketua kumpulan,” katanya.

Selain itu, beliau menasihatkan semua ahli mesti mematuhi arahan ketua kumpulan dan mengelakkan mengambil risiko berlebihan seperti bergambar di tebing curam.

“Pendaki juga perlu memakai pakaian dan kasut yang sesuai serta bersedia untuk perubahan cuaca.

“Oleh itu, kerjasama, komunikasi yang berkesan, disiplin dan sikap saling membantu antara ahli kumpulan adalah kunci utama untuk menjamin keselamatan dan kejayaan setiap pendakian,” katanya. #BuletinTV3

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.