script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pelaksanaan Inisiatif Budi Madani RON95 Di 275 Stesen Minyak Seluruh Negeri Pahang Berjalan Lancar

KUANTAN: Pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) di 275 stesen minyak seluruh negeri ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan besar, sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna yang kini menikmati harga petrol lebih murah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Sim Chon Siang berkata, pemantauan di kesemua 11 daerah mendapati sistem baharu itu diterima baik orang ramai.

“Setakat ini hanya berlaku masalah kecil, seperti pelanggan terlupa menyerahkan MyKad sebelum mengisi minyak atau warga emas yang agak berhati-hati memberikan kad pengenalan mereka.

“Secara keseluruhannya, keadaan terkawal dan tidak menimbulkan kesesakan,” katanya ketika ditemui pada tinjauan di sebuah stesen minyak di Jalan Air Putih di sini hari ini.

Seorang pengguna, Chan Boon Ho, 39, menyifatkan proses Budi95 tidak begitu rumit seperti yang dijangka malah tidak banyak beza seperti kaedah sebelum ini.

“Pada awalnya saya sangka ia boleh menyebabkan kesesakan, tetapi pekerja stesen minyak memberi tunjuk ajar dengan baik. Saya lebih selesa guna e-Dompet kerana boleh semak baki petrol yang layak,” katanya.

“Pada awalnya saya sangka ia boleh menyebabkan kesesakan, tetapi pekerja stesen minyak memberi tunjuk ajar dengan baik. Saya lebih selesa guna e-Dompet kerana boleh semak baki petrol yang layak,” katanya.#KOSMO!

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.