script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy: Penyata Kewangan Negeri Pahang Diberikan Pengiktirafan Tinggi Oleh Ketua Audit Negara

KUANTAN: Pengiktirafan tinggi oleh Ketua Audit Negara terhadap penyata kewangan negeri Pahang membuktikan komitmen berterusan pentadbiran kerajaan negeri dalam membina Pahang yang makmur, berdaya saing dan berintegriti.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehubungan itu kerajaan negeri akan terus memperkukuh disiplin fiskal, meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta memastikan hasil negeri dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan Negeri Pahang merakamkan penghargaan atas pengiktirafan Laporan Ketua Audit Negara menerusi pemberian Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) bagi Penyata Kewangan Tahun 2024.

“Kejayaan yang sama diterima pada tahun 2023, membuktikan kecekapan tadbir urus serta pengurusan kewangan kerajaan negeri yang berteraskan akauntabiliti, ketelusan dan integriti, sejajar dengan semangat Aspirasi Pahang 1st,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pahang antara empat negeri yang menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) untuk penyata kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2024.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilaporkan berkata, selain Pahang tiga negeri lain yang turut menerima sijil itu ialah Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.#KOSMO!

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.