script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MB Pahang Ucap Tahniah Kejayaan SK Purun Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2025 [Video]

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato' Sri  Hj Wan Rosdy Wan Ismail  mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Felda Purun dari daerah Bera yang telah mencipta sejarah apabila muncul sebagai johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2025.

Program anjuran rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia itu telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit dan Auditrorium Kementerian Dalam Negeri, Kangan Perlis . 

SK Purun berjaya menewaskan Sekolah Kebangsaan Bukit Baru dari Melaka. Tajuk usul perbahasan pada peringkat akhir kali ini ialah 'Generasi Alfa Pemacu negara Gemilang'.

Sementara itu lebih membanggakan lagi ialah pembahas ketiga daripada SK Purun, Siti Nor Nadira Najwa bt Nazrul telah dipilih sebagai pembahas terbaik.

"Syabas dan tahniah buat Pasukan Bahas Pahang yang diwakili oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Purun, Bera yang telah muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2025 yang diadakan di Perlis, semalam.

"Semoga usaha dan kejayaan ini menjadi contoh buat semua anak-anak pelajar negeri Pahang untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Insya-Allah", kata kenyataan Wan Rosdy di laman facebook rasminya pada Jumaat. #PahangDaily

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.