script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Le Tour de Langkawi (LTdL), Sokongan Padu Peminat Meriahkan Perlumbaan Peringkat Kelima Di Temerloh

TEMERLOH: Minat mendalam terhadap sukan berbasikal mendorong seorang bapa sanggup meredah perjalanan lebih setengah jam bersama anaknya berusia empat tahun semata-mata untuk menyaksikan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) peringkat kelima di Temerloh, Pahang, hari ini.

Muhamad Sabri Che Yah, 36, dari Bera berkata peluang itu tidak dilepaskan kerana mahu melihat perlumbaan berprestij itu dengan lebih dekat.

“Ini peluang untuk datang ke bandar Temerloh bagi menyaksikan LTdL secara langsung. Sebelum ini tiada laluan masuk ke kawasan kami, jadi kali ini saya ambil kesempatan bawa anak-anak untuk lihat sendiri pelumba antarabangsa beraksi,” katanya.

Beliau turut berharap LTdL akan terus kembali ke Temerloh pada edisi akan datang sebagai acara yang dapat menyatukan masyarakat setempat.

Sementara itu, seorang lagi penonton, Sarah Zahuri berkata beliau teruja kerana dapat mengimbau kenangan ketika LTdL pernah bermula di bandar itu pada zaman persekolahannya.

“Dahulu waktu saya sekolah, LTdL pernah diadakan di sini. Jadi sekarang saya mahu anak-anak turut merasai suasana meriah ini,” katanya.

Bagi Tajudin Mat Din dari Mentakab, beliau memilih untuk hadir di Temerloh meskipun laluan perlumbaan turut melalui kawasan tempat tinggalnya.

“Ramai kawan-kawan menunggu di Mentakab, tapi saya mahu berada di sini untuk meraikan pelumba sejak dari permulaan rasmi di Lembah Semantan ini,” ujarnya.

Bagi peringkat kelima hari ini, pelumba perlu menamatkan kayuhan sejauh 123.1 kilometer dari Temerloh ke Bukit Fraser yang melibatkan tiga zon pecutan dan dua zon pendakian utama. #BeritaRTM

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.