KUANTAN: Rakyat Pahang lebih selesa untuk berada dibawah kerajaan perpaduan BN-PH yang dipimpin oleh Datuk Seri Hj Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar, berbanding memberi kuasa kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti.
Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 54, ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang kini merupakan aktivis bebas yang banyak berjuang isu keadilan buat 'Zara Qairina' sehingga ditangkap oleh pihak polis Bukit Aman pada 21 Ogos lalu mendakwa rakyat Pahang kini majoritinya menolak retorik politik yang terlampau berlebihan, namun hakikatnya bagaikan 'tin kosong' semata-mata.
Mengulas lanjut berkenaan hasrat PN untuk menerajui Pahang pada PRU-16 nanti, Shukri berkata beliau tidak nampak jelas hala tuju pakatan tersebut sebenarnya.
"Bagi saya, Himpunan Hogoh Jelai yang diadakan di Dataran Sg Koyan di Lipis baru-baru ini tidak lebih sekadar menang sorak kampung tergadai. Sorakan bergema di seluruh Pahang, kononnya program itu bakal menghimpunan 30,000 peserta dari seluruh pelusuk negeri.
"Namun, apa yang jelas dapat dilihat sekitar tidak sampai pun tiga ribu peserta yang hadir. Itu pun ramai daripada luar Pahang. Sedangkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS hadir, malahan ramai pemimpin PN sendiri turun ke lokasi ketika itu.
"Usahkan rakyat Pahang, warga Lipis pun tidak berminat untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program tersebut. Ini memberi gambaran bahawa, acara terbabit tidak diterima oleh rakyat kerana mereka lebih berminat kepada kepimpinan dan ketokonhan 'Tok Wan' untuk terus memimpin DUN Jelai khasnya dan Pahang amnya." dakwa Shukri.
Politik ini bukan sekadar kata-kata, tetapi ia lebih kepada tindakan katanya.
"Rakyat mahu melihat perubahan daripada yang baik kepada yang lebih baik. Bukannya daripada yang sudah baik kepada yang belum tentu boleh lakukan yang terbaik. Ini terbukti atas kejayaan Tok Wan mengekalkan kutisapn hasil lebih RM1 billion sejak tiga tahun lalu. Malahan, belum habis tahun ini kutipannya sudah hampir mencecah RM1 billion.
"Pahang terus kekal sebagai antara negeri yang terbaik daripada segi pertumbuhan ekonomi di Malaysia berbanding empat negeri pembangkang iatu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Justeru, untuk apa rakyat Pahang nak tukar kerajaan? Kita boleh tukar kerajaan, sekiranya ternyata gagal membawa kebajikan dan membela rakyat, gagal meningkatkan pelaburan dan pembangunan, serta gagal dalam menjalankan pentadbiran dengan baik." katanya.
"Namun, hari ini Kerajaan Pahang sudah lakukan yang terbaik untuk rakyat. Banyak faedah yang diterima oleh rakyat termasuk penyokong pembangkang sendiri sebenarnya. Kerajaan Pahang 'tidak pilih kasih' atau 'double standard' dalam mengagihkan peruntukan kepada rakyat," tambah beliau lagi.
Maka itu beliau menyeru rakyat Pahang terutamanya anak-anak muda yang akan mengundi pada PRU-16 nanti agar melihat apa yang berlaku depan mata mereka dengan akal fikiran yang waras, bukan sekadar terpedaya dengan omongan kosong semata-mata. #PahangDaily







Tiada ulasan:
Catat Ulasan