script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemuda PAS Pahang Nafi Sekeras-Kerasnya Penyebaran Poster Palsu Program Isi Minyak Percuma Di Sungai Koyan

KUANTAN: Pemuda PAS Pahang menafikan sekeras-kerasnya penyebaran poster palsu yang sedang tular kononnya menganjurkan program isi minyak percuma di Stesen Petronas Sungai Koyan 3 atas nama  PAS dan Perikatan Nasional (PN) sempena program HOGOH JELAI pada Ahad ini.

Ketua Penerangannya, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, poster berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana pihak rasmi daripada parti tersebut mahupun daripada PN.

Menurutnya, perbuatan itu jelas merupakan satu cubaan murahan oleh pihak yang terdesak, panik dan kehilangan arah untuk memburukkan imej kedua-dua parti gabungan berkenaan.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini memperlihatkan bahawa musuh politik PAS dan PN, khususnya UMNO Pahang, kini benar-benar goyah.

“Disebabkan mereka melihat sambutan rakyat terhadap gerak kerja dan program kebajikan yang PAS serta PN usahakan di bawah misi Teraju Pahang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, musuh politik PAS dan PN didakwa hanya mampu mencipta fitnah dan menyebarkan poster palsu.

Ahmad Azlan menambah, pihak lawan kini sedar bahawa rakyat sudah mula membuka mata mengenai siapa pemimpin yang benar-benar menunaikan tanggungjawab mereka.

“Siapa yang benar-benar bekerja untuk rakyat dan siapa pula yang hanya pandai bersandiwara ketika kuasa semakin longgar di tangan dan berada di hujung tanduk.

“Kepada pencipta fitnah ini, kami ucapkan ‘terima kasih’ kerana dengan izin Allah, setiap cubaan jahat itu hanya menguatkan lagi semangat perjuangan PAS dan PN Pahang untuk terus membawa politik matang, bersih dan membina, bukan politik desperado yang berpaut pada pembohongan,” katanya. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.