script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Buat Julung Kalinya, Seminar Aspirasi Pahang 1st Jelajah Seluruh Daerah Demi Pendidikan Anak Negeri Ini

KUANTAN: Buat julung kalinya, kerajaan negeri Pahang menganjurkan Seminar Aspirasi Pahang 1st membabitkan pelajar tingkatan enam di seluruh negeri.

Menerusi inisiatif Akademi Pahang 1st, seramai kira-kira 800 orang pelajar tingkatan enam dari empat buah daerah menghadiri seminar tiga hari yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan salah satu usaha untuk melahirkan anak-anak Pahang yang cemerlang dalam akademik khususnya peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysa (STPM) serta memupuk sahsiah dan jati diri mereka.

“Dan alhamdulillah melihat kepada semangat dan keupayaan mereka, Tok Wan nampak, insyaAllah kita akan mencipta lagi satu sejarah untuk pelajar-pelajar tingkatan enam ini mendapat keputusan yang yang baik.

“Dan bagi kerajaan negeri, kita akan beri sokongan yang sepenuhnya kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Aspirasi Pahang 1st Tingkatan Enam di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Jelas Wan Rosdy, aspek pendidikan merupakan antara teras aspirasi Pahang First selain institusi raja, agama dan warisan serta lonjakan ekonomi.

Justeru, program di bawah inisiatif Akademi Pahang 1st itu akan diteruskan ke setiap daerah di seluruh negeri.

“Mereka (pelajar) ni aset penting kerana mereka ni adalah pemimpin masa depan negara. Kita ingin melahirkan anak rakyat Pahang semuanya berpelajaran, berpendidikan tinggi kerana kita tahu hanya dengan pelajaran, pendidikan sajalah yang boleh mengubah nasib bangsa dan negeri kita.

“Kita nak jadikan pelajar kita daripada Pahang ni menduduki tempat yang teratas dalam bidang pendidikan,” tambahnya.  #MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.