script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MB Pahang Dilantik Sebagai Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan (MPUPK)

KUALA LUMPUR:  Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail secara rasmi dilantik sebagai Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan (MPUPK).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Wan Rosdy sebagai penghubung antara MPUPK dengan Exco-Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam bidang keusahawanan.

"Ini selaras dengan tugas Menteri KUSKOP yang mempunyai lebih 10 agensi untuk melakukan bukan sahaja penyelarasan di peringkat nasional juga negeri. Datuk Seri Wan Rosdy bertanggungjawab meningkatkan pembangunan bidang keusahawanan," ujar beliau.

Beliau ditemui media selepas mempengerusikan Majlis Keusahawanan dan PMKS Kebangsaan yang berlangsung di Menara Bank Rakyat.

Pada majlis berkenaan, Datuk Seri Wan Rosdy menerima watikah pelantikan dari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pengerusi MPUPK.

Selain pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) dan Strategi Kebangsaan Anti-Rasuah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mesyuarat juga katanya turut menyentuh isu kesukaran usahawan dalam mendapatkan pensijilan halal.

"Kita juga melihat dari segi pensijilan halal. Kita nak memperkuatkan juga hal ini kerana ramai dalam kalangan usahawan memberitahu agak sukar mendapatkan sijil halal.

"Dan kebetulan saya Pengerusi Majlis Halal Negara dan kita mengambil maklum perkara ini dan saya akan membawanya ke Mesyuarat Majlis Halal agar terdapat usaha bersama yang dilakukan agensi atau kementerian berbeza tetapi ada matlamat bagi mempermudahkan bukan menyusahkan," jelas beliau lagi. #BeritaRTM

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.