script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

KUANTAN: Kerajaan Pahang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan besar yang diberikan kepada Pahang menerusi pembentangan Belanjawan 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata peruntukan yang disalurkan kepada Pahang melalui pelbagai kementerian dan agensi Persekutuan membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan seimbang di seluruh negara.

Katanya, sebanyak 15 projek dan inisiatif penting yang diumumkan secara khusus untuk negeri Pahang.

"Antaranya menaik taraf Lebuh Raya Kuantan–Segamat, Rompin; pembinaan jambatan konkrit di Jalan Serengkam ke Jalan Kuala Wau, Maran; memajukan kawasan Kampung Bongsu, Temerloh; menaik taraf Jalan Sungai Lembing dari Kampung Padang ke persimpangan lampu isyarat LPT1, Kuantan.

"Selain itu, pembinaan Klinik Kesihatan lengkap dengan kuarters di Pos Lenjang, Lipis; membina dan membaiki jalan kampung membabitkan laluan Pos Lenjang ke Kampung Orang Asli Jernang Pos Titom, Lipis.

"Penggantian paip usang menerusi Program Non-Revenue Water (NRW) Kebangsaan; menaik taraf premis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di Kampung Kuala Terbol, Temerloh dan membina sekolah baharu Sekolah Kebangsaan Desa Damai, Bentong," katanya dalam kenyataan media.

Wan Rosdy berkata, projek dan inisiatif tu mencerminkan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap keperluan rakyat Pahang daripada pembangunan infrastruktur asas dan pendidikan, hinggalah kepada keusahawanan, kemudahan sosial dan kebajikan masyarakat luar bandar termasuk komuniti Orang Asli.

Justeru, katanya, kerajaan Pahang akan memastikan semua peruntukan ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, telus dan berkesan supaya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

"Saya mewakili seluruh rakyat Negeri Pahang merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas kepercayaan serta sokongan berterusan kepada negeri Pahang," katanya. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.