script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Andansura: Perikatan Nasional Pahang Akan Tumpu Untuk Rampas Lima Hingga Enam Kerusi DUN Untuk PRU-16

KUANTAN: PAS Pahang memberitahu Perikatan Nasional (PN) negeri itu sudah mengenal pasti lima atau enam kerusi DUN yang berpotensi dimenangi dalam PRU akan datang, sekali gus membolehkan mereka menguasai kerajaan negeri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Andansura Rabu, berkata perkara itu menjadi keutamaan mereka sejak siri jelajah PN Teraju Pahang dimulakan kira-kira dua tahun lalu.

Katanya, lima atau enam kerusi itu adalah tambahan kepada 17 kerusi yang sedang mereka kuasai dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang sekarang.

Pun begitu, dia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah mengakui ia bukanlah sesuatu yang mudah.

"Cabaran kami ialah mempertahankan 17 kerusi DUN sedia ada dan seterusnya mencari (menang) lima atau enam lagi kerusi.

"Kalau dicampur dengan kerusi kita miliki sekarang, ia memadai untuk PN memperoleh majoriti mudah dan menerajui Pahang selepas PRU ke-16," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Secara keseluruhan, DUN Pahang mempunyai 42 kerusi.

Pada PRU lalu PN menang di kerusi DUN Cheka, Tanjung Lumpur, Beserah, Luit, Chenor, Bukit Ibam, Kuala Sentul, Tahan, Damak, Pulau Tawar, Jengka, Pulau Manis, Lanchang, Kuala Semantan, Panching, Lepar dan Sungai Lembing.

Andansura memaklumkan, terdapat kerusi yang dikuasai BN pada PRU ke-15 hanya dengan majoriti kecil dan ia sangat berpotensi dirampas PN apabila pilihan raya diadakan nanti.

Berdasarkan rekod PRU ke-15, antara kerusi DUN dimenangi BN dengan majoriti kecil ialah Sabai (96), Ketari (120), Padang Tengku (507), Inderapura (922) dan Dong (1,046).

Andansura bagaimanapun tidak mengesahkan lima kerusi itulah yang menjadi tumpuan utama PN, sebaliknya memberitahu semua kerusi berpotensi menang sudah dikenal pasti berdasarkan indikator diterima menerusi siri jelajah PN Teraju Pahang yang dilakukan setakat ini.

"Kerusi kita (PN) pun ada yang menang dengan majoriti tipis dan semua ini kita kena ambil kira juga.

"Kita tubuhkan sekretariat untuk pantau prestasi sokongan untuk ADUN kita di 17 kerusi yang kita miliki," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Andansura berkata, sebaik PRU ke-15 berakhir pada November 2022, PN Pahang terus bekerja dengan melancarkan siri jelajah 'PN Teraju Pahang'.

Katanya, siri jelajah itu dilakukan setiap dua minggu sekali membabitkan semua 17 Adun gabungan berkenaan.

"Saya pun dapat tahu kerajaan Pahang dah ada siri jelajah mereka sendiri, iaitu jelajah Aspirasi Pahang 1st, dan ini perkembangan yang baik.

"Maknanya, rakyat mendapat manfaat dan kerajaan negeri boleh memberikan banyak bantuan setiap kali jelajah Aspirasi Pahang 1st ini berlangsung.

"Apabila semua nak buat program turun padang macam ini, mereka boleh buat program mereka dan kami buat program kami," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai program Hogoh Jelai yang dijadualkan di kawasan Sungai Koyan dekat Lipis, pada 19 Oktober ini, dia menjelaskan pemilihan lokasi itu dibuat sejak awal iaitu ketika PN merancang jelajah PN Teraju Pahang.

"Kebetulan saja kawasan Jelai itu kawasan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail... lagi pun, dia tak perlu risaulah, kerajaan Pahang stabil," katanya berkias.

Selain program Hogoh Jelai, PN juga akan melancarkan jentera pilihan raya pada tarikh sama, yang diramal menghimpunkan kira-kira 30,000 penyokong PAS dari seluruh Pahang.

"Presiden PAS (Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang), Timbalan Presiden (Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man) dan AJK PAS Pusat (Tan Sri Annuar Musa), antara yang sudah mengesahkan kehadiran pada majlis itu.

" Bersatu pula, mungkin Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) atau Timbalan (Datuk Seri Hamzah Zainudin) akan hadir.  Ketua Bersatu Pahang, Dato' Hj Abdul Khalib Abdullah dan pimpinan peringkat negeri juga memaklumkan mereka akan hadir," katanya. #Malaysiakini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.