script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penjenayah Sempat Minta Air Sebelum Serang Dan Samun Warga Emas Sedang Jaga Cucu Di Taman Temerloh Jaya

TEMERLOH: Niat baik seorang nenek membenarkan lelaki tidak dikenali masuk ke rumahnya konon untuk meminta air bertukar mimpi ngeri apabila dia diserang dan disamun di Taman Temerloh Jaya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 78 tahun sedang menjaga cucunya apabila suspek dipercayai lelaki tempatan berkulit gelap masuk tanpa kebenaran ke rumah teres berkenaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, berkata suspek kemudian meminta air untuk diminum sebelum tiba-tiba merentap gelang tangan mangsa dan turut melarikan telefon bimbit.

"Suspek turut menolak mangsa hingga terjatuh sebelum melarikan diri. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam dan luka kecil di pergelangan tangan serta bengkak di kepala," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kerugian kira-kira RM1,000 dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada jam 8.53 malam hari sama.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian bagi mengesan suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menyebabkan kecederaan," katanya.

Mohd Nasyim turut menasihatkan orang ramai, khususnya warga emas yang tinggal bersendirian, supaya berhati-hati dan tidak mudah membenarkan individu tidak dikenali masuk ke rumah. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.