script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Bertitah Supaya Pembinaan Setiap Rumah Di Negeri Ini Perlu Berkualiti Tinggi, Siap Ikut Jadual Ditetapkan

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya pembinaan setiap rumah di negeri ini perlu berkualiti tinggi dan siap mengikut jadual ditetapkan.

Baginda bertitah kegagalan mematuhi jadual pembinaan boleh menyebabkan peningkatan kos pembinaan sekali gus memberi kesan kepada pembeli rumah berkenaan.

"Kalau beli rumah substandard tak bagus, itu ada elemen penipuan, mustahak ada kualiti dan ruang sesuai untuk keluarga. Selain itu, kemudahan Wi-Fi dan solar memberi nilai tambah kepada sesuatu projek.

"Sekiranya rumah tidak siap dalam masa yang ditetapkan, kos akan bertambah, seterusnya membebankan pemaju dan akhirnya caj dikenakan pula kepada pembeli rumah," titah baginda selepas menyempurnakan Pelancaran Residensi D'Marina dan Upacara Menandatangani Perjanjian Antara Citaglobal Telecomunication Sdn Bhd dan PR1MA Communications Sdn Bhd, di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohamad Nizar Najib dan Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal Berhad Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Sementara itu, Sultan Pahang berharap lebih banyak warga Kuala Lumpur mempertimbangkan untuk memiliki rumah di luar ibu negara, khususnya di kawasan seperti Kuantan dan Bentong.

Baginda bertitah dengan adanya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kelak, projek perumahan baharu dijangka dibangunkan di sepanjang laluan berkenaan.

Residensi D'Marina, pembangunan bersama antara Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) selaku pemilik tanah dan Citaglobal Property sebagai pemaju, terletak di lokasi strategik dan dihubungkan melalui Jambatan Tanjung Lumpur dan Jambatan Putra D'Marina.

Sebagai sebahagian daripada usaha Citaglobal untuk memupuk gaya hidup tenaga bersih, setiap rumah di D'Marina Fasa 2B dilengkapi mempunyai kemudahan 'sedia solar' yang membolehkan pemilik rumah memasang panel solar bumbung dengan mudah dan menikmati potensi penjimatan bil elektrik hingga 60 peratus. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.