script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penahanan Sukarelawan GSF: UMNO Pahang Kesal, Marah Dan Desak Kerajaan Gunakan Semua Saluran Diplomatik

KUANTAN: UMNO Pahang merakamkan rasa kesal, marah dan kebimbangan mendalam terhadap penahanan 15 rakyat Malaysia oleh rejim Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bagi membawa bantuan ke Gaza.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sehubungan itu mendesak kerajaan Malaysia menggunakan semua saluran diplomatik, undang-undang antarabangsa serta jaringan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan pembebasan segera kesemua 15 rakyat Malaysia tersebut.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata, UMNO negeri juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan segala bentuk tindakan zalim, bukan sahaja terhadap aktivis kemanusiaan tetapi juga terhadap rakyat Palestin.

“UMNO negeri juga menyatakan sokongan padu kepada keluarga mangsa yang kini menanggung kerisauan yang mana UMNO Pahang berdiri bersama mereka dan bersama seluruh rakyat Malaysia dalam semangat solidariti.

“UMNO Negeri Pahang percaya, keberanian dan pengorbanan rakyat Malaysia yang ditahan ini akan terus menjadi simbol bahawa suara keadilan tidak akan pernah dapat dibungkam oleh kekejaman.

“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus mendoakan keselamatan mereka, sambil memperkukuh solidariti bersama rakyat Palestin yang masih berjuang mendapatkan hak mereka yang sah,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy misi tersebut adalah misi kemanusiaan, bukan misi ketenteraan yang mana mereka ke sana dengan niat murni membawa bantuan, harapan, dan solidariti kepada rakyat Palestin yang sekian lama ditindas.

Tegasnya, penahanan itu jelas menunjukkan sikap angkuh dan tidak berperikemanusiaan rejim Israel, yang semakin hari semakin melampau dalam mencabul undang-undang antarabangsa.#KOSMO!

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.