script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy Sifatkan Progam Hogoh Jelai Anjuran Perikatan Nasional (PN) Pahang Seminggu Lalu, Kini Jadi 'Senjata Makan Tuan' !

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan program Hogoh Jelai anjuran Perikatan Nasional (PN) Pahang kira-kira seminggu lalu, menjadi 'senjata makan tuan'.

Katanya, kerajaan negeri langsung tidak terjejas, sebaliknya PN Pahang pula berdepan masalah dalaman.

"Saya harap rakyat negeri Pahang yang berilmu, baca banyak buku... banyak pengetahuan, boleh membuat analisa dan boleh menilai hasrat sebenar mereka," katanya ketika ditemui seleas merasmikan Pesta Buku Pahang 2025 di sini hari ini.

Ditanya sama ada maksud 'senjata makan tuan' itu merujuk kepada program Hogoh Jelai, Naib Presiden UMNO itu menjelaskan ia mungkin mempunyai kaitan.

"Boleh dikatakan begitulah... (program Hogoh Jelai) memakan diri dan dalam masa yang sama mempromosikan saya sebagai ADUN Jelai dan saya jadi popular," jelasnya.

'Hogoh Jelai' adalah program kempen PN untuk menawan Pahang yang membariskan pemimpin utamanya seperti Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program Hogoh Jelai berlangsung pada 19 Oktober di Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands, menyaksikan kira-kira 3,000 penyokong PN hadir.

Terdahulu, mesyuarat pimpinan tertinggi PN malam tadi mengumumkan Pengerusi PN Pahang ditukar, dengan menyingkirkan anggota parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dengan Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penyingkiran Saifuddin itu diumumkan selepas dia mengkritik pemimpin tertinggi Bersatu, termasuk Muhyiddin. #Malaysiakini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.