script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pahang Catat Pencapaian Cemerlang Dengan Pertumbuhan Produktiviti Buruh Tertinggi Di Malaysia Bagi Tahun 2024

KUANTAN: Pahang terus mencatatkan pencapaian cemerlang dengan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di negara ini bagi tahun 2024 dengan kadar 4.9 peratus.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri Pahang dalam memperkukuh daya saing ekonomi negeri.

"Alhamdulillah, negeri Pahang telah mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di Malaysia bagi tahun lalu dengan kadar 4.9 peratus, mengatasi purata kadar pertumbuhan negara sebanyak 2.4 peratus.

"Pencapaian ini didorong oleh prestasi memberangsangkan sektor pembinaan yang merekodkan pertumbuhan 15.9 peratus, diikuti sektor pertanian 12.8 peratus dan sektor perkhidmatan 1.4 peratus," katanya dalam hantaran Facebook miliknya pada Jumaat.

Jelasnya, kerajaan negeri juga memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkasa melalui pembangunan sektor-sektor strategik.

"Semoga momentum positif ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan, demi merealisasikan hasrat menjadikan Pahang sebagai negeri maju, makmur dan berdaya tahan selaras dengan agenda pembangunan mampan negeri," jelasnya lagi. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.