script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ibu Meninggal Mengejut Di Hotel Penginapan, Tak Sempat Teman Anak Lelaki Lapor Diri Di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan

KUANTAN: Hasrat seorang ibu menemani anak lelakinya melapor diri di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan berakhir dengan tragedi apabila beliau meninggal dunia secara mengejut.

Menurut kiriman di FB, Mr Wan Cai Official's post - Jemilah Md Nor, 64, menghembuskan nafas terakhir ketika menginap bersama suami dan anak lelakinya itu di sebuah hotel di Jalan Mahkota di sini.

Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian disebabkan komplikasi akibat penyakit darah tinggi.

Siasatan mendapati arwah sememangnya mempunyai sejarah perubatan berkaitan penyakit berkenaan.

Memandangkan Allahyarham mempunyai rekod perubatan, pihak polis telah mengeluarkan permit kematian tanpa perlu menjalani proses bedah siasat.

Anak lelaki Allahyarham kemudian menghubungi Team UKVJ Pahang bagi mendapatkan bantuan untuk membawa pulang jenazah ibunya ke kampung halaman di Bentong.

Team UKVJ Pahang hadir ke lokasi membawa turun jenazah dari bilik hotel dengan bantuan suami, anak lelaki dan orang ramai.

"Alhamdulillah, jenazah Allahyarham selamat tiba di Masjid Cameng, Batu Satu, Bentong pada jam 3.30 petang tadi," kata kiriman itu.

Pengurusan seterusnya telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak masjid.

"Harapan seorang ibu untuk melihat anaknya menabur bakti sebagai kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah tidak sempat direalisasikan.

"Perginya sebelum sempat menyaksikan kejayaan yang diimpikannya." #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.