script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram, Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang akan terus memperketat pemantauan aktiviti ladang haram, meskipun semua kawasan hutan yang diceroboh untuk penanaman durian secara haram telah dibersihkan sepenuhnya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap individu atau syarikat yang melakukan aktiviti tanpa kebenaran, permit dan lesen yang sah.

Pemantauan tersebut turut akan dilakukan oleh beliau sendiri menerusi tinjauan udara sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan.

Tegasnya, langkah itu bukan sahaja untuk mengatasi ladang durian haram, malah semua aktiviti yang tanpa lesen juga akan dihadap ke mahkamah.

Sebelum ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan bahawa kawasan hutan yang diceroboh untuk penanaman durian telah dibersihkan sepenuhnya hasil operasi berterusan kerajaan negeri.

"Kalau kita dapati ada lagi individu atau syarikat membuat, akan terus hadap ke mahkamah. Bukan ladang Musang King di Raub sahaja, malah ditempat lain kita akan pantau. Malah saya Insya-Allah sebulan sekali atau dua kali akan pantau dengan membuat tinjauan udara untu melihat sekiranya  ada atau tidak ada aktiviti yang tidak sihat ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Pentadbiran Daerah dan Tanah Negeri Pahang (SUKTAP) Ke-6 di sini, malam tadi.

Sebanyak 13 acara sukan, merangkumi sukan indoor dan outdoor, telah dipertandingkan melibatkan 1,350 kakitangan.

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15 ,000; diikuti Naib Johan PDT Temerloh membawa pulang ang tunai RM10 ,000 dan PDT Lipis di tempat ketiga membawa pulang RM7,000.#BeritaRTM

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.